Mamat ni tempah nama dalam dunia glamor bukan kerana ‘bisanya’ dia menjaga gol, tapi kerana dia putus tunang.
Berita itu terus mendapat liputan meluas semua media cetak dan letronik sehingga meletakkan Mamat ni dipuncak keglamoran sebagai seorang pemain bola sepak.
Nak kata Mamat ni bijak menjaga pintu gawang, taklah jugak. Dia boleh lepaskan tiga biji bola ke gawang sendiri dalam masa lima minit ketika melawan Bharin tak lama dulu.
Kalau betul dia bijak, sekurang-kurangnya tiga biji tu masuk bukan dalam tempoh lima minit. Paling tidak pun sekurang-kurangnya biarlah dalam tempoh 90 minit. Bisakah.
Kerana Malaysia menang dengan Indonesia pada Sukan Sea tahun lalu ke Mamat ni disanjung sebagai selebriti? Sehinggakan Mamat ni mempunyai pengurus peribadi dan tak lama lagi akan ada pengawal peribadi pulak?
Kenapa penjaga gol negeri lain tak seglamor Mamat ni? Adakah penjaga gol lain menjaga pintu gol tak sehebat Mamat ni? Rasanya tak juga. Kalau nak banding dengan penjaga gol Pahang, Terengganu, Kedah, Selangor dan Perak, rasanya mereka-mereka ini lagi hebat.
Habis tu kenapa Mamat ni glamor dan selalu mendapat tempat dalam media cetak dan letronik? Kan aku dah cakap, dia glamor sebab putus tunang disaat-saat akhir dan menjalin pula hubungan dengan tunangan orang lain.
Sesiapa pun, kalau ada kes macam ni akan cepat glamor dan diangkat macam selebriti. Pada aku, dari dulu lagi aku tak sanjung Mamat ni dan tak pernah pun angkat Mamat sebagai idola dalam bidang bola sepak.
Pada aku, Mamat ni dengan penjaga gol negeri lain sama saja. Sekurang-kurangnya kalau ambil Halim Napi jaga gol tika Malaysia lawan Bahrain, rasanya taklah sama macam Mamat ni jaga. Memalukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
3 ulasan:
betul tu, eksion je lebih, main mcm budak kg.
Apek kna trima la pengajarn ni. Dulu dia aibkan bekas tunangnya, skg dia akn berdpn dgn balasan Allah.
Halo Apek arr... baik lu jaga itu pintu gol baik-baik arr... lu nak naik nama talak payah la lu buat-buat sekendel arr. lu main tatak elok, itu publisiti ajer libih.
Catat Ulasan