Khamis, 22 November 2012

Al-Fatihah kepada arwah J Kamisah

Penyanyi 60an yang popular dengan lagu Jelingan Manja, J Kamisah, 64, menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam berikutan komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.

Allahyarham yang terlantar sakit sejak Ramadan lalu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi di kediaman keluarganya di Bukit Panjang, Singapura.

Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman Tanah Perkuburan Islam, Choa Chu Kang, Singapura sebelum solat Zuhur.

Awal kemunculannya, J Kamisah pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan The Wisma dan antara lagu yang menaikkan namanya ialah Irama Desa Seberang, Bingkisan Hati Setia, Salam Terakhir, Rayuan Ku, Jangan Chemburu, Berjuanglah Kanda dan Salam Terakhir.

Allahyarham meninggalkan suami, Mohd Kadar Sultan serta tiga anak yang berusia antara 36 hingga 43 tahun.

Pertengahan Julai lalu, Allahyarham yang turut menghidap kencing manis serta penyakit berkaitan paru-paru menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Baru, Singapura.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran