Yeop terkejut dan sedih dengan kemelut yang berlaku di Mesir. Pergolakan yang melibatkan rakyat mendesak pemimpin mereka, Hosni Mubarak dan barisan Kabinetnya meletakkan jawatan turut memberi kesan buruk kepada pelajar kita di sana. Macam-macam cerita yang Yeop dengar dari mulut pelajar kita. Ada yang kata penunjuk perasaan acu pistol ke kepala mereka, ada yang dakwa rumah mereka dimasuki perompak dan pencuri.
Ini semua sungguh menakutkan dan mencemaskan. Yeop tak dapat bayangkan kalau ia berlaku ke atas Yeop, ketika Yeop berada jauh dari keluarga. Barang kali yang mampu dilakukan ialah menangis, sambil-sambil berdoa memohon perlindungan daripada Allah. Begitulah peristiwa dan pengalaman pahit yang ditempuhi pelajar kita di Mesir.
Keadaan mereka, nyawa mereka bagai telur di hujung tanduk. Menakutkan dan mengerikan.
Namun, Yeop nak ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas menyelamatkan anak-anak kita di sana. Kerajaan Malaysia arahkan Penerbangan Malaysia (Mas) pergi ke sana, bawa balik pelajar kita. Syarikat penerbangan tambang murah pun bermurah hati menawarkan perkhidmatan mengangkut anak-anak kita pulang ke tanah air.
Pergerakan Pemuda UMNO, Pergerakan Wanita UMNO, Putera UMNO, Puteri UMNO, badan bukan kerajaan (NGO) tidak menang tangan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. Yeop bangga dan ucapkan terima kasih kepada mereka semua yang prihatin dan mengambil berat masalah rusuhan yang berlaku di Mesir.
Pemuda UMNO Perak misalnya, menyediakan khidmat Call Center sejak 3 Februari lalu untuk membantu pelajar negeri ini di Mesir. Dari tarikh itu sehingga semalam Yeop dimaklumkan lebih 150 panggilan yang diterima pusat khidmat Call Center dan 83 kes berjaya diselesaikan termasuk menyelesaikan masalah mengesan penuntut Malaysia seramai 27 orang yang terkandas di Syria kerana gagal pulang semula ke Mesir.
Menurut Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun, panggilan itu diterima daripada ibu bapa pelajar bukan sahaja dari Perak, bahkan ibu bapa dari Sabah dan Sarawak pun turut meminta bantuan pusat khidmat Call Center ini untuk mendapatkan maklumat terkini di Mesir. Siapa tak bangga dengan usaha yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Perak?
Bukan macam pihak sebelah sana. Dalam keadaan pihak kerajaan sibuk memikirkan usaha untuk membawa pulang pelajar kita, mereka pula sibuk mengadakan ceramah dan mempolitikkan usaha itu. Tidakkah ini kerja bodoh, kerja yang datang dari manusia kurang cerdik? Mereka tahu atau tidak, dalam lebih 11,000 pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir itu, yang berada dalam keadaan cemas itu turut melibatkan anak beranak mereka? Kalau bukan anak beranak pun, sekurang-kurangnya waris warah mereka.
Kenapa mereka sanggup mempolitikkan isu yang genting ini? Tidak ada hati perutkah mereka yang seolah-olah mengharapkan kejadian rusuhan di Mesir itu turut berlaku di negara ini? Yeop beristighfar memikirkan isi perut pihak sebelah sana. Nampak sangat mereka mendoakan negara ini ditimpa musibah. Tidak ada otak sungguh golongan ini. Ketika rakyat hampir setiap hari mendoakan kesejahteraan dan keharmonian, mereka pula mahu kekecohan.
Sepatutnya, kalau betul-betul memperjuangkan Islam, pergilah berjihad di Mesir. Hantar seramai mungkin rombongan ke sana menjalankan misi menyelamatkan pelajar kita. Membawa pulang mereka dengan menaja pesawat. Tapi mereka tidak pergi. Mereka tidak buat begitu. Mereka hanya berpeluk tubuh dan meracuni fikiran para pengikutnya dengan memperlekehkan usaha dilakukan orang lain. Ada ke patut mereka kata kebangkitan rakyat Mesir seperti sumber inspirasi rakyat Malaysia untuk tukar kerajaan. Yeop cukup-cukup bangang dengan orang seperti ini.
Bertambah bangang, bila mereka kata usaha memindahkan pelajar kita di Mesir dibuat berdasarkan fahaman parti. Kalau pelajar itu pro kerajaan memerintah, pelajar berkenaan dikatakan didahulukan naik kapal terbang untuk pulang ke tanah air, manakala pelajar yang pro sebelah sana, dibiarkan di lapangan terbang negara itu. Inikah kerja orang sebelah sana? Macam mana mereka tahu pelajar yang pro di dahulukan, pelajar yang anti dikemudiankan? Sanggupkah kerajaan buat demikian dalam keadaan yang cukup genting?
Ini yang Yeop kata, cakap tak ikut logik akal. Ada akal tak guna untuk berfikiran positif. Asyik fikir hal negatif sahaja. Sampaikan isu selamatkan pelajar Malaysia di Mesir pun dipolitikkan. Sungguh dukacita Yeop dengan golongan ini. Kalau hendak berpolitik pun tengoklah tempat dan keadaan. Ketika nyawa berbelas ribu anak-anak kita terancam, kita sempat lagi berpolitik, ini kerja orang gila namanya. Malah orang yang tak ada akal pun barang kali tak sanggup nak tuduh menuduh.
Bagi Yeop, bila kerajaan sanggup bawa pulang anak-anak kita, itu adalah satu rahmat yang perlu kita syukuri, bukan kita kritik dan politikkan. Tengok keadaanlah nak berpolitik pun. Jangan sampai hal kemanusiaan pun nak berpolitik. Di mana letak otak kalau tak guna untuk berfikir. Apa salahnya berganding bahu dengan kerajaan, sama-sama bantu meringankan kerja kerajaan untuk bawa pulang anak-anak kita. Inilah yang dikatakan modal insan.
Yeop harap kerajaan tidak mempedulikan apa orang lain nak kata. Apa orang nak buat tuduhan. Yang penting lebih 11,000 anak-anak kita di sana selamat kembali ke tanah air dan mereka berterima kasih kepada pihak yang bekerja keras membawa mereka pulang untuk bertemu dengan ibu bapa, adik, kakak, abang dan sanak saudara. - Yeop siaran 6hb Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan