Jumaat, 23 November 2012
Pemuda BN Kecam Dan Sifatkan Rejim Israel Adalah Pengganas
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata Wilayah Gaza di Palestin adalah penjara terbuka yang paling besar setelah mereka dihimpit dengan kezaliman rejim Israel hari ini.
Menurut beliau penduduk di kawasan berkenaan bukan sahaja ditindas dengan penafian terhadap bantuan kemanusiaan malah turut melibatkan kemusnahan harta benda dan melumpuhkan ekonomi wilayah berkenaan setelah diserang oleh rejim Israel.
“Telah banyak pihak mengecam perkara ini termasuklah di Parlimen. Yang kita nak tambah hari ini bukan setakat nak kecam, tetapi di sini atas nama Pemuda BN kita kecam dan kita mahu dunia tahu bahawa rejim Israel adalah pengganas, negara pengganas. Rakyat Palestin hanya mempertahankan diri mereka daripada dizalimi oleh Israel.
“Kezaliman ini perlu ditentang habis-habisan dan kita berharap dan mendoakan negara Palestin tertubuh sebagai negara yang berdaulat pada satu hari nanti,“ katanya ketika berucap melancarkan melancarkan Tabung ‘Save Gaza Aman Malaysia’ anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia dan Pemuda BN yang bertujuan mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak seminggu lepas.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya melahirkan rasa syukur kerana satu perjanjian telah dimeterai oleh pihak kerajaan Hamas daripada Gaza Palestin dengan rejim Israel
“Tetapi jangan salah faham perjanjian gencatan hari ini bukan satu noktah, bukan satu isyarat bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin sudah pun tamat. Ia cuma satu peristiwa yang akan menghentikan seketika sahaja.
“Tetapi esok lusa mereka akan kembali ke rumah maisng-masing di Gaza. Mereka akan kembali di penjara yang paling besar dalam dunia….Gaza adalah penjara paling besar yang terbuka. Mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan bekalan daripada luar negara. Ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan. Ekonomi Gaza musnah, kemusnahan sekolah, hospital dan sebagianya lagi.
“Puncanya apa…kalau kita dengar berita antarabangsa CNN dan BBC mereka akan kata pengganas daripada Palestin. Hamas dan rakyat Palestin. Apakah rakyat Palestin yang dibekalkan dengan batu untuk mempertahankan dan melindungi diri mereka di gelarkan pengganas jika dibandingkan dengan tentera Israel yang mendapat ratusan juta dolar AS setiap tahun. Berbagai jenis bom serta senjata dan sebagainya. Siapakah pengganas sebenarnya,” katanya.
Beliau seterusnya menambah pergerakan itu berdiri teguh bersama seluruh umat Islam yang dizalimi dan ditindas di seluruh dunia.
“Pemuda BN berdiri bersama dengan seluruh umat dunia yang dizalimi dan ditindas. Di Burma, etnik Rohingya dibunuh dan ditindas. Begitu juga di Syria apabila berlakunya perang saudara.
“Kita mengharapkan walaupun usaha kita kecil, sumbangan kita walaupun kecil dan kita harapkan mereka yang ditindas di Burma, Syria, Gaza, harap mereka dengar suara kami walaupun kecil dan suara ini mengingatkan mereka tidak keseorangan dan mempunyai penyokong di seluriuh dunia termasuk Malaysia. Ini adalah masalah umat Islam sejagat,“ katanya.
Sejurus itu satu majlis solat hajat diadakan di Surau Ar-Rahman PWTC bagi memohon kepada Allah s.w.t keselamatan dan keamanan di bumi Palestin khususnya Gaza.
Sementara itu berhubung pemecatan dua anggota UMNO Bahagian Semporna, Sabah hari ini kerana bersalah mensabotaj parti, Khairy melihat ianya isyarat jelas kepada semua anggota bahawa pucuk pimpinan parti sama sekali tidak akan bertolak-ansur dengan perbuatan itu.
Katanya tiada ruang untuk mana-mana anggota yang tidak setia untuk mensabotaj Parti dan itu adalah isyarat kepada anggota parti menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Jika didapati bahawa ahli kita terbukti mensabotaj parti atau telah menyokong parti pembangkang dan tidak menyokong calon UMNO atau tidak menyokong dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau menentang kita kami tidak akan teragak-agak untuk melucutkan keahlian mereka,” katanya
Khairy diminta mengulas pemecatan Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah serta Haji Nisfu Haji Palah yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan.
Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO.
Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata mana-mana anggota yang mensabotaj parti kerana kepentingan tertentu juga perlu diberi pengajaran sewajarnya kerana ia boleh merosakkan parti. - MediaUMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan