KLANG: Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan
polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah
Anwar berikutan kenyataan kontroversinya mengenai kebebasan beragama
untuk orang Melayu.
Laporan dibuat di Balai Polis Meru di sini, oleh Gerakan Masyarakat
Prihatin Meru, Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar Meru, Persatuan
Penduduk Kariah Kampung Haji Mohamad Sharif Meru dan Persatuan Kariah
Surau Haji Kamarudin Meru pada pukul 1 tengah hari Ahad.
Mereka meminta polis menyiasat kenyataan Nurul Izzah itu yang didakwa berbaur hasutan.
Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin, Jaya Kusuma Rosman berkata,
Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai perlu
bertanggungjawab sekiranya ada orang Melayu yang murtad ekoran
kenyataannya itu.
Beliau berkata, Nurul Izzah juga perlu meminta maaf kepada orang Melayu dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataannya itu lagi.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 November lalu memetik Nurul Izzah sebagai berkata:
Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana
seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya
terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara
sama rata,” katanya pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan