Oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com
Ke mana gamaknya ustaz Nash (Nasharuddin Mat Isa) membawa diri. Entah merajuk atau saja nak buat suspen supaya serata Malaysia cari dia.
Sampaikan habis satu bangunan Parlimen wartawan cuba jejakinya, tapi sampai sekarang tiada yang tahu.
Ada juga bisik-bisik yang mengingatkan saya cerita lama tentang adanya wakil rakyat yang dikatakan tiba-tiba hilang dan putus hubungan dengan pemimpin parti sendiri.
Ada yang sampai seminggu tak dapat dihubungi, tapi tup-tup dia keluar berjalan seiring dengan pemimpin parti lain, dengan selamba bongoknya menjelaskan bahawa dia sudah masuk "seberang".
Cerita ini tercatat dalam sejarah politik negeri Perak.
Ini satu lagi halnya dengan SU Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Lagu mane gamok kalu demo dok senyak toksoh suare. Ni lagi banyok mun kecek... lagi kucar Pas.
Mun bukang tok tau puok kito dalang Pas tengoh pakak nok cari jalang nok tunjuk ke mun jalang keluar, biar mudoh mun nok jijok pintu Umno.
Awang Mus sekapal dengan Hadi, tak de yang boleh nafi lah. Tapi bila dia buat kenyataan berikut, nampak sangat dia ni jadi gigi dan lidah kepada angkatan kerajaan perpaduan.
Cuba baca betul-betul kenyataan dia yang disiarkan MStar Online.
"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan pagi ini.
Kenyataan terbaru ini dikeluarkan tiga hari selepas Mustafa mengumumkan bahawa Pas bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Umno-BN jika ia disertai bersama dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Anda faham tak apa maksud sebenarnya? Satu lidah sebut "Pas tak berminat sama sekali bincang dengan Umno", tapi dua baris giginya pula pada akhir kenyataan itu sebut "Buat masa ini".
Jauh menyimpang tuh keserasian dua ayat tersebut. Kalau dah tak berminat langsung, memang tertutuplah pintu niat, tak ada apa yang boleh bincang pun dan tak perlu pun tergerak untuk bincang.
Tapi yang ayat akhir (maksud "bukan waktu ini") tu pulak membuktikan sekarang bukan masa sesuai untuk bincang pasal perkara ini dah jadi isu hangat yang menyebabkan gelegak gila dalam Pas.
Kalau dimaksudkan "bukan waktu ini", bermakna "waktu lain", bila keadaan reda bolehlah kita bincang secara senyap-senyap, dalam hotel lima bintang memang takde sapa yang tau.
Oklah, kita nantikanlah bila "waktu lain" yang dikatakan sesuai itu.
Pas...Pas... kesian sengoti Setiausaha mun ni.. dohlah bos die senyak, budak Nash pulok macang hilang tok jumpe cari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
4 ulasan:
Assalamualaikum wbt.Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.Sebelum saya meneruskan saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal.Saya adalah pelajar yang berasal dari kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran pas di kelantan iaitu 19 tahun.datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah pasir mas tumpat.Setentunya keluarga kami adalah penyokong pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah pas.Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak "pening" apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.Inilah yang menyedihkan kami.
Selama pas bertapak di kelantan setahu saya pas tidak pernah membina sebuah masjidpun bagi menjalankan syariat Allah di bumi kelantan.Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan pas adalah kerajaan yg bersih. Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dr Allah s.w.t.Tetapi kami agak terkilan apabila "berhala" kaum buddha begitu aktif dibina di kelantan.Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah agar "berhala" ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai serambi mekah. Seingat ayah saya semasa kerajaan BN mentadbir kelantan permohonan kaum siam untuk membina sebuah berhala di kg berok pasir mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol.Lalu setelah dipohon lagi maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat
1.Berhala itu tidak boleh dibuat menegak tetapi perlulah dibaringkan.
2.Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum melayu di sekitarnya.
Tetapi di bawah kerajaan pas mentadbir semakin banyak projek "berhala" yang diluluskan di kelantan.Berhala duduk yang berada di Jong Bakar tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5/6 tingkat bangunan.
Jadi kami agak terkilan tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan islam maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit semasa ceramah pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.
sambungan
Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dgn "kok keli"Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.
Kami masih menerima pas
Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru "berhala budha" terbesar di asia tenggara di kampung tawang bachok. Atas dasar ingin tahu demi Allah saya,ayah saya,ibu dan adik lelaki saya sendiri telah pergi ke wat siam di kampung tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia tenggara. Ditakdirkan Allah kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya.Pakaian sami itu berwarba putih.Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan.Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri.Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala sedangkan nabi allah ibrahim sendiri dengan kudrat baginda memusnahkan berhala.Tok sami itu memberitahu bahawa pelancaran persamian tokong budha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pd 6jun 2009.Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lg pada 6 jun. Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat siam.Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja menelan belanja ebih dr 2juta ringgit.Kami terkesima.Kami terfikir syiar manakah ini?
Hari demi hari berlalu namun hati kami masih lg di PAS.Kami mahukan sebuah parti Islam desis hati kami.Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami.Kami pejamkan sebelah mata.
Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga siam. Terkeluar hal politik ketika borak.Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong semasa pilihanraya dulu.Maka tukang gunting siam itu mengatakan beliau menyokong pas kerana tok sami mereka berpesan jika pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.Kami benar-benar terkejut. Allah maha besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami.
Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi "neutral" dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap pas.Ianya memang sukar tetapi saya gagahkan jua.
Saya berfikir dalam isu berhala "parti" manakah yang benar2 membela islam di dalam isu yang sememang besar.BERHALA!!!
sambungan 2
Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar kota bharu iaitu di jalan hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum hindu.Terlalu ramaikah kaum hindu di kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lag?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke kelantan saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa hindu.Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa "sunyi" dan jarang mendapat kunjungan kaum hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.
Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di kg berangan. Orang2 kampung heboh sebentar apabil TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM 50 ke dalam tabing masjid. Kemudian beliau berangkat ke wat siam di tumpat setelah solat jumaat dan mendermakan Rm1000 tanda keikhlasan dan hak samarata kerajaan negeri.Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang2 di kampung berangan yang merupakan kubu kuat pas.Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat siam @ kuil hindu di kelantan dan tanyalah sami di sana tentang "prihatinnya" kerajaan pas terhadap mereka. Saya sedih
sambungan akhir
Mengapa untuk membina masjid org melayu kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma sedangkan kuil hindu dan berhala mendapat bantuan.Zaman jahiliahkah ini.Adakah hak samarata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya ?
Pendapat peribadi saya demi mendapat undi kaum lain TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.Kuasa di tangan beliau.Susah sangatkah ingin menolak pembinaan berhala sedangkan nabi Ibrahim bergadai nyawa memusnahkannya.ALLAHUAKBAR!!!
Parti politik semuanya sama.
Saya tidak menyokong barisan nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir.Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah pas kelantan.
Saya benci apabila pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakinjauh dr negara Islam apabila Dap berjaya memecah belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP singapura.Buktinya?
SEJARAH....Belajarlah sejarah
Lagi buktinya?
Lee Kuan Yew telahpun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.
YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.
Hatiku pening...Mengapakah Perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku.Satukanlah mereka ya allah.
Bagi mereka dari PAS,KEADILAN MAHUPUN UMNO sambutlah seruan islam untuk bersatu padu.
Mengapa org2 DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?
Kerana mereka bimbang Melayu bersatu.Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di malaysia ini rata-rata melayu adalah islam.
Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang islam.Perniagaan babi...penghapusan tulisan jawi di beberapa buah tempat...menghasut islam bergaduh sesama sendiri...terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina...bahkan berhala sekarang ini jauh lebih "GAH" dibandingkan dengan masjid.ALLAHUAKBAR..BELALAH KAMI..SATUKAN KAMI...
Ingatlah wahai pembaca islam...apabila DAP berjaya maka Umno tidak mampu lagi mengawal MCA...GERAKAN..MIC dll kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka...dan agama mereka di bumi melayu...ALLAHUAKBAR.....Berindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.
Tiada satupun rasul yang diutuskan...tiada satupun ulama yang dilahirkan...tiada sebuah ayatpun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan 2 kalimah syahadah...
sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa...buktinya...KUALA LUMPUR...PULAU PINANG...SINGAPURA...PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik melayu islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir...Biasiswa JPA untuk melayu ISLAM hanya tinggal 32% selebihnya 62% telah menjadi hak kaum kafir...bangunlah melayu...bangkit...bangunlah islam.
hentikan ego...ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM....BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.
Catat Ulasan