Data rasmi yang diumumkan jurucakap rasmi tentera Israel membantah dakwaan media massa Israel yang mempersoalkan kegagalan sistem pertahanan anti roket Israel "Kubah Besi" dalam menangkal roket-roket yang ditembak oleh Briged al-Qassam dan roket-roket lain dari sekitar Palestina.
Disaat para wartawan Israel berbicara mengenai keberkesanan "Kubah Besi" menepis banyak roket lawan, data tentera Israel menjelaskan kemampuan pertahanan "Kubah Besi" yang tidak melebihi 50 peratus.
Secara angka, berdasarkan data ketenteraan yang disiarkan oleh akhbar 'Ha'arezt' di laman web rasminya, menyatakan bahawa lebih dari 850 roket Palestin jatuh di Israel dan "Kubah besi" hanya mampu menepis 310 roket sahaja. Berdasarkan perkiraan, ia hanya mewakili 36 peratus dari jumlah itu.
Sementara itu, akhbar Israel, Yasrael Today menyiarkan data berbeza, menunjukkan kemampuan "Kubah Besi" yang lebih baik dari data Ha'arezt, namun keberkesanan "Kubah Besi" yang disiarkan Yasrael hanya mencapai 50 peratus sahaja.
Siaran langsung televisyen-televisyen Israel juga telah mengungkap berulang-ulang kali kegagalan "Kubah Besi" ini dengan suara dan gambar.
Salah satu siaran yang mengungkapkan masalah ini ialah ketiak wartawan saluran dua televisyen Israel yang menyiarkan secara langsung peristiwa ini dari lokasi penempatan "Kubah Besi" yang posisinya di belakang wartawan, tiba-tiba terdengar suara peringatan adanya roket Palestin dari sistem tersebut.
Wartawan tersebut mengatakan: "Mata kami tertuju ke "Kubah Besi" setelah kami memujinya berkali-kali akan kemampuan pertahanannya. Namun roket yang ditembak dari sistem tersebut tidak mengena dan jatuh ke tanah".
Namun, wartawan tersebut membela dan memberikan alasan bahawa masih terdapat kegagalan teknikal yang harus diatasi.
Sementara itu, akhbar Yasrael menyatakan bahawa kerosakan yang diakibatkan oleh roket-roket lawan Palestin di beberapa wilayah cukup besar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan