Jumaat, 14 November 2025
Barisan Nasional Sabah Pilih Perpaduan, Profesionalisme Sebagai Teras PRN Ke-17
PENGUMUMAN rasmi senarai calon Barisan Nasional (BN) Sabah untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 menandakan permulaan fasa penting dalam usaha parti itu memantapkan kembali kedudukannya di bumi bawah bayu.
Seramai 41 calon telah disenaraikan, merangkumi pelbagai latar belakang iaitu dari tokoh politik berpengalaman sehingga kepada profesional muda yang menampilkan wajah baharu BN Sabah.
Dua daripada calon yang diumumkan merupakan doktor perubatan, mencerminkan komitmen BN terhadap kepimpinan yang memahami nadi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Kehadiran tokoh profesional ini dilihat sebagai simbol anjakan paradigma parti dalam memperkukuh kepercayaan pengundi luar bandar dan separa bandar yang semakin menuntut kepimpinan berwibawa, bersih dan berpengetahuan.
Secara keseluruhan, senarai calon ini memperlihatkan keseimbangan antara kesinambungan dan pembaharuan.
Beberapa nama besar seperti Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak dan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup kekal menjadi tunjang utama, menandakan kepercayaan parti terhadap pengalaman dan rekod perkhidmatan mereka.
Pada masa sama, kemunculan calon muda seperti Dr. Elmiariezan Ardan (N.68 Apas) dan Zharif Aizat Samsuddin (N.53 Sekong) memperlihatkan usaha menyegarkan struktur kepimpinan BN di peringkat negeri.
Namun begitu, cabaran terbesar bagi BN Sabah bukan sekadar pada pemilihan calon, tetapi bagaimana calon ini mampu menyampaikan mesej perubahan dan penyatuan kepada pengundi pelbagai lapisan etnik, agama dan wilayah.
Dengan landskap politik negeri yang kini dipenuhi pelbagai gabungan seperti GRS, WARISAN dan PH, BN perlu memperkukuh naratif bahawa ia masih relevan sebagai parti yang mampu membawa kestabilan dan pembangunan.
Dari segi keseimbangan gender, hanya segelintir calon wanita tersenarai, antaranya Normalah Rasik dan Saleha Wahid, yang menunjukkan ruang peningkatan dalam keterwakilan gender masih luas.
Penyertaan profesional pula menyaksikan kehadiran calon berlatar belakang akademik dan perkhidmatan awam memberi nilai tambah kepada kredibiliti parti.
Arah strategik ialah fokus BN tampak jelas, iaitu mempertahankan kubu tradisi sambil menembusi semula kerusi marginal melalui calon tempatan yang mempunyai akar komuniti kuat.
Menjelang hari penamaan calon, tumpuan kini beralih kepada bagaimana BN akan mengatur strategi kempen yang berkesan dan realistik.
PRN Sabah kali ini bukan sekadar pertandingan politik, tetapi ujian terhadap kemampuan BN menyesuaikan diri dalam ekosistem politik baharu, di mana rakyat semakin menilai berdasarkan prestasi, bukan nostalgia.
Berikut 41 senarai calon BN yang akan bertanding:
N.10 Usukan – Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak; N.12 Sulaman – Dr. Shahnon Rizal Thaijuddin; N.13 Pantai Dalit – Alfian Sambas; N.16 Karambunai – Datuk Yakubah Khan; N.17 Darau – Arfandy Abdul Rahman; N.24 Tg. Keramat – Jeffery Noor Mohamed; N.28 Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub; N.29 Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari; N.30 Bongawan – Datuk Mohamad Alamin; dan N.31 Membakut – Rusman Dulamit
Diikuti N.32 Klias – Osin Jilon; N.33 Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Laka; N.34 Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah; N.36 Kundasang – Japirin Sahadi; N.37 Karanaan – Nadzmin Kamin; N.38 Paginatan – Datuk Jemadi @ Junaidi Sahat; N.41 Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi; N.45 Sook – Datuk Seri Arthur Joseph Kurup; N.46 Nabawan – Lajji Ompongoh; N.47 Telupid – Benedict Asmat; N.48 Sugut – Mohammad Arifin Pachuk; N.50 Labuk – Yusuf Latif; N.51 Sg. Manila – Zaini Tiksun; dan N.52 Sg. Sibuga – Datuk Suhaimi Nasir.
Turut tersenarai bertanding ialah N.53 Sekong – Mohd Zharif Aizat Samsuddin; N.58 Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin; N.59 Sukau – Datuk Jafry Ariffin; N.60 Tungku – Saleha Wahid; N.62 Silam – Sharif Musa Sharif Mabul; N.63 Kunak – Datuk Seri Anil Jeet Singh; N.66 Bugaya – Abdul Manan Indanan; N.67 Balung – Erwan Palateh; N.68 Apas – Dr. Elmiariezan Ardan; N.71 Tg. Batu – Samsasuddin Yusop; dan N.73 Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang. - ND 10 Nov 2025
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan