1.
Krisis politik yang berlarutan dalam negara sekarang mengakibatkan
fokus kepada membangunkan negara dan rakyat telah tersasar daripada
kerangka matlamat pembanggunan negara.
2. Krisis ini telah
menjadi krisis kepercayaan terhadap PM dan Kerajaan yang dilihat mahu
melindungi jenayah politik dan ekonomi yang jelas merugikan rakyat dan
negara. 1MDB, pengumpulan kekayaan keluarga Najib serta sikap pak turut
(Hang Setia) anggota kabinet dan pimpinan tertinggi Umno Bn serta
Pegawai Tinggi Kerajaan khususnya PDRM bakal meruntuhkan negara.
3.
Demi menyelamat dan melindungi rakyat dan negara, Majlis Raja-Raja
Melayu perlu untuk bersidang segera bagi mengambil langkah dan
perjalanan demi melindungi Rakyat dan Malaysia tercinta. Keseluruhan
Kabinet Kerajaan yang ada tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Maka,
sebuah Kabinet Kerajaan Peralihan perlu dibentuk sebelum mendapat mandat
baru daripada rakyat dalam tempoh yang segera.
4. Saya percaya
dengan penglibatan kebawah Duli-Duli Tuanku semua akan dapat merungkai
permasalahan krisis yang dihadapi seterusnya melindungi dan
menyelamatkan rakyat dan negara daripada keadaan yang lebih buruk.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA".
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan