Isnin, 21 Februari 2011

Dah buang tabiat tiba-tiba nak bela Melayu

Yeop hanya mendengus apabila membaca kenyataan seorang pemimpin Pas semalam. Katanya, parti pimpinannya itu memberi jaminan akan mempertahankan kepentingan Melayu. Pada Yeop bagus sangatlah jaminan itu. Sekurang-kurangnya dia sedar, dia juga selama ini sebenarnya berketurunan Melayu, bukan Siam, bukan Cina, bukan India atau bukan Dayak. Dia memang Melayu jati. Melayu tulen. Anak kelahiran Pulau Melaka di Kota Bharu, Kelantan. Tidak ada setitik darah pun dalam dirinya darah bukan Melayu, melainkan darah Melayu tulen. Cuma dia yang lupa diri selama ini.

Sekarang baguslah dia dah kembali ke pangkal jalan. Dia sudah tahu dia itu Melayu. Sebab itu dalam keadaan terdesak dan cuba menyembunyikan perasaan terdesak itu, dia mengeluarkan kenyataan tidak akan mengetepikan hak dan nasib orang Melayu. Siapa kata Pas itu Islam? Pas bukan Islam dan Islam itu bukan Pas. Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan nama penuhnya Parti Islam Se-Malaysia. Kalau diringkaskan disebut Pas. Pas hanya menggunakan agama untuk mencapai matlamat perjuangannya.

Mengikut fakta sejarah yang berbeza, Pas ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada yang mengatakan parti itu ditubuhkan pada 24 November 1951. Walaupun ada dua tarikh berbeza, namun bagi ahli sejarah dan tokoh lama dalam Pas, fakta kedua iaitu 24 November 1951 adalah tarikh kepastian Pas ditubuhkan yang kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran 733 (Pulau Pinang).

Ini berbeza dengan Islam. Islam adalah agama. Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira. Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini adalah melalui wahyu daripada Allah, yang kemudian wahyu atau ayat-ayat suci itu dikumpulkan dan dihimpunkan dalam kitab yang dinamakan al-Quran, yang kita baca siang dan malam.

Dalam parti Pas tidak ada nabi. Parti Pas hanya ada presiden, naib presiden, mursyidul am, dewan ulamak dan ahli jawatankuasa. Pas tidak menerima sebarang petunjuk daripada Allah melainkan mereka menggunakan al-Quran untuk kepentingan parti dan peribadi. Walhal, kepimpinannya tidak mencerminkan Islam sejati sebagaimana dianjurkan Rasulullah SAW.

Maaflah Yeop agak agresif sikit. Yeop ada sebab nak agresif. Yeop geram dan marah betul dengan pemimpin seorang ini. Dia yang saban hari asyik memperlekehkan Melayu, mempersendakan anutan orang yang seagama dengannya, tetapi pada masa sama menyanjung rakan bukan Islam lebih daripada rakan beragama Islam, tiba-tiba hari ini memberi jaminan akan mempertahankan Melayu. Sudah terdesak sangatkah dia sampai mahu kembali semula kepada Melayu dan mahu mendapatkan sokongan orang Melayu yang semakin menjauhkan diri.

Nak berpolitik, boleh. Sesebuah negara perlukan kepada politik, tanpa politik pentadbiran tidak akan berjalan lancar. Rakyat tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Negara akan huru hara dan mudah dijajah atau ditakluki oleh negara yang kuat. Tapi kalau nak berpolitik, Yeop nasihatkan pemimpin ini ikutlah lunas-lunas yang dianjurkan agama. Kan dakwa diri berilmu. Gunalah ilmu ke jalan yang bermanfaat. Bukan pesong memesongkan. - Yeop siaran 21hb Feb 2011

1 ulasan:

Media Cyber berkata...

Hi :) Artikel anda telah disedut ke blog khas untuk Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau. Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

dan facebook Group:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

dan juga Twitter:

http://twitter.com/prkmalaysia

dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

http://prkmsia.blogspot.com.

Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami.