Jumaat, 14 November 2025
Wajarkah debat dua Intelektual Setanding, Isham Jalil vs Tengku Zafrul?
DUA tokoh muda yang semakin menonjol dalam arena politik dan dasar negara, Isham Jalil dan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, sering menjadi tumpuan umum bukan sahaja kerana pandangan mereka, tetapi juga kerana latar belakang akademik dan profesional yang begitu mengagumkan.
Kedua mereka merupakan produk institusi pendidikan berprestij, yang mana Isham ialah alumni Sekolah Alam Shah, manakala Tengku Zafrul pula bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Isham Jalil memiliki kelulusan akademik yang cemerlang dengan Sarjana Muda (Kelas Pertama) dalam Kejuruteraan dari University of Bristol, United Kingdom; Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam bidang Kewangan dari The Wharton School, University of Pennsylvania; dan Sarjana Dasar Awam (MPP) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Undang-undang dari Universiti Harvard.
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam sektor awam dan swasta, beliau pernah berkhidmat di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai Pengurus dan Eksekutif (1999–2008); di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (2008–2010); serta memegang jawatan sebagai Pengarah (JUSA B) dan Pegawai Khas kepada (mantan) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga tahun 2018.
Manakala Tengku Zafrul pula mempunyai rekod akademik dan profesional yang tidak kurang hebatnya.
Beliau merupakan alumni Sherborne School, Dorset, sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Bristol, United Kingdom dalam Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dan Perakaunan; University of Exeter, United Kingdom dalam Sarjana Sastera (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan; dan Tsinghua University PBCSF, China – Executive MBA (EMBA) (2017–2019).
Beliau juga merupakan Fellow Chartered Banker yang diiktiraf oleh Asian Institute of Chartered Bankers.
Dengan lebih dua dekad pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan, Tengku Zafrul pernah memegang jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad (2010–2013) dan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (2015–2020).
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di AmInvestment Bank, Crédit Agricole, Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings, Avenue Securities dan sebagai Penasihat kepada Presiden TNB.
Dengan latar belakang akademik dan pengalaman yang hampir seimbang, ramai pihak berpandangan bahawa debat terbuka antara kedua tokoh ini, seperti yang dicadangkan oleh Isham kepada Tengku Zafrul wajar direalisasikan.
Perdebatan secara langsung akan memberi ruang kepada rakyat untuk menilai hujah dan pandangan mereka berdasarkan fakta dan data, bukan sekadar persepsi di media sosial.
Ketika ini, perbincangan antara penyokong kedua pihak hanya berlaku dalam ruang maya masing-masing, menyebabkan hujah tidak diuji secara langsung.
Justeru, debat terbuka akan menjadi platform terbaik untuk memperkukuh wacana dasar awam secara matang dan berhemah.
Rakyat kini menanti sama ada Tengku Zafrul akan menyambut cabaran yang dilontarkan oleh Isham Jalil. – ND 31 Okt 2025
Artikel ini diolah oleh Meja Editorial dari sumber status FB Mohd Fadli Salleh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan