Saya tidak setuju dengan tindakan 27 wakil rakyat pakatan pembangkang Perak mengadakan 'sidang DUN' hari ini (02hb Sept 2009).
Ini kerana secara prinsip dan mengikut undang-undang mereka bukan lagi sebuah kerajaan, sebaliknya bertindak sebagai pembangkang kerana tiga wakil rakyat mereka sebelum ini bertindak keluar parti itu dan menyertai Bebas.
Pada masa sama, tiga ADUN Bebas itu telah menyatakan untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional yang sekali gus menjadi BN sebagai kerajaan kerana melebihi tiga DUN berbanding sebelum ini BN hanya ada 28 kerusi dan pakatan pembangkang 31 kerusi.
Tetapi mengikut perkiraan matematik, apabila tiga daripada 31 kerusi pakatan pembangkang telah keluar parti, menjadikan pakatan pembangkang tinggal 28 kerusi dan BN yang ada 28 kerusi dicamur tiga menjadikan 31.
Secara logiknya, BN adalah kerajaan yang sah di Perak, bukan lagi pakatan pembangkang yang diketuai Nizar Jamaluddin.
Namun, pakatan pembangkang Perak yang majoritinya adalah wakil rakyat DAP iaitu golongan yang sukar menerima kenyataan kekalahan telah menyebabkan imej pakatan pembangkang tercemar.
Pas Kelantan misalnya, dengan sabar menunggu dua penggal pilihan raya umum sebelum mereka beroleh kemenangan pada tahun 1990 untuk membentuk kerajaan sehingga kini. Dan Pas juga sabar menunggu selama 50 tahun sebelum dapat bersama pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Kenapa pakatan pembangkang di Perak tidak boleh menunggu dua atau tiga tahun akan datang untuk mereka menentukan nasib pada pilihan raya umum ke-13? Kenapa harus bertindak seperti kebudak-budakan dengan menganggap mereka masih kerajaan, sedangkan mereka sekarang adalah pembangkang?
Pemimpin yang sukar menerima kenyataan mereka kalah secara tidak langsung boleh menyebabkan negara diancam huru hara. Mereka akan melakukan apa saja untuk menafikan kedudukan mereka.
Contohnya sudah nampak dengan jelas ketika ini apabila pakatan pembangkang Perak masih tetap mengadakan sidang DUN, sedangkan mereka bukan lagi berkuasa di negeri itu dan tidak lagi mendapat perkenan Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah?
Dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan? V Sivakumar yang masih menganggap dirinya sebagai Speaker DUN? atau Mohamad Nizar yang masih lagi menyifatkan dirinya sebagai menteri besar?
Pada saya, Sivakumar dan Mohamad Nizar menyedari mereka bukan lagi Speaker atau menteri besar. Sebaliknya ada unsur luar yang menghasut dan mempergunakan mereka supaya tetap mendakwa diri mereka sebagai orang yang berkuasa dalam kerajaan negeri Perak.
Siapakah yang memegang alat kawalan yang mengawal Siva dan Nizar? Tidak lain ialah rakan kongsi mereka dari DAP. Di sini, jelas DAP sebenarnya yang memainkan peranan menghuru harakan perpaduan di Perak.
Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menjadi pak turut. Fikir-fikirkanlah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
4 ulasan:
betul tu, kdg2 sy pun nyampah tngok muka nizar, siva dan cina dap tu. paling sy kesal sekali ialah nizar. dia ni terang2 kena guna cina dap. kalau ramai melayu mcm ni, hancurlah melayu malaysia.
Dah tunggang langgang habis politik perak sekarang ni. Langsung tak hormat Sultan. Semuanya pentingkan diri sediri.
2x5 jer
Nizar sedar dia diperalatkan oleh DAP, dia mmg suka dia jd patung DAP sbb dia sunat kot
Catat Ulasan