Jumlah penduduk dunia akan mencecah paras tujuh bilion menjelang 31 Oktober tahun ini, dengan India muncul sebagai negara paling tinggi melahirkan manusia iaitu 27 juta setahun.
Menurut ramalan ahli demografi dunia sebagaimana dipetik dan dilaporkan dalam rencana Kumpulan Media Guardian yang menerbitkan akhbar The Guardian dan The Observer di United Kingdom, manusia yang ke tujuh bilion itu bakal lahir di negeri Uttar Pradesh iaitu salah sebuah negeri di India yang paling padat dengan manusia.
Uttar Pradesh kini didiami hampir 200 juta manusia dan seandainya ia sebuah negara, ia akan menjadi negara keenam paling padat dengan manusia di muka bumi ini selepas Brazil.
Paling menakjubkan, jumlah kadar kelahiran di India iaitu 27 juta manusia setahun adalah sama banyak dengan keseluruhan penduduk Malaysia masa kini.
Sepuluh negara dengan jumlah penduduk paling tinggi di dunia ialah China (1.33 bilion), India (1.18 bilion), Amerika Syarikat (309.6 juta), Indonesia (235.5 juta), Brasil (193.3 juta), Pakistan (184.8 juta), Bangladesh (164.4 juta), Nigeria (158.3 juta), Rusia (141. 9 juta) dan Jepun (127.4 juta)
Seperkara yang menarik perhatian ialah bagaimana dan mampukah dunia menampung penduduk seramai itu memandangkan jarak antara jumlah pertambahan penduduk dunia dari angka enam bilion kepada tujuh bilion hanya mengambil masa 12 tahun.
Dan hanya 100 tahun dahulu jumlah penduduk dunia adalah 1.6 bilion. Tahun 1927, jumlah manusia di muka bumi telah mencapai angka 2 bilion dan jarak antara itu dengan angka tiga bilion (1960) mengambil masa 33 tahun. Jaraknya semakin pendek dari tahun 1960 hingga ke tahun 1974 iaitu hanya 14 tahun apabila jumlah penduduk bumi mencapai angka empat bilion orang.
Dari situ, jarak untuk mencapai angka satu bilion seterusnya semakin mengecil dari 13tahun (1974-1987) kepada hanya 12 tahun (1987-1999) apabila ia mencapai ke angka enam bilion.
Dari tahun 1999 hingga menjelang Oktober tahun ini (juga dengan jarak 12 tahun) jumlah penduduk dunia akan mencecah satu bilion seterusnya menjadikannya tujuh bilion.
Namun begitu persoalan terpenting ialah mampukah makanan dunia menampung keperluan tujuh bilion manusia nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan