Jumaat, 7 November 2014

Fatwa haram SIS, Pas bercanggah pendapat


Kehadiran dua pemimpin Pas pada perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Sisters In Islam (SIS) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini, menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian parti berkenaan berhubung pengharaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Kelibat dua Ahli Parlimen dari Pas iaitu Abdul Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), secara tidak langsung membelakangkan sokongan Dewan Pemuda Pas Pusat dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan SIS.

Perbincangan yang diadakan secara tertutup dan hanya beberapa wakil media pro-pembangkang sahaja dibenarkan berada dalam bilik itu, dikatakan antara usaha dua pemimpin Pas itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu fatwa mengharamkan NGO berkenaan.

SIS dihadiri Pengasasnya, Zainah Anwar dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Datin Paduka Marina Mahathir.

Perbincangan itu bermula kira-kira jam 2.30 petang dan berakhir 5 petang dengan masing-masing ahli panel, termasuk moderator perbincangan, Datuk Saifuddin Abdullah cuba mengelak daripada didekati wartawan yang menunggu lebih tiga jam.

Pada Julai lalu, Fatwa Selangor mewartakan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan dan institusi yang berpegang kepada fahaman ‘liberalisme’ dan ‘pluralisme’ agama sebagai sesat dan lari dari ajaran Islam sebenar.

Selain itu, bahan penerbitan yang mempunyai unsur sama juga diharamkan dan boleh dirampas, di samping fatwa juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat laman yang menyebarkan doktrin tersebut.

Serentak itu juga, pada 31 Oktober lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan fatwa Selangor yang mengharamkan pertubuhan berkenaan kerana dianggap sesat.

Dalam semakan kehakiman itu yang dibuat melalui Tetuan Azzat dan Izzat, SIS menamakan tiga responden iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP), Muhammad Khalil Abdul Hadi menganggap tindakan tegas MAIS terhadap NGO itu perlu kerana kedegilannya telah mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam di negara ini.

Katanya, Pemuda Pas berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS yang mewartakan SIS sebagai haram.

"Kita kesal SIS bersikap mencabar pihak berkuasa agama negara ini dan bercanggah dengan keterbukaan yang diperjuangkan sendiri apabila gagal menjawab atau menjelaskan segala dakwaan atas mereka terutama berkaitan kesesatan pegangan SIS.
 
Berikutan itu, SIS pada 31 Oktober lalu memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan fatwa Selangor yang mengharamkan pertubuhan berkenaan kerana dianggap sesat.

Dalam semakan kehakiman itu yang dibuat melalui Tetuan Azzat dan Izzat, SIS menamakan tiga responden iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor.

Tiada ulasan:

Buaya timbul tanda kempen bebas plastik Selangor berjaya?

AKU tak tahu, nak nangis atau nak ketawa bila seorang anggota Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata, pelbagai fauna seperti buay...