KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengakui berdebar untuk menonton pementasan Tribute Teater Tun Dr Siti Hasmah yang bermula pada malam Jumaat hingga 19 November ini.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu
berkata, perasaan itu timbul kerana dia berasa bahawa tiada perkara yang
istimewa mengenai kisah hidupnya untuk ditonjolkan kepada khalayak.
"Saya berdebar sebenarnya dengan pementasan teater ini. Saya hanya
orang biasa yang tidak mempunyai apa-apa yang istimewa untuk ditonjolkan
kepada khalayak.
"Bagaimanapun, saya mengagumi kesungguhan produksi ini yang beria-ia
memujuk saya lebih setahun semata-mata untuk mengangkat kisah hidup
saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama
tenaga produksi teater itu di Panggung Sari, Istana Budaya di sini,
petang Jumaat.
Tokoh wanita itu meluangkan masa kira-kira satu jam bersama para
pelakon sebagai pembakar semangat beberapa jam sebelum pementasan
pertama pada malam Jumaat.
Beliau berkata, perkara yang paling penting untuk ditonjolkan adalah
jasa dan khidmatnya kepada negara sebagai isteri pemimpin dan doktor
wanita Melayu pertama di negara ini.
"Kisah hidup saya terlalu banyak dan panjang. Tentu sukar untuk mereka (produksi) memilih aspek penting untuk ditonjolkan.
"Namun, saya percaya mereka sudah lakukan terbaik dalam segenap
aspek. Walaupun ada penambahan pada beberapa bahagian (untuk tujuan
kesesuaian), ia boleh diterima dan tidak mengarut.
"Saya berharap mereka akan menerima apa juga kritikan atau komen
mengenai pementasan ini dengan hati terbuka," katanya yang tidak dapat
menyaksikan pementasan pada malam Jumaat itu kerana mempunyai urusan di
luar negara.
Sebelum ini, teater arahan Erma Fatima itu berdepan pelbagai kontroversi sejak ia diumumkan beberapa bulan lalu.
Ia bermula dengan Adlin Aman Ramlie menarik diri sebagai pengarah dan digantikan Erma Fatima.
Kontroversi tercetus lagi apabila pelakon utamanya Erra Fazira dan
Sofia Jane turut menarik diri kerana masalah jadual yang bercanggah
dengan sesi latihan.
Tidak hanya membabitkan pelakon, tarikh asal pementasan yang
sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos lalu itu turut ditunda dua kali
iaitu pada 14 September dan terbaru pada 9 hingga 19 November.
Diterbitkan oleh World Islamic Network Television, teater itu
dibintangi antaranya Siti Shariza Sharifuddin (Eja), Lisa Surihani, Esma
Daniel, Nazim Othman, Azizah Mahzan dan Dira Abu Zahar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan