Selasa, 11 Ogos 2015

Penjelasan Umno Pasir Gudang

UMNO Bahagian Pasir Gudang ingin membuat penjelasan dan membetulkan kenyataan kononnya memorandum yang diserahkan kepada YAB Dato Seri Najib, Presiden  UMNO datang dari keseluruhan Ketua Cawangan dalam bahagian PG.

Memang ada perbincangan isu-isu semasa antara lebih kurang 57 ketua-ketua cawangan bagi menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada Presiden UMNO semasa persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015.

Memandangkan ia bukan dari keseluruhan cawangan yg berjumlah 107, dan rumusannya juga tidak di perjelaskan secara terperinci dikalangan ketua2 Cawangan, maka UMNO Bahagian tidak benarkan memorandum itu diserahkan sebagai salah satu aturcara persidangan.

Walau bagaimanapun UMNO Bahagian sedar tidak dapat menahan memorandum tersebut dihulur seperti mana surat-surat dihulur di majlis yang dihadiri Presiden bersama org ramai.

Lagi pun pandangan UMNO Bahagian adalah sehaluan dengan UMNO Negeri iaitu menunggu sehingga selesai siasatan sebelum dapat d muktamadkan apa2 pendirian.

~ UMNO Bahagian Pasir Gudang~

Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...