PENDIRIAN MCA berkaitan perjuangan hudud versi Pas telah menimbulkan
pelbagai reaksi hingga parti komponen Barisan Nasional (BN) itu
dikatakan menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
Berikut adalah kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) semalam bagi menjelaskan kekeliruan dalam isu tersebut:
1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat
berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen
Hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi
Islamofobia.
2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan
Ilmuwan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima
penerangan daripada beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber
Islam yang sebenar.
3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk
menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak
menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan
sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA
terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan
dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap
sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.
4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat
selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu
Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan
Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan
Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang
penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap
hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di-Pertuan
Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
5. Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar konsisten untuk
memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka
hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam
tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam
apabila beliau menyatakan bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile
adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga
dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini terdapat ramai
pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan
membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA
melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya
di Malaysia.
7. Seperti mana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha,
Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam
negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap
perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid,
institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji,
penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah
agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan
yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan
mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan dengan agama-agama lain
bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.
9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan
telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam
turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto Pas 1986 dalam
muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri
dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan,
bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan
undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa
hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan
sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan
Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang demokratik maka MCA hendak
menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud sebagai salah satu
manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang (PRU-13) seperti mana
Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986
demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
10. MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan
tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu
sekiranya negara Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada
kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau
tidak. Keduanya, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap tweeter
Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?
11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka
bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak ?
Sekiranya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama
dengan MCA dalam isu hudud versi Pas, maka mereka perlu tampil
memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi Pas
di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran
pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian
sokong atau tidak.
12. Justeru, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA
adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi
menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu
meletakkan hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya
yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti
rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan