Jumaat, 3 Februari 2012
Ke mana arah tuju Zaid dalam politik?
Datuk Zaid Ibrahim mengambil masa selama 10 tahun mengintai jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu. Ketika itu jawatan berkenaan disandang Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher.
Selama tiga penggal Zaid mencabar Ahmad Rastom, semata-mata mahu merebut jawatan Ketua Umno Bahagian itu dan pada penggal keempat akhirnya Zaid berjaya merampas daripada Ahmad Rastom.
Apa tujuan dan motif Zaid menunggu begitu lama untuk menduduki kerusi nombor satu Bahagian Kota Bharu? Sedangkan 10 tahun bukan tempoh yang singkat, tetapi Zaid sanggup menunggu.
Beliau sanggup berhabis wang dan tenaga dalam tempoh itu untuk merampas jawatan daripada Ahmad Rastom. Apakah Zaid dianggap seorang pemimpin yang tidak ada pendirian?
Menunggu selama 10 tahun, berhabis berjuta-juta ringgit dan mengorbankan tenaga dan kerjanya di Kuala Lumpur untuk memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, beliau dianggap tidak ada pendirian?
Zaid seorang yang berpendirian dan berprinsip. Kalau beliau sanggup menunggu selama 10 tahun, beliau adalah seorang yang berpendirian. Kesabarannya, kepintarannya dan dengan bantuan pihak atasan, akhirnya Zaid menang.
Kemenangan itu menyerlahkan siapa diri Zaid yang sebenar. Daripada jawatan Ketua Umno Bahagian, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kelantan. Kemudian diambil oleh Pak Lah dan dilantiknya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun, malang dan sayangnya, Zaid tidak manfaatkan sepenuhnya jawatan, amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Adalah suatu yang aneh dan luar biasa pada perangai Zaid. Dia sanggup menunggu selama 10 tahun untuk merebut jawatan Ketua Umno Bahagian, tetapi apabila sudah dapat, beliau gagal memegangnya untuk tempoh lima tahun.
Beliau menjadi Ketua Umno Bahagian tidak sampai tiga penggal. Beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan tidak sampai satu penggal dan beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sampai satu tahun.
Kenapa? Mengapa? Itulah persoalan yang bermain dalam benak minda saya. Begitu juga beliau dalam PKR, tidak sampai satu tahun. Pun menerajui parti KITA juga tak sampai dua tahun. Itulah Zaid Ibrahim.
KITA akan dibubar
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2010 akan dibubarkan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pembubaran itu wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa KITA tidak memihak kepada pembangkang.
Menurutnya, ia berikutan terdapat beberapa ahli KITA terutama di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka telah mengkritik pembangkang secara berterusan.
"Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara, sebaliknya hanya mahu memalu dan mencemuh pihak pembangkang," katanya dalam laman web KITA di partikita.com hari ini.
Zaid yang sebelum ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), yang kemudian ditukar nama kepada KITA dalam Muktamar Agung Tahunan AKIM 2010 di Tropicana Golf & Country Resort dekat sini.
Dalam perkembangan berkaitan, Zaid mengakui kegagalannya untuk mewujudkan sebuah parti politik yang menyokong idea sederhana, progresif, sopan dan tertib dalam politik.
"Saya juga tidak berjaya membawa masuk anggota yang cukup berminat dalam mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai awam," ujarnya.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga gagal mengumpul dana mencukupi bagi menguruskan aktiviti parti dan dalam masa sama rakannya yang sebelum ini berjanji untuk membantu akhirnya memutuskan untuk tidak menghulurkan bantuan.
Menurutnya, kecenderungan media yang lebih mengutamakan laporan isu remeh turut memberi kesan kepada parti.
"Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat mengkritik kepimpinan saya dalam KITA dan yang menggembar-gemburkan cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya," ujarnya.
Ketika memetik peribahasa Melayu 'jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan' Zaid berkata, beliau sedar penubuhan KITA adalah satu kesilapan.
"Saya sebenarnya berhasrat untuk memberi idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang yang belum pernah berlaku," katanya lagi.
Zaid turut mengakui yang beliau telah membuat banyak kesilapan dalam hidupnya tetapi itu tidak akan membuatnya tawar hati.
Kepada ahli parti yang setia dan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, beliau memohon maaf dan menghargai sokongan mereka.
"Saya harap mereka akan menerima keputusan ini kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang.
"Berdirinya demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang. Sekiranya ia dimusnahkan seperti yang ingin dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi," katanya.
Kita Tidak Bubar, Zaid Digesa Letak Jawatan
PUTRAJAYA: Datuk Zaid Ibrahim digesa meletak jawatan dan berundur daripada mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) kerana disifatkan gagal menguruskan parti itu dengan baik.
Pengerusi Kita negeri Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Zaid sepatutnya berundur daripada parti berkenaan dengan cara terhormat tanpa merosokkan imej parti yang baru berusia setahun itu.
Sambil menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengumumkan pembubaran Kita tanpa persetujuan semua pihak khususnya pemimpin peringkat negeri.
"Lebih baik beliau keluar dengan cara terhormat, keluar tanpa merosakkan parti ini yang sedang menuju kearah peperangan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Turut menyokong gesaan agar Zaid meletak jawatan dan berundur daripada Kita ialah Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.
Selain itu tegas Zamil, Kita tidak akan dibubarkan walaupun Zaid tidak lagi mengetuai parti itu.
"Kita akan teruskan parti ini, walaupun tak ada Datuk Zaid. Kami boleh uruskan parti ini sendiri.
"Parti politik seperti Kita ini bukan seperti syarikat guaman atau syarikat-syarikat lain yang boleh dibuka dan ditutup sewenang-wenangnya. Kita ada ahli yang ramai. Kenyataan Datuk Zaid seolah-olah menconteng arang ke muka kami pemimpin-pemimpin negeri," katanya.
Pada Khamis Zaid mengumumkan bahawa beliau akan membubarkan Kita yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2010 akan dibubarkan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Menurut Zaid pembubaran itu wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa Kita tidak memihak kepada pembangkang berikutan terdapat beberapa ahli Kita terutama di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka telah mengkritik pembangkang secara berterusan.
Zaid yang sebelum ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang kemudian ditukar nama kepada Kita dalam Muktamar Agung Tahunan AKIM 2010.
Mengulas lanjut, Zamil berkata keputusan untuk membubarkan Kita tidak mencerminkan keinginan sebenar kepimpinan negeri termasuk kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negara.
"Itu pandangan dan pendapat peribadi beliau. Bagi kami ketua-ketua negeri membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk membubarkan parti.
"Malah alasan untuk membubarkan parti seperti yang dinyatakan Datuk Zaid juga lebih kearah kepada persoalan peribadi tanpa merujuk kepada asas dan matlamat parti," katanya.
Berhubung kenyataan Zaid yang akan memanggil EGM dalam masa terdekat, Zamil berkata adalah mustahil hasrat pembubaran Kita akan berjaya sekiranya beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti.
Jelas beliau, Fasa 28.1 Perlembagaan Kita menyatakan bahawa parti itu tidak boleh dibubarkan secara sukarela tanpa persetujuan tiga per empat ahli yang layak hadir pada sesuatu EGM.
"Negeri-negeri yang aktif seperti Kedah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Sabah bantah pembubaran Kita.
"Buat masa ini Kita tidak wujud di semua negeri seluruh negara. Jadi mustahil beliau berjaya bubarkan Kita tanpa sokongan majoriti," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan