Anggota Parlimen hari ini mencapai kata
sepakat menyatakan sokongan ke atas usul yang dibentangkan berkaitan
serangan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan mengecam
sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang mengakibatkan kehilangan
nyawa dan kemusnahan harta benda.
Dalam hal ini, tentunya perhatian akan bertumpu kepada Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan
dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas
dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi Israel.
“Tentunya semua pihak mahu mendengar apa pandangan Anwar berkaitan
insiden serangan tentera Israel di Gaza walhal sebelum ini beliau
mempunyai pandangan yang bertentangan dengan pendirian Malaysia dan
sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik apa yang telah
diperkatakan atau membuat pembetulan,” kata penganalisis politik
tempatan, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan.
Katanya, Anwar perlu mempunyai pendirian yang tegas dan pandangan
yang kukuh untuk ditunjukkan kepada rakyat apatah lagi sebagai ketua
dalam pakatan pembangkang dan antara calon Perdana Menteri sekiranya
pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum(PRU)
ke-13.
“Anwar perlu berani berdepan dengan kenyataan sebagaimana kerajaan
yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dan berterusan
menyatakan sokongan kepada perjuangan masyarakat Palestin.
“Jangan hanya lantaran ada isu berbangkit dan serangan bertali arus
Israel yang telah membunuh puluhan orang awam maka akan timbul sandiwara
baru yang barangkali dibuat untuk ‘menjaga hati’ anggota pakatan
pembangkang atau kerana PRU sudah dekat,” katanya.
Jelas beliau, sebagai anggota masyarakat di negara ini, beliau amat
bersyukur kerana kesepakatan dalam mengutuk tindakan ketenteraan dibuat
tanpa melihat kepada latar belakang parti, kedudukan dan idealogi
politik.
“Apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin perlu menjadi tauladan
kepada kita agar sentiasa muafakat dan mengelakkan perpecahan yang hanya
akan merugikan pelbagai pihak.
“Senario di Palestin perlu dijadikan tauladan dalam mana kita mahu
berdepan PRU ke-13 maka macam-macam perkara ditimbulkan sehinggakan
dalam keadaan negara ini aman dan sejahtera pun ada pihak yang
mengatakan kerajaan zalim walhal mereka ini sendiri menimati kesenangan
hasil pentadbiran BN.”
Jelasnya lagi, bukti-bukti imperikal tidak boleh dihapuskan dengan
meneruskan lakonan apatah lagi tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat
dan ahli politik bukanlah sekadar sedap dimulut untuk melontarkan
kata-kata.
“Setiap kata-kata yang diluahkan oleh seorang pemimpin adalah amanah yang perlu dilunaskan untuk rakyat,” katanya. - MediaUMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan