Ahad, 12 Februari 2012
Lanjang atau ranjang?
Berita penangkapan Hilmi Malik di Indonesia akibat dari pemalsuan identiti di pasport membuka semula misteri penyebaran foto lucah Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Hilmi mengakui sepanjang tinggal sementara di Indonesia, beliau telah dibiayai oleh PKR. Mungkin ramai yang sudah tahu Hilmi menggunakan nama Azmin Heli. Mungkinkah penggunaan nama palsu “Azmin” memberi maksud tertentu kepada Hilmi?
Ia dikuatkan lagi dengan sifat berdiam diri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di laman twitternya setelah beberapa hari berlalu. Walhal, Azmin Ali dikenali sebagai seorang yang pantas dalam memberi komen atau mencipta isu di alam siber.
Lebih menyakinkan, Azmin Ali, yang dikenali dengan nafsu politik yang besar secara tiba-tiba ingin mengundurkan diri dari dunia politik!
Tidak mustahil andai Azmin Heli itu diilhamkan dari Azmin + Hilmi + Eli? Jika benar dakwaan Hilmi akan pihak yang membiayai pelariannya, maka nama Azmin sudah disebut-sebut sebagai “funder” ghaib itu.
Persoalannya, mengapa (jika benar), Azmin yang cuba membiayai segala kos hidup pelarian itu? Ada dua kemungkinan.
Pertama, mungkin Azmin cuba menutup isu foto lucah berkenaan dari terus memberikan imej yang buruk kepada PKR.
Kedua, apakah mungkin Azmin cuba melindungi dirinya dari diketahui sebagai dalang penyebaran foto tersebut?
Apa faedahnya, sekiranya benar, Azmin dalang penyebar foto lucah itu? Ada yang berpandangan sesungguhnya cita-cita Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor bukanlah rahsia.
Dan juga bukan satu rahsia bahawa Elizabeth adalah “teman rapat” Khalid Ibrahim. Maka, penyebaran foto tersebut berkemungkinan untuk menyingkirkan Elizabeth dari dunia politik, sekali gus mengurangkan sokongan kepada Khalid.
Di samping itu, foto berkenaan juga sudah tentu memberi imej yang kurang baik kepada Menteri Besar Selangor, selaku pengemudi kerajaan negeri Selangor.
Untuk perhatian, Elizabeth adalah exco kerajaan negeri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan