❇1. Bila ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka? Tergamakkah kita berkata, "aku pun tak ade duit"
❇2. Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan
mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung
mereka?
Tergamakkah kita berkata, "aku pun tak cukup makan."
❇3. Bila ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik,
hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan
mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana
mereka sangat memahami keadaan kita, tetapi kita memahamikah keadaan
mereka.
Tergamakkah kita berkata, "aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."
❇4. Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang
menjenguk... siapa yang akan pulang menjenguk mereka, sedangkan anda asyik
sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibu bapa kita dapatkah kita
rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka
sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang
jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik, tapi tak dapat cuti."
❇5. Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada
disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu bapa kita
buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka, adakah
wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita
berkata, "aku bukan tak nak balik tengok mak bapak aku masa dia sakit
tempoh hari, tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."
❇6. Bila ibu bapa
anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran,
mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka
membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita
mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban,
bertungkus-lumus, bergolok-bergadai, tetapi bila tiba giliran kita
dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG
ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10
orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."
❇7. Bila ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka
hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang
alasan? Ketahuilah... walau apapun kita lakukan untuk ibu bapa kita, kita
masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu
ibu... setitik keringat ayah... apakah nilainya pada kita? Lupakah kita
bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan
bersama-sama?... Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa
kita sementara mereka masih hidup... sedarlah berapa hari lagi kita
dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat
sangat besar pada kita...
Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000
orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal, TETAPI ada dua ORANG YANG BENAR2
NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBU BAPA KITA.
Tunjukkanlah kejayaan
sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada
mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat
HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....
Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda, untuk kedua ibu bapa kita, untuk
diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka
dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan