Ahad lalu, saya menghubungi Tengku Razaleigh Hamzah untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai kenyataan beliau bahawa ada sebuah parti daripada komponen Barisan Nasional (BN) akan keluar BN penghujung bulan ini.
Dalam kenyataannya itu, Ku Li tidak menyatakan nama parti berkenaan, sehingga menimbulkan minat saya untuk mendapatkan lebih lanjut daripada beliau. dalam perbualan singkat tu, Ku Li masih tidak mahu menyatakan nama parti berkenaan.
Cuma katanya, parti itu bertapak di Malaysia Timur, bukan Semenanjung Malaysia. Saya tidak dapat membuat andaian parti mana sebab di Sabah dan Sarawak mempunyai banyak parti. Setelah mendapat sedikit sebanyak klu dari Ku Li, saya pun terus menyiarkan berita itu dalam akhbar Sinar Harian siaran Isnin (16hb Jun 2008).
Berikutan itu saya menerima banyak panggilan yang ada antara pemanggil itu mengutuk saya kerana menyiarkan berita karut dan sengaja mensensasikan berita itu untuk melariskan akhbar terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Saya hanya diam. Malas nak layan atau beri komen atau ulas apa yang diperkatakan oleh pemanggil itu kerana pada saya, saya telah menulis apa yang Ku Li nyatakan.
Setelah dua hari menunggu, akhirnya saya terlihat satu berita daripada BERNAMA yang menyatakan sebuah parti di Malaysia Timur akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Pak Lah. Berikut adalah berita mengenai isu ini...
Undi tidak percaya terhadap Pak Lah di Parlimen
TERBARU (18hb Jun 2008 / 3 petang): ‘Serangan’ pertama SAPP terhadap Barisan Nasional (BN) dilancarkan hari ini dengan pengumuman parti itu akan membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin depan.
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dalam sidang media petang ini berkata, kedua-dua Ahli Parlimennya, iaitu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul berkenaan.
Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menentukan siapa yang akan membawa usul undi tidak percaya berkenaan, sama ada Ahli Parlimen SAPP atau ada Ahli Parlimen dari parti lain yang akan berbuat demikian.
Sebelum ini, gempar berita kononnya SAPP akan mengumumkan keputusannya keluar dari BN, tetapi ‘serangan’ pertama SAPP yang bakal dilancarkan oleh parti itu ialah dengan membuat kenyataan bahawa parti berkenaan telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Petang ini BN kena ‘serangan’ pertama... SAPP lepas ‘bom’ masa Anwar lawat Sabah
TERBARU: Sementara semua perhatian kini menunggu-menunggu apakah keputusan daripada sidang media yang akan diadakan oleh parti SAPP Sabah jam 2 petang ini, media difahamkan oleh sumber rapat dengan parti itu, kenyataan yang bakal dibuat merupakan ‘serangan’ pertama parti itu sebelum sampai kepada tahap meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Menurut sumber berkenaan ketika dihubungi jam 10 pagi, ‘serangan’ pertama yang bakal dilancarkan oleh parti itu ialah dengan membuat kenyataan bahawa parti berkenaan telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
‘Serangan’ SAPP itu menurut sumber berkenaan, sebagai ujian pertama untuk melihat apakah ada parti komponen lain yang akan membuat pendirian yang sama dengannya dan pada masa sama ingin menunggu reaksi Perdana Menteri sendiri.
Bagaimanpun, sidang media petang ini tidak akan diberikan oleh Presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee.
Dalam perkembangan berkaitan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Sabah, dalam waktu terdekat ini.
Lebih menarik lawatan ini, SAPP dikatakan akan melancarkan ‘serangan’ pertama dengan ‘meletupkan bom besar’ di hadapan Anwar dengan mengumumkan tindakan keluar meninggalkan BN.
Bagaimanapun, SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang sebaliknya akan menjadi parti bebas dan hanya akan membuat keputusan menyertai pakatan yang diketuai oleh Anwar jika kerajaan baru berjaya dibentuk.
Berita awal: BN hadapi kejutan pertama?
Perhatian hari ini tentunya bertumpu ke Sabah.Ini berikutan khabar mengatakan Parti Maju Sabah (SAPP) nak adakan sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Luyang Kota Kinabalu.
Ikut ceritanya ia melibatkan satu kejutan.
SAPP cuma sebuah parti kecil dalam komponen Barisan Nasional namun apa yang mungkin terbit dari sidang akhbar berkenaan boleh jadi berita besar.Ini dalam kontek pelbagai spekulasi selepas pilihanraya 8 Mac mengenai Ahli Parlimen BN di Sabah.
Cakap-cakap yang berlegar ialah sidang akhbar itu ada kaitan dengan keputusannya mengenai kedudukannya dalam BN.
Sehingga berita ini ditulis lewat malam Selasa, kalangan pimpinan parti yang dipimpin Datuk Yong Teck Lee,bekas Ketua Menteri Sabah terus membisu mengenai tujuan sidang akhbar berkenaan.
Sumber-sumber parti itu hanya meminta tunggu saja pengumuman yang bakal dibuat. Andaian popular mengatakan SAPP akan umum keluar BN.
Bagaimanapun, ada sumber lain yang rapat dengan pimpinan parti itu menduga jika itu berlaku SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang.
Katanya, parti itu akan kekal pada entitinya sebagai sebuah parti bebas.
Dua Ahli Parlimen parti itu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau).
Lantang tak bermakna keluar BN - SAPP
Dakwaan bahawa ada parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan keluar meninggalkan gagasan tersebut yang menjurus kepada Parti Maju Sabah (SAPP) dinafikan oleh orang nombor dua parti tersebut dan menyifatkan ia hanya spekulasi, Datuk Raymond Tan.
Katanya, beliau tidak faham kenapa tumpuan diberikan SAPP apabila adanya dakwaan tersebut sedangkan parti itu tidak pernah membincangkan sebarang langkah untuk keluar dariapda menjadi komponen BN.
Malah, beliau berkata, kelantangan parti itu menyuarakan beberapa isu kemungkinan telah menyebabkan timbulnya salah faham bahawa mereka akan meninggalkan BN.
"Bersuara lantang dan kritikal tidak bermaksud kami akan meninggalkan BN. Memang ada perkara yang kami tidak puashati macam orang lain juga tapi itu tidak bermaksud kami akan keluar BN. Malah Sepanjang pengetahuan saya dan juga dalam komunikasi dengan Presiden, Datuk Yong Teck Lee, kami tidak pernah membuat keputusan untuk meninggalkan BN dan jika mereka menimbulkan spekulasi itu sebab nak suruh kami menutup mulut, mereka silap kerana kami akan terus bersuara.
"Tumpuan kami ialah beberapa isu semasa yang penting tapi keluar daripada BN bukan satu daripadanya," katanya selepas perasmian Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa (ICC) 2008 Kedua di Sutera Harbour Resort di Kota Kinabalu hari Isnin.
Hari Jumaat, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Razaleigh hamzah mendakwa ada sebuah parti komponan BN akan meninggalkan gabungan itu akhir bulan ini. Malah pada hari Ahad, beliau dilaporkan berkata, parti berkenaan adalah dari Sabah tetapi enggan mendedahkan nama parti berkenaan.
Menurut Raymond yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tindakan itu tidak pernah dibincang walaupun SAPP kerap menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung pelbagai perkara kepada kerajaan.
"Kami sedar ramai yang menuding jari kepada SAPP tapi itu semua spekulasi, malah saya tidak faham mengapa akhbar menamakan SAPP sebagai tajuk utama berita hari ini," ujar beliau. – 16/6/2008
GERAKAN atau SAPP tinggalkan BN?
TERBARU: Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, parti komponen Barisan Nasonal (BN) yang akan tinggalkan gabungan itu adalah dari Sabah. Bagaimanapun beliau masih enggan menamakan parti terbabit.
Berita sebelum ini...Selepas pilihan raya umum ke-12, Mac lalu, banyak cerita dibangkitkan mengenai keadaan politik tanah air. Ada yang menggemparkan dan ada juga yang buat-buat gempar.
Bermula dengan berita akan adanya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di permulaan sidang Dewan Rakyat, cerita kemudian beralih kepada Ahli-Ahli Parllimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti sertai pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan baru.
Semua berita gempar ini turut diwarnai oleh cerita dalaman UMNO sendiri termasuk soal peralihan kuasa. Setelah cerita lompat parti mula senyap, undi tidak percaya tidak menjadi kenyataan, veteran politik yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membuat berita gempar yang terbaru.
Ceritanya, salah sebuah parti komponen BN akan keluar daripada barisan yang dibentuk pada pada tahun 1974 itu.
Jika lompat parti, tarikh akhirnya pada 16 September depan, berita adanya sebuah parti komponen nak tinggalkan BN menurut Tengku Razaleigh akan berlaku hujung bulan ini.
Beliau yang juga bekas Presiden Melayu Semangat 46 bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN tersebut.
"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-Cawangan UMNO Pahang di bangunan Majlis Mentakab, hari Sabtu. Berikutan pendedahan Tengku Razaleigh tersebut, media dihubungi beberapa sumber yang memaklumkan Parti GERAKAN adalah parti yang disebut-sebut akan meninggalkan BN.
Malah menurut seorang sumber, difahamkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN soal parti itu meninggalkan gagasan BN ada dibincangkan.
Malah, keyakinan beberapa pihak GERAKAN akan meninggalkan BN berdasarkan tindakan beberapa bekas pimpinan parti itu yang telah berkhidmat di bawah kerajaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor.
Bermula dengan tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Lee Kah Choon yang menerima jawatan berkhidmat di bawah kerajaan yang diketuai oleh DAP, ia kemudian disusuli oleh bekas Pengerusi GERAKAN Wilayah Persekutuan yang menerima jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor pimpinan PKR.
Namun, ada juga desas desus berlegar bahawa parti yang akan meninggalkan BN adalah parti SAPP dari Sabah.
Malah Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee sebelum ini pernah membayangkan pihaknya mempertimbangkan untuk tidak bersama BN sekiranya tuntutan yang mereka bangkitkan untuk Sabah tidak mendapat respon daripada kerajaan Persekutuan.
Dua Ahli Parlimen SAPP tinggalkan BN?
Cerita lompat parti muncul kembali…kali ini khabar terbaru yang tersebar ialah dua Ahli Parlimen dari Parti SAPP, pimpinan Datuk Yong Teck Lee telah membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Menurut seorang yang rapat dengan kalangan Ahli Parlimen yang memberitahu Agendadaily, cerita mengenainya kini tersebar luas di kalangan Ahli-Ahli Parlimen.
Malah, dua Ahli Parlimen dari parti SAPP disebut secara terbuka merupakan mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.
Kedua-duanya ialah Ahli Parlimen Sepanggar, Enchin Majimbun dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui. Bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Agendadaily telah menghubungi kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan.
Majimbun yang menolak khabar kononnya beliau telah meninggalkan BN berkata, sehingga kini mereka masih lagi kekal bersama parti itu.
"Tapi kita tidak tahulah di masa depan macam mana," katanya.
Sambil menyifatkan berita yang tersebar itu sebagai khabar angin, beliau berkata, apa yang penting beberapa perkara yang disampaikan kepada kerajaan Pusat untuk negeri Sabah hendaklah ditunaikan.
"Kita ucap terima kasihlah kepada beberapa perkara yang telah diberikan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tapi kita masih tungu perkara-perkara lain yang belum dipenuhi," jelasnya.
Kenyataan beliau dipercayai berkaitan dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Sabah termasuk soal pembangunan di negeri berkenaan kepada kerajaan Pusat.
Bulan lalu, dalam temuramah dengan Agendadaily Teck Lee memberikan isyarat ada dua pintu sebagai pilihan kepada mereka dalam mencari penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan negeri Sabah.
Katanya, pintu pertama ialah menyelesaikan semua tuntutan yang dibuat atau jika tidak pintu kedua ialah keluar meninggalkan BN. Beliau memberikan tempoh sehingga Ogos depan untuk penyelesaian dibuat.
Sementara itu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon pula berkata, beliau tidak tahu menahu tentang cerita yang disebarkan itu.
"Hari ini kita hadir taklimat Bajet BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan BN) sama-sama dengan Perdana Menteri. Jadi saya tidak tahu menahu soal cerita ini," katanya.
Rabu, 18 Jun 2008
Selasa, 17 Jun 2008
Harga minyak dan kerajaan tahi minyak
MAHFUZ OMAR MENULIS: Kenaikan harga bahan api secara mendadak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini bukan sekadar menggemparkan rakyat, tetapi menimbulkan persoalan apakah wajar kenaikan itu berlaku.
Semua rakyat tahu mengenai kenaikan harga minyak dunia yang sudah melebihi USD130 setong, tetapi rakyat bertanya bukankah Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport minyak yang telah mengaut untung besar kesan daripada kenaikan itu.
Sebelum ini pun Menteri Kewangan II pernah menyebutkan mengenai rahmat kenaikan harga minyak yang boleh menambahkan pendapatan negara berkali-kali ganda. Yang anehnya, menteri dan media massa lebih betah memperkatakan kesan-kesan kenaikan subsidi kepada pembangunan negara berikutan kenaikan harga minyak.
Menteri Pengajian Tinggi misalnya, menggambarkan kepada rakyat bahawa RM800 juta terpaksa dikurangkan daripada peruntukan untuk kementerian tersebut kerana membiayai subsidi. Benar atau tidak itu soal kedua. Apa yang penting rakyat harus diberitahu bahawa negara kita mendapat keuntungan berganda daripada kenaikan harga minyak ini.
Adakah wajar kita menggambarkan kenaikan ini sebagai satu musibah semata-mata kerana terpaksa menaikkan harga minyak, sedangkan ia patut dilihat sebagai rahmat kerana kita pengeksport minyak yang layak menjual dengan harga lebih murah kesan keuntungan berganda ini.
Apabila kerajaan mendakwa penstrukturan semula harga minyak tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan, ia adalah satu pembohongan pada siang hari. Rakyat ditipu hidup-hidup. Kerajaan telah mengaut untung yang besar sebagai pengeksport kerana kenaikan harga ini, sedangkan perbelanjaan telah susut dengan pengurangan subsidi besar-besaran.
Sudah tentu berlaku lebihan pendapatan kerana minyak yang dikeluarkan oleh Malaysia ialah 600,000 tong sehari, manakala penggunaan hanya sekitar 400,000 tong sahaja. Di sini pun sudah ada keuntungan atau lebihan yang dicatat, belum mengambil kira pengurangan subsidi dan perbezaan harga import eksport ekoran perbezaan kualiti minyak.
Rakyat harus memahami bahawa minyak yang digunakan di dalam negara adalah minyak yang di import dari luar negara yang berkualiti rendah dan harganya lebih murah iaitu USD135 setong berbanding dengan harga minyak yang dikeluarkan oleh negara kita iaitu USD145 setong.
Hakikat ini diakui sendiri Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zetti Akhtar Aziz yang memberitahu bahawa pendapatan negara akan meningkat antara RM100 juta hingga RM200 juta setahun hasil kenaikan harga minyak sebanyak USD1. Ia turut diakui oleh Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub. Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana ekonomi negara akan semakin kukuh dan kenaikan ini menjadi rahmat kepada negara kita.
Jika kita mengandaikan negara memperoleh tambahan pendapatan RM200 juta di atas kenaikan USD1, maka kenaikan USD60 sejak kenaikan terakhir harga minyak pada 2006, bermakna kita mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM12 bilion.
Sedangkan apa yang berlaku dalam pengstrukturan semula subsidi harga minyak baru-baru ini, kerajaan mendakwa berjaya menjimatkan hampir RM14 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM26 bilion.
Kita tidak boleh menerima alasan bahawa dengan mengurangkan subsidi ini kita telah menjimatkan sekitar RM14 bilion, sedangkan penjimatan sebanyak RM4.5 bilion sebelum ini langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada hanyalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula? Apakah benar-benar berbaloi untuk rakyat menambahkan perbelanjaan sehingga 40 peratus untuk petrol sahaja, sedangkan kualiti perkhidmatan tidak bertambah.
Kerajaan sebenarnya harus keluar daripada kejumudan pentadbiran mereka bagi mencari satu pendekatan yang boleh menambahkan pendapatan negara, jika itu menjadi alasan untuk menghapuskan subsidi.
Lihatlah apa yang dibuat oleh Iran dan Venezuela yang mengalih transaksi minyak mereka dari USD kepada Euro.
Negara dijangka dapat menambah sehingga 15 peratus pendapatan jika transaksi ini dibuat menggunakan Euro kerana mata wang Eropah ini lebih kukuh. Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat-syarikat berkaitan cari gali petroleum, khususnya syarikat asing.
Pendapatan mereka telah meningkat berikutan kenaikan harga minyak, tetapi rakyat sebagai tuan punya minyak semakin menderita. Syarikat asing seperti Shell, Exxon, Ludin, Total dan lain-lain termasuk Petronas patut dikenakan cukai durian runtuh ini apabila harga minyak melepasi satu tahap harga tertentu.
Sama ada harga siling ini ditetapkan mengikut nilai setong atau nilai keluaran, yang penting keuntungan tanpa jangkaan mereka akibat kenaikan harga minyak ini dicukaikan seperti mana cukai durian runtuh dikenakan ke atas minyak sawit dan IPT.
Malaysia sudah mengamalkan dasar percukaian ini ke atas minyak sawit dan ITP, maka mengapa ia tidak boleh dilaksanakan ke atas minyak sebagai timbal balik untuk membiayai kos subsidi. Keuntungan ini jika tidak dicukai akan memberikan manfaat yang besar kepada syarikat asing, sedangkan rakyat sendiri menderita.
Adakah kerajaan tidak tergamak untuk mengenakan cukai tambahan ini kerana adanya Amerika Syarikat dan Zionis di belakang syarikat-syarikat tersebut. Jika kita mengandaikan cukai ini dikenakan sebanyak 10 peratus, bermakna negara akan mendapat sebanyak USD7.8 bilion berdasar keluaran minyak 600,000 tong sehari pada harga USD13 setong.
Dengan pendapatan sebanyak itu, kerajaan tidak lagi perlu bimbang untuk membiayai subsidi dan pembangunan negara sekali gus. Bahkan, kerajaan boleh menstrukturkan semula perbelanjaan negara dengan mengurangkan defisit.
Rakyat telah mendengar empat langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak ini. Antaranya adalah penjimatan perbelanjaan sektor awam dengan mengurangkan pembaziran yang hanya bernilai RM 2 bilion sahaja termasuklah mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri dan anggota kabinet.
Kita berasa pelik apabila langkah penjimatan dibuat selepas harga minyak dinaikkan. Mengapa penjimatan atau menghapuskan pembaziran ini tidak dibuat lebih awal dan segala kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan boleh disalurkan untuk mensubsidikan rakyat dan harga minyak tidak perlu dinaikkan.
RM2 bilion penjimatan selepas pengumuman kenaikan harga minyak termasuk pemotongan 10% elaun Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada meringankan beban rakyat.
PM dan anggota kabinet hanya kekurangan 10% daripada pendapatan mereka tetapi rakyat terbeban dengan lebih 40% kesan kenaikan harga minyak. Sedangkan perjalanan harian PM dan anggota kabinet ditanggung sepenuhnya oleh wang rakyat.
Dan RM2 bilion penjimatan yang diumumkan jika dibahagikan dengan 27 juta rakyat Malaysia, rakyat hanya akan memperoleh RM74 setahun atau 20 sen sehari sedangkan pemimpin negara masih boleh bercuti keluar negara walaupun hanya dihadkan di negara-negara Asia sahaja.
Kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.
Banyak lagi projek-projek membazir dijalankan oleh kerajaan seperti menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang melibatkan kos hingga RM17 juta, tetapi diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk negara dan pembangunan bola sepak. Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang melibatkan hampir RM1 bilion.
Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanjakan sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 pemuzik orkestra yang majoritinya rakyat asing. Maka, bagaimana Petronas boleh bersungut mengenai peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku.
Kesan kenaikan harga minyak ini memberikan dampak yang besar kepada kuasa beli rakyat. Jika kita mengandaikan setiap rakyat menggunakan 2,000 liter petrol setahun dengan pendapatan per kapita sebanyak RM46,080, bermakna rakyat Malaysia yang mengeksport minyak telah menggunakan sejumlah 11.72 peratus pendapatannya hanya untuk membeli petrol sahaja.
Berbanding Singapura yang mengimport minyak, berasaskan per kapita setinggi RM156,480, mereka hanya menggunakan 6.65 peratus pendapatan untuk membeli petrol yang berharga RM5 seliter. Di negara pengeluar minyak yang lain seperti Venezuela, rakyat hanya memperuntukkan 0.78 peratus daripada pendapatan per kapita untuk membeli petrol.
Adakah kerajaan berfikir bahawa dengan duit rebat sebanyak RM625 setahun itu rakyat telah terbela? Bukankah ia hanya bernilai tidak sampai RM1.70 sehari. RM1.70 itu tidak bermakna bagi pengguna motosikal, apatah lagi pengguna kereta yang telah kehilangan kuasa beli berkali ganda, tidak termasuk kos kenaikan barangan dan perkhidmatan lain.
Apa pun beban yang rakyat tanggung, sepatutnya seluruh rakyat patut berterima kasih kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong UMNO/BN kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan UMNO/BN untuk menaikkan harga minyak.

Jumaat, 13 Jun 2008
Agama bukan mengkhayalkan orang miskin
Oleh Mufti Perlis - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.
Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun, ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.
Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?
Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepada mu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja.
Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.
Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelaki mu hanya memakai tali pinggang kain dan hamba-hamba perempuan mu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untuk mu keharusan mengambil harta rakyat itu.
Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan Nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini.
Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televisyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc.
Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya.
Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak.
Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?"
Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimatkan makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk membolehkan mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran.
Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluarga mu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya.
Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal.
Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas.
Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?
Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah?
Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambah mewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka?
Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibandingkan wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini.
Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini.
Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada. Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab.
Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap.
Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu, namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran.
Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenai ku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini.
Kata ‘Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.
Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat.
Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto.
Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya.
Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasul-Nya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat.
Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat.
Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentangkan kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibandingkan pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak?
Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehnya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan.
Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi.
Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong.
Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Rabu, 11 Jun 2008
Info kenaikan minyak di Malaysia
Sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (naik 21 sen)
01/10/2000 - RM 1.20 (10 sen)
20/10/2001 - RM 1.30 (10 sen)
01/05/2002 - RM 1.32 (02 sen)
31/10/2002 - RM 1.33 (01 sen)
01/03/2003 - RM 1.35 (02 sen)
01/05/2004 - RM 1.37 (02 sen)
01/10/2004 - RM 1.42 (05 sen)
05/05/2005 - RM 1.52 (10 sen)
31/07/2005 - RM 1.62 (10 sen)
28/02/2006 – RM 1.92 (30 sen)
Dari 05/06/2008 - RM 2.70 (78 sen)
Tahun 1990 - RM 1.10 (naik 21 sen)
01/10/2000 - RM 1.20 (10 sen)
20/10/2001 - RM 1.30 (10 sen)
01/05/2002 - RM 1.32 (02 sen)
31/10/2002 - RM 1.33 (01 sen)
01/03/2003 - RM 1.35 (02 sen)
01/05/2004 - RM 1.37 (02 sen)
01/10/2004 - RM 1.42 (05 sen)
05/05/2005 - RM 1.52 (10 sen)
31/07/2005 - RM 1.62 (10 sen)
28/02/2006 – RM 1.92 (30 sen)
Dari 05/06/2008 - RM 2.70 (78 sen)
Selasa, 10 Jun 2008
Sabtu, 7 Jun 2008
Pok pek pok pek pok loh
Berikut adalah komen orang ramai mengenai kenaikan harga minyak. Komen ini saya kutip daripada emel, surat dan sms yang bertaburan di alam maya untuk dikongsikan dalam Laman Blog Manzaidi.
* KamiMelayuBaru said...
Kerajaan sekarang dah hilang akal ker aper? Suruh rakyat jimat cermatlah, guna elektrik berpada-padalah dan sekarang ni suruh pemandu bawa keta slow-slow pulak supaya jimat... Habis tu, macamana kita nak capai wawasan 2020? Pak Lah ni nak kita undur ke belakang ker? Gila ker apa dia nie? Kalau trafik dalam kesesakan jalan raya sama jugalah minyak tu habis juga... Nak jimat camana PM oi... lembablah Pak Lah nie..
P/S: Nilah kalau PM banyak tidur, otak jadi lembab, minda pun dah cetek... bila bangun, dia balik zaman batu balik, pastu kata dia bawa pembangunan pada negara... Bangunan sekarang takde yang bangun pun dalam kepimpinan dia...
* Hiz said...
"Indah khabar daripada rupa". Itulah kata-kata yang sesuai untuk kerajaan pimpinan Pak Lah. Pak Lah seorang pemimpin yang "melurus" dan "pondan".
Barisan menteri Pak Lah pun "2 darab 5" sama macam Pak Lah. Saya berkata demikian bukan atas dasar merendahkan martabat Pak Lah dan kroni, tetapi bagi mendedahkan keadaan semasa. Bagi saya, Tun Mahathir tak bersalah memilih Pak Lah sebagai pengganti, tetapi nilai diri dan keupayaan Pak Lah yang menjadi kesilapan. Pak Lah tidak mampu menjadi "driver" sebab dia hanya biasa sebagai "passenger". Sebab itu, dia tidak kisah sama ada harga minyak mahal ke murah, bagi dia sama sahaja. Barisan menteri yang dipilih Pak Lah juga amat lemah dan kurang berkesan dalam melaksanakan pentadbiran.
Si menteri undang-undang bernama Zaid Ibrahim, naik saja sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, terus hendak menyerang Tun Mahathir dan menimbulkan "huru-hara" di dalam UMNO dan pemerintahan kerajaan. Akhir sekali, terkena batang hidung, selepas itu, buat-buat pening pula. Apa nak jadi, buat penat saja belajar undang-undang, tapi diri-sendiri pun tidak faham apa itu undang-undang sampai negara kehilangan Pulau Batu Puteh dek kelemahan hujah oleh barisan peguam yang katanya hebat-hebat belaka.
Sudahlah si menteri undang-undang pening, yang menteri "harga barang" pun sama-sama rasa pening sampai harga minyak pula naik ke RM2.70 daripada RM1.92 untuk petrol. Sudah pula harga simen dibuang daripada paras siling, bermaksud kerajaan tidak lagi menambat harga simen pada paras tertentu, jadi harga simen pun jadi terapung mengikut kadar pasaran serantau. Kalau harga serantau Asia RM60 seguni maka di Malaysia pun RM60 lah seguni padahal dulu RM11.50 saja seguni.
Habislah penduduk Malaysia. Dulu mungkin boleh makan nasi sehari 2 pinggan, sekarang sehari 1/2 pinggan saja. Dulu, rakyat Malaysia boleh makan roti canai 2 keping RM1.60, sekarang mungkin 2 keping RM3.00. Itu belum kira teh tarik gelas besar. Kadang-kadang apa yang Pak Lah buat membuatkan ramai di kalangan rakyat ketawa besar sebab tindakan dan keputusan beliau amat "jahil" dan "bodoh". Pak Lah, cepatlah letak jawatan sebelum negara ini hancur luluh dek perbuatan kamu yang hanya mementingkan diri-sendiri.
* Azma said...
Harga minyak melambung ni. Pak Lah nak balas dendam kat rakyat ke? Alamat PRU13, sorry nak dapat balik Selangor. Kami di Selangor ni yg paling merana, kerja di KL hari-hari bayar tol & petrol... dah tu buang masa menghadapi traffic jam. Highway pun dah jadi macam jalan biasa. Infrastructure macam tu juga. Buatlah macam Singapore, public transport efficient. Patutnya harga petrol ni utk kenderaan luar yang bukan didaftarkan di Malaysia. Satu lagi, bila cost of living tinggi sedangkan pendapatan macam tu juga, kadar jenayah meningkat. Fikiran rakyat tak tenteram, rungsing. Inilah puncanya segala bentuk jenayah makin menjadi-jadi. Alahai Pak Lah, fikirlah masak-masak... jangan asyik senyum saja sekarang, fikir dah menang bila Ezam & kuncunya join UMNO. Konon satu pergi, sepuluh mari. Mana sama yg pergi tu...
* muhamads said...
Dialah PM yang paling tak glamour dalam sejarah kita. In future our kids should just ignore him.. "Malaysia takde PM no. 5, kita skip topic nie. Jom balik tidur". UNMO members skrg nie plak macam hilang teluq. Angguk angguk, geleng geleng, suruh tepuk dia tepuk, suruh gelak dia gelak. Skrg nie semua tepuk tangan with his latest move on fuel... I bet tak sorang pun tanya, how is he going to solve inflation issues and im sure soalan macam nie dia akan jawab dgn nada joking, which org kuat dia kena or terpaksa gelak bersama. We rakyat are not laughing at all.
Kenapa BNM tak nak naik kan RM? To ensure our export remain cheap?? We can be cheap kalau negara kita nie macam india, bangladesh or what lah... 3rd world country. Sapalah maestro UNMO kali nie???
* Rufman said...
Tak kira la Karpal suka Pak Lah ke tak, yang penting saya memang dah pangkah gila-gila dah muka Pak Lah la ni sebab naikkan harga minyak dengan jumlah kenaikan yang begitu menzalimi rakyat (rebet yang diberi pun tak setimpal dengan kenaikan). Dengan seluruh geng UMNO & BN saya pangkah muka sekor2. Saya bersumpah, kalau PRU13 Pak Lah masih jadi PM, saya akan undi pembangkang!! Kalau Najib ganti pun, saya takkan sokong UMNO sebab Najib pun serupa pak turut sebab time Pak Lah buat salah, buat bodoh jer. Sapa2 pun dalam UMNO dah tak boleh dipercayai dah, sebab semua bodoh2 belaka! Kalau Pak Lah suruh makan taik, semua makan taik. Saya akan tolong berkempen untuk bantu pembangkang, walaupun tak dibayar sesen pun oleh pembangkang! Saya nak beli motor 2nd hand, pahtu saya nak simpan duit, derma kat pembangkang, saya nak tolong pembangkang GULINGKAN PAK LAH! Kalau saya susah, biar Pak Lah susah jugak!
Bagi saya, Pak Lah PM Malaysia yang paling bodoh dan malas sekali. Kalau ada masalah, suka ambik jalan mudah. Dalam masa yang sama, Pak Lah malas untuk memikirkan macamana nak tambah pendapatan rakyat. Mungkin sebab dia bodoh sebab tu dia tak terpikir cara lain. Hari tu masa pilihan raya kata ada 1.1 TRILLION untuk buat projek mega. Ambik la duit tu utk tolong rakyat tambahkan pendapatan!!! Dah la bodoh, malas, penipu pulak tu. Tun Mahathir pun kena tipu Pak Lah masa jadi PM dulu. Konon2nya dia Mr Clean, rupa2nya serupa karat punya orang. Hampeh punya Pak Lah. Malang sungguh Malaysia dapat pemimpin macam tu...
* hanson said...
Kami sedih dengan kerajaan sekarang. Minyak naik, beras naik, tak lama lagi macam2 naik. Pak Lah tolong letak jawatan segera...please...
* janjiabai said...
Persoalan Utama:
1) Mengapa bila menaikkan sesuatu barangan misalnya mesti hendak dibandingkan dengan negara jiran? Menyatakan walaupun harga minyak naik tapi masih lagi rendah berbanding harga minyak di negara jiran kita!
2) Mengapa bila kakitangan kerajaan minta semakan kenaikan gaji/elaun tidak pula hendak membandingkan kadar gaji di negara jiran kita yang sememangnya sungguh berbangga menjadi kakitangan kerajaan!
3) Minta honurarium hari tu pun liat Pak Lah nak umum... nak kata dapat atau tidak dapat sampai berjanggut rakyat tunggu.
4) Bila bab naikkan harga... tup-tup NAIK aje beb!
* kl leman said...
Mmg bengang betul dgn kenaikan petrol dan diesel ni. Kalau nak tunggu next PRU baru nak berubah lambat lerr... tak boleh ke kita tukar cara lain... Saya tengok pemimpin ni suka tengok negara jiran bila banding harga... So, apa kata kita tengok negara jiran kita Thailand... bagi mereka tukar pemerintah ni senang jer... kita pulak tunggu lagi 5 tahun... huh!
* Muss said...
Lepas ni confirm saya tak akan pangkah umno lagi dah.... shahrir dan pak lah "bole blah" sudah menyusahkan saya dan rakyat semua... minyak naik lagi dgn melampaunya... shahrir, pak lah... aku anak yatim dan aku teraniaya... kamu berdua aku doakan terseksa dunia akhirat...
* al-khawarizmi said...
Tahniah Dollah Hadhari kerana menghadiahkan kenaikan harga minyak kepada pengundi BN pada PRU 12. Mungkin inilah ajaran yang dicari-cari oleh Dollah Hadhari daripada idolanya Al-Ghazali dan As-Syafie. Syabas Dollah Hadhari!!!
* skypalooza said...
Karpal suka dan setia pada UMNO dan Pak Lah? Sebab Pak Lah lembik, senang ditipu... SudahLAH... PRU 13 Barisan Nasional akan jadi pembangkang...
* sRiKanDi^NeGaRa said...
Nampaknye isu yg lebih menyentuh hati rakyat masa kini hanyalah isu "MINYAK NAIK LAGI!". Kerajaan tak habis2 suruh kite ubah cara hidup, ubah gaya hidup, berjimat-cermat... makan ubi ganti nasi!!! (tapi hakikatnye, ubi lagi mahal...) Terpikir jugak, ape pemimpin2 kite tu dah ubah gaya hidup diorang dulu tak?? dia org berjimat cermat dulu tak? Adakah dia org terasa kenaikan minyak ni mcm rakyat?? Faham jgk, kenaikan minyak ni melibatkan kenaikan minyak global... Tp takde mekanisme yg bleh dibuat ke utk mengurangkan kenaikan minyak yg melampau2?? Kalau la ‘org tu’ tak gunakan kedudukan die utk makan duit rakyat, sapu projek k’jaan n bela anak-pinak & poket die aje, mungkin kenaikan minyak hari ini tk la terlalu mendadak... hmmm... entahlahh... "Tepuk dada, tanya selera..." Oh ya, ‘matlamat jgk tak menghalalkan cara’. Kan sy dah kata dulu... 'rambut sama hitam, tp hati lain2’... Pelik jgk kalau musuh UMNO duk sokong pemimpin UMNO. Tak pernah dibuat org. Dah ‘buang tebiat’ ke??? Sama2 kite fikirkan...
* amantubillah said...
Mintak maap chek nak tompang lalu... noh... Tahniah Paklah... Tahniah boleh blah...
Minyak naik lagi ka...? Emmm... Kita ni dok pikiak pasai minyak nak naik bulan ogos. Pikiak punya pikiak sampai naik runsin kepala otak.
Tau... tau... esok dah nak naik? Apa... ni...???
Dah la nyawa paraih idong. Kot-kot nak tolong angkat... ni dak... tolong tekan lagi kepala bagi tenggelam. Sikit-sikit, pelan-pelan tak pa la jugak... dan la bagi masa orang stabil sikit. Ni dak... macam roket nak pi bulan.
TUJUH KUPANG LAPAN DUIT tu apa?
Depa ingat sikit kot? Pakai pakat makan mee-meggi la anak beranak.
Hat lain tu dok kat ataih dok buat apa pun tak tau?
ANGGUK-ANGGUK... ANGGUK-ANGGUK... ANGGUK-ANGGUK... Hat tu depa tau... Bukan macam tu la... Sekali sekala kena la jugak... GELENG-GELENG... GELENG-GELENG... GELENG-GELENG...
Mana boleh geleng-geleng, sat gi ada yang kena tempeleng... Sapa tempeleng...? Paklah ka...? KJ ka...? Hampa ni betoi betoi menyusahkan rakyat. Tak habih habih... Turun la...
Apa turun?
Minyak ka...? Pakai dak la... Depa tu... hat tu... tu... kena turun. Pun tak mau turun jugak. Dok buat pekak badak situ...la.
Wahai RAKYAT MALAYSIA lepaih ni... minyak naik lagi... Kali ni tiga hinggit lima kupang, pulak... Kah... kah... kah, buleh gila macam ni...
correct... correct... correct...

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...