Selasa, 11 Ogos 2015

KSN dan KPPA perlu lepaskan jawatan

1. Saya mengalu-ngalukan keputusan yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) memulangkan dua Pegawai SPRM kembali menjalankan tugas di SPRM seperti sediakala. Pada saya, tidak sewajarnya mereka ditukar kerana tiada kesalahan pun yang telah dilakukan mereka berdua. Apa yang mereka lakukan ialah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.

2. Namun persoalan yang perlu diperjelaskan oleh KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ialah mengapa selepas pertukaran Pegawai tersebut pada 7 Ogos 2015 dan setelah berlaku kekecohan seluruh negara atas isu ini baru dipanggil mereka untuk memberi penjelasan. Mengapa tidak dipanggil Pegawai tersebut selepas daripada beberapa insiden yang berlaku apabila SPRM diserang oleh PDRM yang menjadi punca kepada pertukaran secara bebal terhadap Pegawai tersebut.

3. KSN dan KPPA wajar memohon maaf secara terbuka melalui media kepada Pegawai tersebut kerana mereka dan keluarga serta keseluruhan kakitangan SPRM telah dimalukan sebegitu rupa, sekaligus mengalami penderaan mental dan emosi.

4. KSN dan KPPA telah gagal menjalankan tugas secara profesional untuk melindungi Pegawai yang beramanah dan berjiwa Malaysia seperti Dato'Bahari  Mohammad Zin dan Dato'Rohaizad Yaakob. Saya menuntut kepada KSN dan KPPA jika mereka bermaruah sewajarnya mereka melepaskan jawatan yang disandang. Negara tidak memerlukan Pegawai seperti mereka yang hanya menjadi hang setia kepada PM Najib bukannya kepada rakyat dan negara.

"Selamatkan Rakyat dan Malaysia Tercinta"

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: