Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan salam sejahtera kepada yang bukan Islam.
Sejak saya menyiarkan luah hati seorang anak muda bertajuk "Hati luka seorang anak muda", saya menerima kecaman yang cukup hebat daripada para blogger. Ada yang berbaur ugutan, ada yang emosi dan tak sedikit yang saya kategorikan sebagai "cerdik tak boleh ditegur, bodoh tak boleh tumpang".
Kesimpulan saya kepada maklum balas yang diterima berdasarkan artikel itu, jelas menggambarkan masih terlalu ramai yang Islam, tetapi tidak faham apa itu Islam. Mereka hanya tahu mengkritik, mencaci, memaki hamun dan menghamburkan kata-kata kesat.
Bahkan ramai juga yang enggan menerima hakikat berdasarkan fakta yang diberikan anak muda dari Tumpat ini. Kesian. Saya kesian dan sedih kepada golongan yang separuh sesat ini.
Golongan yang ada hati dan akal, tetapi tak pandai nak digunakan. Mengkritik berdasarkan kata hati, bukan fakta. Malah ada juga yang menidakkan saya sebagai anak Kelantan, seolah-olah dia seorang saja anak Kelantan yang tahu mengenai patung-patung di Tumpat dan Bachok.
Soalnya, bukan patung yang dipertikaikan, tetapi sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu Pas. Cubalah selami artikel anak muda ini. Dia hanya menzahirkan rasa kesal dan sedih dengan pemimpin Pas. Itu saja.
Dia tidak benci kepada bukan Islam. Dan dia bukan anti-Islam, tetapi dia mempersoalkan tindakan segelintir pemimpin Pas yang meluluskan peruntukan untuk pembinaan patung itu.
Ada yang menjadikan masjid bercirikan China di Rantau Panjang sebagai mercu tanda pemerintahan Pas di Kelantan. Masjid itu mengambil masa lebih 10 tahun untuk siap setelah terbengkalai sejak sekian lama kerana tiada peruntukan.
Tetapi jika dibandingkan dengan patung-patung di Tumpat dan Bachok, jangka masa untuk siapnya hanya antara dua hingga tiga tahun. Dan kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz turut menyumbangkan derma untuk menyiapkannya.
Bagaimana dengan pembinaan masjid bercirikan China di Rantau Panjang? Setelah hampir 10 tahun akhirnya masjid itu siap dan sudah bising seluruh dunia mengatakan inilah kejayaan kerajaan Pas Kelantan.
Begitu sekali taksubnya penyokong Pas. Menyokong tanpa memikirkan apa jasa Pas untuk rakyat.
Saya tidak hairan dan sedikit pun saya tidak takut dengan kumpulan fanatik ini. Saya tahu, jika mereka mati, mereka akan wasiatkan kepada yang hidup supaya mayatnya dibungkus dengan bendera lambang Pas.
Inilah yang berlaku di beberapa kampung di Tumpat dan Pasir Mas. Mayat penyokong Pas dikebumikan bersama bendera lambang parti.
Saya tahu, selepas ini ramai para penyokong fanatik Pas akan menyelinap masuk ke blog ini dan dengan dayusnya menggunakan nama anonymous untuk mengecam dan mencaci saya.
Silakan. Saya bersikap terbuka. Saya pun insan yang lemah juga. Tetapi tidak akan fanatik kepada sesebuah parti.
Wasalam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
9 ulasan:
Salam,
Saya kira ini adalah lumrah sekiranya setiap penulisan itu menongkah kebiasaan.
Apapun sesiapapun ada pandangan peribadi dan sama ada hendak terima atau tidak itu hak peribadi.
Salam Saudara ManZaidi,
Rata-rata hanya berpegang kepada idea bahawa parti yang membawa nama Islam tidak mungkin mempunyai cacat cela.
Teramatlah malang, akal yang dianugerah Allah tidak digunakan untuk berfikir secara rasional, malah menambahkan sifat riak dan taksub dalam dada.
Jika pegangan sebigini menjadi turutan mereka, maka semestinya mereka menuju ke jalan yang sesat dan hina.
Wassalam.
tiada sesiapa pun umat islam boleh megkafirkan umat islam yang lain walaupun sejahat mana perbuatan itu seseorang. hal ini telah termaktud didalam al quran. Jangan la mengkafirkn UMNO. sesungguhnya ahli adalah parti islam, semua ahli islam. tahukah saudara, mengkafirkan orang islam yang lain adalah berdosa besar. buang sifat munafik. Jika anda seseorg yang berpelajaran dan mempunyai ilmu agama, fikir la secara matang. jangan disempitkan fahaman politik.
Dalam pendapat saya, kelantan tidak akan maju jika asyik memberi SEDEKAH pada PATUNG BUDDHA seperti yang saudara katakan tadi. Nik aziz bukan NABI. janganlah terlalu taksub dengannya. sesungguhyer UMNO yang telah banyak membina masjid di seluruh negara, membina Universiti islam antarabangsa(UIA), dan menjaga kesucian agama dari diperolokkan oleh kafir yang mahu menggunakan nama Allah didalam Bibble.
ada ke patut kerajaan negeri dikelantan hendak bina masjid minta duit rakyat? dimana duit cukai kerajaan negeri dilaburkan?
fikir-fikirkan.... saya pun seseorang berpelajaran dan mempunyai lulusan agama.
Salam Perjuangan,
Terima Kasih kerana memberikan email berkenaan fakta mengenai artikel di blog anda..
Semoga kita sama2 dari berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara kita melalui pendedahkan politik di dalam blog.
SEKIAN, IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU
ps : blog anda dalam senarai link kami
keep up the good work. teruskan perjuangan
Salam Sdr.Manzaidi..
Ini adalah hakikat yang mana seorang blogger harus menerimanya. Yang penting kita harus berani. Berani kerana benar! Teruskan perjuangan Sdr.demi menegakkan kebenaran.
Salam perjuangan
Saudara mempertikaikan peruntukan untuk bina Masjid, apakah Tokong2 dibina atas ehsan kerajaan negeri? dari dana kerajaan negeri? ataupun dari tabung PAS? jangan menabur fitnah, siasat dulu sebelum membuat kenyataan..setahu saya, tokong2 cina atas derma dia orang sendiri...kalau nak kata patung2 kat kelantan tu besar, cuba tengok patung kat batu caves tu.....siapa yang bina?
Kerajaan PAS Kelantan masih menanggung hutang yang telah dibuat oleh Kerajaan UMNO Kelantan yang terdahulu. Hutang tersebut menggunakan hasil negeri yang sekarang. Zaman UMNO di Kelantan dulu ramai juga rakyat Kelantan yang keluar mencari rezeki di luar Kelantan. Apa yang Kerajaan UMNO dulu buat untuk itu? Adakah zaman itu Kelantan merupakan negeri yang terkaya? Nikmat dunia pun tak dapat, akhirat lagi jauh.
cehhh..g jer..senang2 camni ar..ko ar plak jadik pemimpin babi...!!! ko ni mmg gila politik ar shial... kutuk pas, kutuk umno... cuba ar berbincang leklok...anak babi...!!
Catat Ulasan