Jumaat, 14 November 2014

Siapa Kamu Untuk Persoal ‘Tesis Ciplak’ – Idris Jusoh

Idris Jusoh

Putrajaya – Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau difahamkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telahpun memaklumkan kepada pihak Universiti Vienna, Austria dan tidak timbul sebarang isu plagiat seperti yang dilaporkan sebelum ini.


“UMK telah berhubung dengan universiti dimana pensyarah itu belajar dan universiti tersebut tidak mempunyai malsaha untuk mengiktiraf (kajian tesis tersebut).

“Universiti (Viena) faham apa yang berlaku (dan) perkara itu bukan plagiat dan bukan kita untuk menentukan, orang ramai tidak boleh menghukum beliau” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasa pertama lima Pusat Kompetensi ‘Big Data’ di sini Khamis.


Menurutnya universiti tersebut merupakan tempat pengajian yang berprestij dan hasil penilaian mereka tesis tersebut layak untuk diberikan akreditasi.

“Universiti tersebut telah melahirkan dua belas Nobel Laureate, kalau tak silap saya.. adakah kita lebih pandai daripada universiti, itu masalah yang sebenarnya.. (seolah-olah) kita lebih hebat daripada senat universiti.

“Kita menghukum orang yang senat universiti, menerima dan tidak menghukum pun (atas dakwaan yang dibangkitkan) “katanya lagi.

Idris turut menjelaskan hanya konteks yang digunakan dan bukannya keseluruhan tesis.

Menurutnya lagi ia merupakan hak universiti untuk memberi Doktor Falsafah (PhD) kepada mana-mana individu yang difikirkan layak berdasarkan penulisan dan kajian tesis yang dilakukan dan keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Salah seorang pensyarah UMK dan kakitangan akademi berstatus profesor dari universiti tempatan sebelum ini mendakwa Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah terlibat dengan jenayah dan penipuan akademik.

Hasil kajian yang dilakukan, mereka mendakwa hampir keseluruhan tesis tersebut telah disalin terus (copy paste) dari pelbagai sumber dan buku.

UMK sebelum ini memaklumkan, telah menyerahkan semua laporan kepada Universiti Viena berhubung dakwaan ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Abu Hassan.

Menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros,  pihaknya telahpun memaklumkan dan menyerahkan semua laporan berhubung kes ini.

“Saya telah hantar semua laporan berkaitan isu ini ke Universiti Viena dan mereka akan datang ke UMK pada 16 dan 17 November ini untuk memaklumkan hasil siasatan telah yang dijalankan.

“Saya akan jemput semua media dan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan mengenai perkara ini agar ia dapat diselesaikan” katanya yang dihubungi SuaraTV malam tadi.

Menurut Raduan lagi isu plagiat ini hanya boleh diputuskan oleh universiti yang terlibat dan pihaknya tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk mempertikai atau menarik kembali ijazah kedoktoran yang telah dikeluarkan oleh mana-mana universiti yang diiktiraf.

1 ulasan:

Dr Zukeri Bin Ibrahim berkata...

http://www.suara.tv/2016/01/24/mahkamah-sahkan-tesis-prof-abu-hassan-adalah-plagiat/