Sabtu, 7 Jun 2008

Pok pek pok pek pok loh

Berikut adalah komen orang ramai mengenai kenaikan harga minyak. Komen ini saya kutip daripada emel, surat dan sms yang bertaburan di alam maya untuk dikongsikan dalam Laman Blog Manzaidi.

* KamiMelayuBaru said...
Kerajaan sekarang dah hilang akal ker aper? Suruh rakyat jimat cermatlah, guna elektrik berpada-padalah dan sekarang ni suruh pemandu bawa keta slow-slow pulak supaya jimat... Habis tu, macamana kita nak capai wawasan 2020? Pak Lah ni nak kita undur ke belakang ker? Gila ker apa dia nie? Kalau trafik dalam kesesakan jalan raya sama jugalah minyak tu habis juga... Nak jimat camana PM oi... lembablah Pak Lah nie..
P/S: Nilah kalau PM banyak tidur, otak jadi lembab, minda pun dah cetek... bila bangun, dia balik zaman batu balik, pastu kata dia bawa pembangunan pada negara... Bangunan sekarang takde yang bangun pun dalam kepimpinan dia...

* Hiz said...
"Indah khabar daripada rupa". Itulah kata-kata yang sesuai untuk kerajaan pimpinan Pak Lah. Pak Lah seorang pemimpin yang "melurus" dan "pondan".
Barisan menteri Pak Lah pun "2 darab 5" sama macam Pak Lah. Saya berkata demikian bukan atas dasar merendahkan martabat Pak Lah dan kroni, tetapi bagi mendedahkan keadaan semasa. Bagi saya, Tun Mahathir tak bersalah memilih Pak Lah sebagai pengganti, tetapi nilai diri dan keupayaan Pak Lah yang menjadi kesilapan. Pak Lah tidak mampu menjadi "driver" sebab dia hanya biasa sebagai "passenger". Sebab itu, dia tidak kisah sama ada harga minyak mahal ke murah, bagi dia sama sahaja. Barisan menteri yang dipilih Pak Lah juga amat lemah dan kurang berkesan dalam melaksanakan pentadbiran.
Si menteri undang-undang bernama Zaid Ibrahim, naik saja sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, terus hendak menyerang Tun Mahathir dan menimbulkan "huru-hara" di dalam UMNO dan pemerintahan kerajaan. Akhir sekali, terkena batang hidung, selepas itu, buat-buat pening pula. Apa nak jadi, buat penat saja belajar undang-undang, tapi diri-sendiri pun tidak faham apa itu undang-undang sampai negara kehilangan Pulau Batu Puteh dek kelemahan hujah oleh barisan peguam yang katanya hebat-hebat belaka.
Sudahlah si menteri undang-undang pening, yang menteri "harga barang" pun sama-sama rasa pening sampai harga minyak pula naik ke RM2.70 daripada RM1.92 untuk petrol. Sudah pula harga simen dibuang daripada paras siling, bermaksud kerajaan tidak lagi menambat harga simen pada paras tertentu, jadi harga simen pun jadi terapung mengikut kadar pasaran serantau. Kalau harga serantau Asia RM60 seguni maka di Malaysia pun RM60 lah seguni padahal dulu RM11.50 saja seguni.
Habislah penduduk Malaysia. Dulu mungkin boleh makan nasi sehari 2 pinggan, sekarang sehari 1/2 pinggan saja. Dulu, rakyat Malaysia boleh makan roti canai 2 keping RM1.60, sekarang mungkin 2 keping RM3.00. Itu belum kira teh tarik gelas besar. Kadang-kadang apa yang Pak Lah buat membuatkan ramai di kalangan rakyat ketawa besar sebab tindakan dan keputusan beliau amat "jahil" dan "bodoh". Pak Lah, cepatlah letak jawatan sebelum negara ini hancur luluh dek perbuatan kamu yang hanya mementingkan diri-sendiri.

* Azma said...
Harga minyak melambung ni. Pak Lah nak balas dendam kat rakyat ke? Alamat PRU13, sorry nak dapat balik Selangor. Kami di Selangor ni yg paling merana, kerja di KL hari-hari bayar tol & petrol... dah tu buang masa menghadapi traffic jam. Highway pun dah jadi macam jalan biasa. Infrastructure macam tu juga. Buatlah macam Singapore, public transport efficient. Patutnya harga petrol ni utk kenderaan luar yang bukan didaftarkan di Malaysia. Satu lagi, bila cost of living tinggi sedangkan pendapatan macam tu juga, kadar jenayah meningkat. Fikiran rakyat tak tenteram, rungsing. Inilah puncanya segala bentuk jenayah makin menjadi-jadi. Alahai Pak Lah, fikirlah masak-masak... jangan asyik senyum saja sekarang, fikir dah menang bila Ezam & kuncunya join UMNO. Konon satu pergi, sepuluh mari. Mana sama yg pergi tu...

* muhamads said...
Dialah PM yang paling tak glamour dalam sejarah kita. In future our kids should just ignore him.. "Malaysia takde PM no. 5, kita skip topic nie. Jom balik tidur". UNMO members skrg nie plak macam hilang teluq. Angguk angguk, geleng geleng, suruh tepuk dia tepuk, suruh gelak dia gelak. Skrg nie semua tepuk tangan with his latest move on fuel... I bet tak sorang pun tanya, how is he going to solve inflation issues and im sure soalan macam nie dia akan jawab dgn nada joking, which org kuat dia kena or terpaksa gelak bersama. We rakyat are not laughing at all.
Kenapa BNM tak nak naik kan RM? To ensure our export remain cheap?? We can be cheap kalau negara kita nie macam india, bangladesh or what lah... 3rd world country. Sapalah maestro UNMO kali nie???

* Rufman said...
Tak kira la Karpal suka Pak Lah ke tak, yang penting saya memang dah pangkah gila-gila dah muka Pak Lah la ni sebab naikkan harga minyak dengan jumlah kenaikan yang begitu menzalimi rakyat (rebet yang diberi pun tak setimpal dengan kenaikan). Dengan seluruh geng UMNO & BN saya pangkah muka sekor2. Saya bersumpah, kalau PRU13 Pak Lah masih jadi PM, saya akan undi pembangkang!! Kalau Najib ganti pun, saya takkan sokong UMNO sebab Najib pun serupa pak turut sebab time Pak Lah buat salah, buat bodoh jer. Sapa2 pun dalam UMNO dah tak boleh dipercayai dah, sebab semua bodoh2 belaka! Kalau Pak Lah suruh makan taik, semua makan taik. Saya akan tolong berkempen untuk bantu pembangkang, walaupun tak dibayar sesen pun oleh pembangkang! Saya nak beli motor 2nd hand, pahtu saya nak simpan duit, derma kat pembangkang, saya nak tolong pembangkang GULINGKAN PAK LAH! Kalau saya susah, biar Pak Lah susah jugak!
Bagi saya, Pak Lah PM Malaysia yang paling bodoh dan malas sekali. Kalau ada masalah, suka ambik jalan mudah. Dalam masa yang sama, Pak Lah malas untuk memikirkan macamana nak tambah pendapatan rakyat. Mungkin sebab dia bodoh sebab tu dia tak terpikir cara lain. Hari tu masa pilihan raya kata ada 1.1 TRILLION untuk buat projek mega. Ambik la duit tu utk tolong rakyat tambahkan pendapatan!!! Dah la bodoh, malas, penipu pulak tu. Tun Mahathir pun kena tipu Pak Lah masa jadi PM dulu. Konon2nya dia Mr Clean, rupa2nya serupa karat punya orang. Hampeh punya Pak Lah. Malang sungguh Malaysia dapat pemimpin macam tu...

* hanson said...
Kami sedih dengan kerajaan sekarang. Minyak naik, beras naik, tak lama lagi macam2 naik. Pak Lah tolong letak jawatan segera...please...

* janjiabai said...
Persoalan Utama:
1) Mengapa bila menaikkan sesuatu barangan misalnya mesti hendak dibandingkan dengan negara jiran? Menyatakan walaupun harga minyak naik tapi masih lagi rendah berbanding harga minyak di negara jiran kita!
2) Mengapa bila kakitangan kerajaan minta semakan kenaikan gaji/elaun tidak pula hendak membandingkan kadar gaji di negara jiran kita yang sememangnya sungguh berbangga menjadi kakitangan kerajaan!
3) Minta honurarium hari tu pun liat Pak Lah nak umum... nak kata dapat atau tidak dapat sampai berjanggut rakyat tunggu.
4) Bila bab naikkan harga... tup-tup NAIK aje beb!

* kl leman said...
Mmg bengang betul dgn kenaikan petrol dan diesel ni. Kalau nak tunggu next PRU baru nak berubah lambat lerr... tak boleh ke kita tukar cara lain... Saya tengok pemimpin ni suka tengok negara jiran bila banding harga... So, apa kata kita tengok negara jiran kita Thailand... bagi mereka tukar pemerintah ni senang jer... kita pulak tunggu lagi 5 tahun... huh!

* Muss said...
Lepas ni confirm saya tak akan pangkah umno lagi dah.... shahrir dan pak lah "bole blah" sudah menyusahkan saya dan rakyat semua... minyak naik lagi dgn melampaunya... shahrir, pak lah... aku anak yatim dan aku teraniaya... kamu berdua aku doakan terseksa dunia akhirat...

* al-khawarizmi said...
Tahniah Dollah Hadhari kerana menghadiahkan kenaikan harga minyak kepada pengundi BN pada PRU 12. Mungkin inilah ajaran yang dicari-cari oleh Dollah Hadhari daripada idolanya Al-Ghazali dan As-Syafie. Syabas Dollah Hadhari!!!

* skypalooza said...
Karpal suka dan setia pada UMNO dan Pak Lah? Sebab Pak Lah lembik, senang ditipu... SudahLAH... PRU 13 Barisan Nasional akan jadi pembangkang...

* sRiKanDi^NeGaRa said...
Nampaknye isu yg lebih menyentuh hati rakyat masa kini hanyalah isu "MINYAK NAIK LAGI!". Kerajaan tak habis2 suruh kite ubah cara hidup, ubah gaya hidup, berjimat-cermat... makan ubi ganti nasi!!! (tapi hakikatnye, ubi lagi mahal...) Terpikir jugak, ape pemimpin2 kite tu dah ubah gaya hidup diorang dulu tak?? dia org berjimat cermat dulu tak? Adakah dia org terasa kenaikan minyak ni mcm rakyat?? Faham jgk, kenaikan minyak ni melibatkan kenaikan minyak global... Tp takde mekanisme yg bleh dibuat ke utk mengurangkan kenaikan minyak yg melampau2?? Kalau la ‘org tu’ tak gunakan kedudukan die utk makan duit rakyat, sapu projek k’jaan n bela anak-pinak & poket die aje, mungkin kenaikan minyak hari ini tk la terlalu mendadak... hmmm... entahlahh... "Tepuk dada, tanya selera..." Oh ya, ‘matlamat jgk tak menghalalkan cara’. Kan sy dah kata dulu... 'rambut sama hitam, tp hati lain2’... Pelik jgk kalau musuh UMNO duk sokong pemimpin UMNO. Tak pernah dibuat org. Dah ‘buang tebiat’ ke??? Sama2 kite fikirkan...

* amantubillah said...
Mintak maap chek nak tompang lalu... noh... Tahniah Paklah... Tahniah boleh blah...
Minyak naik lagi ka...? Emmm... Kita ni dok pikiak pasai minyak nak naik bulan ogos. Pikiak punya pikiak sampai naik runsin kepala otak.
Tau... tau... esok dah nak naik? Apa... ni...???
Dah la nyawa paraih idong. Kot-kot nak tolong angkat... ni dak... tolong tekan lagi kepala bagi tenggelam. Sikit-sikit, pelan-pelan tak pa la jugak... dan la bagi masa orang stabil sikit. Ni dak... macam roket nak pi bulan.
TUJUH KUPANG LAPAN DUIT tu apa?
Depa ingat sikit kot? Pakai pakat makan mee-meggi la anak beranak.
Hat lain tu dok kat ataih dok buat apa pun tak tau?
ANGGUK-ANGGUK... ANGGUK-ANGGUK... ANGGUK-ANGGUK... Hat tu depa tau... Bukan macam tu la... Sekali sekala kena la jugak... GELENG-GELENG... GELENG-GELENG... GELENG-GELENG...
Mana boleh geleng-geleng, sat gi ada yang kena tempeleng... Sapa tempeleng...? Paklah ka...? KJ ka...? Hampa ni betoi betoi menyusahkan rakyat. Tak habih habih... Turun la...
Apa turun?
Minyak ka...? Pakai dak la... Depa tu... hat tu... tu... kena turun. Pun tak mau turun jugak. Dok buat pekak badak situ...la.
Wahai RAKYAT MALAYSIA lepaih ni... minyak naik lagi... Kali ni tiga hinggit lima kupang, pulak... Kah... kah... kah, buleh gila macam ni...
correct... correct... correct...

Khamis, 5 Jun 2008

Sandiwara Pak Lah

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.
* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.
* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.
* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.
* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.
* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.
* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.
* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.
* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.
* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.
* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.
* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.
* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.



SEBELUM DAN SELEPAS DIERA KEPIMPINAN PAK LAH:
* Sebelum ini cukai jalan kereta RM200, insurans body RM250.
# Selepas itu, cukai jalan RM100 sahaja, insurans body RM350 .

* Sebelum ini, cukai jalan motosikal RM80 hingga RM125 setahun, insurans body antara RM100 ke RM150.
# Selepas itu, turun kepada RM20 setahun sahaja, insurans body pula antara RM250 ke RM350 sahaja.

* Sebelum ini, tambang bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur hanya RM28.
# Selepas itu, kena bayar RM32 baru boleh sampai ke destinasi.

* Sebelum ini, tambang kereta api dari Tumpat ke KL Sentral RM38 bagi kelas duduk ekonomi.
# Selepas itu, tambangnya RM51 sahaja.

* Sebelum ini, harga beras tempatan 25 kilogram sekampit RM25.
# Selepas itu, berat yang sama dijual RM75 sahaja.

* Sebelum ini, yuran sekolah RM85 setahun.
# Selepas itu, yuran PIBG RM125 ke RM150 setahun sahaja.

* Sebelum ini, gas memasak hanya RM12 setong.
# Selepas itu, kalau tak ada RM12, tak boleh beli. Kena bayar RM20 baru dapat.

* Sebelum ini, harga barang keperluan dapur hanya mampu beli.
# Selepas itu, tidak mampu beli lagi.

Dan banyak lagi...


PM alaf baru - Pak Lahrisme

Satu keputusan yang dianggap mengejutkan oleh PM alaf baru. Mungkinkah ini hadiah pilihan raya umum ke-12 daripada Pak Lah untuk rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah? Masya-Allah.
Susah hendak diucapkan dengan kata-kata. Hingga tidak terkata-kata sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan kenaikan harga bahan api itu.
Terasa diri bagai hidup menumpang, kena akur apa saja tuan rumah lakukan, walaupun kita sedar cara dan kaedah yang dilakukan tuan rumah itu itu menyeksa hidup kita. Inilah Pak Lahrisme.
Saya bagi pihak diri saya sendiri, amat sedih dengan kerajaan hari ini. Dari dulu lagi saya sedih, kini bertambah lagi sedih.
Orang kaya yang naik kereta kerajaan, pakai minyak yang kerajaan tanggung, tentu tidak merasa apa-apa beban dengan kenaikan harga petrol dan diesel.
Selagi mereka menggunakan kemudahan itu, naiklah sehingga RM10 seliter pun mereka tidak akan merasai bebannya. Tetapi bagaimana dengan kita yang berpendapatan bawah RM1,000? bawah RM1,500 dan bawah RM2,000?
Bagaimana dengan kita yang ada empat, lima, enam dan tujuh orang anak? Tidakkah kerajaan hari ini memikirkan perkara ini?
Pada saya semua pemimpin yang ada dalam barisan Kabinet hari ini tidak ada OTAK. Otak mereka semuanya berada di lutut. Bukan di kepala. Bukan pada akal yang Allah anugerahkan...
Siapa tidak sedih kalau sebelum ini isi tangki kereta dengan RM20 boleh bergerak sehingga 50 kilometer, tetapi mulai Khamis lalu, isi tangki pada jumlah yang sama hanya boleh berjalan sejauh 15 kilometer sahaja? Siapa tidak marah?
Begini rupanya Pak Lahrisme membalas jasa rakyat yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Begini rupanya Pak Lahrisme sebagai Perdana Menteri mentadbir dan membentuk negara.
Langsung tidak ada perancangan lain untuk menyelamatkan rakyat yang terus hidup menderita di bawah era pentadbiran dan pemerintahannya. Apa sudah jadi dengan projek Iskandar Malaysia di Johor Bahru? Apa sudah jadi dengan ECER?
Memang ecer sungguhlah, kata orang Kelantan. Ecer entah ke mana. Berterabur habis projek di bawah pentadbirannya yang dikuasai oleh anak menantu yang pendek akal.
Menteri-menteri Kabinet pun sama. Semuanya 'yes men'. Apa saja yang budak tingkat empat di Putrajaya putuskan, menteri-menteri baru bawah Kabinet Pak Lahrisme mengangguk ya. Tidak ada seorang pun mahu membantah.
Mereka takut kalau pandai-pandai membantah akan dihadap ke Lembaga Disiplin UMNO. Kalau lembaga itu putuskan mereka bersalah, maka semua jawatan akan hilang. Siapa mahu hilang jawatan? Tidak ada seorang pun, melainkan wira baru rakyat Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir.
Apabila Pak Lahrisme mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, semua menteri, pengerusi Umno negeri, ketua Umno bahagian dan mereka-mereka yang ada kepentingan, membuat kenyataan.
Kata mereka, "kenaikan itu memang patut", "kerajaan terpaksa menanggung kerugian berpuluh bilion ringgit setahun kerana bagi subsidi kepada rakyat", "harga petro dan diesel di Malaysia lebih rendah dari Singapura, Thailand dan Indonesia", dan macam-macam lagi kenyataan yang boleh meledakkan kemarahan rakyat.
Kenapa dalam bab kenaikan harga minyak, kita perlu bandingkan dengan negara lain? Kenapa bab kelemahan pemimpin, kita tidak mahu ikut negara berkenaan?. Di Thailand, jika perdana menteri dan menteri buat salah, mereka terus letak jawatan. Kenapa Malaysia tidak ikut langkah mereka?
Begitu juga di Singapura, pemimpinnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat setanding dengan negara maju dunia, kenapa Malaysia tidak dapat berbuat demikian? Indonesia pun sama, mempunyai bekalan beras mencukupi, tetapi Malaysia tidak.
Lantik seorang pemimpin untuk jaga petani dan kawasan pertanian di Kelantan. Malangnya sehingga kini petani tidak kenal siapa yang mengetuai agensi berkenaan. Tanah sawah semakin kecil. Banyak yang bertukar hak milik dan status. Apa yang dibuatnya? Main betina (anak dara dan bini orang), bolehlah.
Apa sudah jadi dengan pemimpin Umno sekarang? Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin semakin miskin. Rakyat yang gaji RM2,000 pun belum tentu dapat menyara keluarga dengan sempurna dan baik. Mana tidaknya, kos yuran sekolah semakin naik (walaupun menterinya kata yuran sekolah percuma).
Beras semakin naik, daripada RM45 sekampit 25 kilogram kepada RM80. Barang keperluan lain seperti milo, biskut, susu, lampin pakai buang, ikan, sayur, gas memasak, semuanya naik mendadak. Malah, nasi bungkus atau sepinggan sekarang naik sehingga RM5, bukan lagi RM2.50 atau RM3 sebelum ini.
Boleh dikatakan yang berpendapatan RM2,000 sekarang ibarat makan gaji RM200 sebulan. Tidakkah ini semua diambil kira? Saya percaya kerajaan sekarang tidak pernah mengambil kira permasalahan itu. Mereka main hentam sahaja.
Mereka membuat perkiraan atas kertas. Guna teori sahaja, bukan buat secara praktikal atau cuba merasai sebagaimana yang rakyat rasai. Mereka tidak akan berasa sakit pun melihat orang lain luka atau cedera. Malah bersimpati pun tidak.
Beginilah pemimpin Islam Hadhari.

Rabu, 4 Jun 2008

Berita baik dari Pak Lah untuk rakyat Malaysia
hadiah PRU-12

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter.
Diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter
Berkuat kuasa tengah malam ini (04/06/2008)

Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok (Khamis).
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.

Petrol dan diesel naik mulai tengah malam ini - PM

PUTRAJAYA 4 Jun — Berkuat kuasa tengah malam ini (Rabu malam Khamis) harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata, berikutan kenaikan itu harga baru petrol di pam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata, bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya.

Perdana Menteri berkata, bayaran tunai itu akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya, bayaran itu meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata, bayaran tunai itu akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan itu yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.

Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.

Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

Perdana Menteri berkata, bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuat kuasa 1 Jun, 2008:

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

"Pada masa ini operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel," katanya.

Harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 bagi pemilik vesel.

Perdana Menteri berkata, Kabinet telah bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok, 5 Jun, 2008.

"Harga yang diselaraskan ini tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem ’fleet card’ kerana mereka akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini," kata Abdullah.

Untuk ini, kerajaan bersetuju untuk membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel seperti berikut:

Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

"Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah.

Beliau juga mengumumkan mulai 1 Julai, 2008, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung Malaysia akan diubah seperti berikut:

Bagi sektor elektrik, harga akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu (juta unit Termal British) kepada RM14.31 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan kurang daripada 2 mmscfd (juta standard kaki persegi sehari), harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd (GMSB) akan dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2 mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 setiap mmBtu kepada RM32.56 setiap mmBtu.

"Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori perusahaan kecil dan sederhana. Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas.

"Selaras dengan dasar tenaga boleh diperbaharui, Petronas akan mengurangkan subsidi bagi sektor elektrik secara progresif sejajar dengan harga pasaran semasa, sehingga tahun ke-15, apabila parasnya mencecah harga pasaran," kata Abdullah.

Pada masa yang sama, katanya subsidi bagi sektor industri akan dikurangkan secara progresif sejajar dengan harga pasaran, sehingga tahun ke-11 apabila parasnya mencecah harga pasaran.

Dalam mengumumkan struktur baru tarif elektrik, Perdana Menteri berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu di pasaran dunia.

Katanya, dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu, kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik bagi membolehkan TNB menyerapkos bahan api bagi gas dan arang batu.

Struktur tarif baru yang berkuat kuasa pada 1 Julai, 2008, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja dan satu struktur baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak, kata Abdullah.

Selaras dengan hasrat kerajaan melindungi sebaik mungkin kebajikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowat Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

"Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," kata Abdullah.

Bagaimanapun katanya, pengguna komersial dan industri akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus.
"Bagaimanapun, bagi kategori komersial dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang menggunakan tidak lebih daripada 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus," katanya.

Bercakap mengenai sumbangan syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP) ke arah mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran.

"Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik.

"Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai ambang melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit," katanya.

POP juga, kata Perdana Menteri telah mencatatkan kenaikan untung ekoran harga minyak kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia.

Oleh itu, katanya, Kabinet juga bersetuju untuk memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) yang sedia ada berkuat kuasa 1 Julai, 2008, dan sebagai penggantinya memutuskan pelaksanaan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas POP.

Levi berikut akan dikenakan pada peringkat pemproses:
Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi setiap tan minyak mentah kelapa sawit (CPO) yang melebihi RM2,000.

Bagi Semenanjung Malaysia, 15 peratus bagi setiap tan CPO yang melebihi RM2,000.

"Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

"Kadar levi bagi POP di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah memandangkan mereka juga perlu membayar cukai kepada kerajaan negeri," kata Abdullah. — BERNAMA