Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan, walaupun kita tidak pernah sedar kita telah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan pasangan kita, rakan kita berkecil hati.
Sebagai manusia juga, kita harus bersikap terbuka dan tidak lokek untuk meringankan mulut melontarkan nasihat, pandangan ataupun teguran agar pasangan kita atau rakan kita yang melakukan kesalahan itu, tidak lagi mengulangi kesilapannya.
Amatlah sedih dan sukar untuk digambarkan, setelah lama berkawan, tiba-tiba berlaku satu kejutan...iaitu 'PERPISAHAN'.
Aku doakan kau bahagia di sana. Innalillahi wain ilaihi rajiun...
Jumaat, 15 Mei 2009
Selasa, 12 Mei 2009
Kesian Siva...tak sia-sia kamu
SETELAH tiga jam duduk di kerusi Speaker DUN, akhirnya Sivakumar terpaksa diusung dan diheret dari tempat duduknya oleh polis berpakaian preman dan Bentara DUN.
Dengan keadaan kepala ke depan, kaki terheret ke belakang, Sivakumar dibawa ke luar dari Dewan kerana mengingkari arahan kerajaan baru yang ketika itu mencadangkan R.Ganesan sebagai Speaker.
Sivakumar ada hak untuk tidak meninggalkan kerusi Speakernya. Bukan dia gila kuasa atau kemaruk hendakkan kerusi teratas dalam susunan Dewan itu. Dia enggan berganjak kerana dia menganggap dia adalah Speaker yang sah, yang dilantik selepas PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.
Tetapi kerana kerajaan baru pimpinan Dr. Zambry agak angkuh ketika itu, berlakulah peristiwa tengking menengking, sepak menyepak, tendang menendang, baling membaling, pulas memulas, siku menyiku dan macam-macam aksi lagi.
Bagaimanapun, berkat kesabaran Siva, akhirnya apa yang dia pertahankan ketika dalam Dewan Khamis lalu adalah hak dia.
Tetapi agak berbaloi juga, selepas naik kematu punggung duduk diam atas kerusi Speaker dan diheret macam bangkai, akhirnya hak dia kembali kepada dia.
Tahniah Nizar... Cuba lagi Zambry
PERTAMA-tama sekali MZ nak ucapkan tahniah kepada Mohammad Nizar. Dia kini Menteri Besar Perak yang sah. Itu yang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan kelmarin.
Dengan keputusan itu juga secara tidak langsung menafikan hak Dr. Zambry yang diperkenankan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebagai menteri besar setelah berlaku kegoyahan dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila tiga ADUNnya lompat parti, sertai Bebas.
Dengan tindakan tiga ADUN itu menyebabkan PR mempunyai 28 kerusi iaitu sama dengan kerusi yang dimiliki ADUN Barisan Nasional (BN). Cuma sekarang ini tiga ADUN Bebas telah menyatakan sokongan kepada BN. Menjadikan suara BN di Perak kini ialah 31.
Kalau ada sebarang usul yang dibangkitkan sudah tentu barisan kerajaan (PR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menghadapi kesukaran kerana tidak mendapat dua pertiga undi. Ini kerana kalau 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas tidak bersetuju, maka kerajaan negeri tidak boleh meluluskan sesuatu usul berkenaan.
Inilah kesukaran baru yang akan dihadapi kerajaan Perak selepas ini. Pendek kata, kemelut terus berkemelut. Tidak akan ada jalan penyelesaian selagi pilihan raya baru diadakan.
Ada yang bertanya, kalau Sultan Perak tidak berkenan, sudah tentu DUN tidak boleh dibubarkan. Itu betul. Tetapi Nizar boleh panggil sidang DUN tergempar dan kemukakan usul undi tidak percaya kepadanya sebagai menteri besar. Dengan itu, terbubarlah secara otomatik DUN Perak dan nak tak nak, pilihan raya negeri terpaksa diadakan.
Di situ rakyat akan buat pilihan. Mereka akan pilih calon wakil rakyat untuk mengisi 59 kerusi DUN. Kalau PR dapat 30 kerusi, maka PR akan mentadbir negeri itu. Kalau dapat 29 kerusi, kalahlah. Kena jadi pembangkanglah.
Pilihan rayalah ubat atau penawar kepada pergolakan besar di Perak sekarang. Selagi doktor tidak menggunakan ubat itu, selagi itu Perak akan terus bergolak seperti Palestin-Zionis.
Sabtu, 9 Mei 2009
You understand that...
HAMPIR semua media cetak dan elektronik memaparkan gambar yang menunjukkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah membisikkan sesuatu kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sambil diperhatikan Datuk Ngeh Khoo Ngam.Gambar itu dirakamkan ketika sidang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 7 Mei lalu.
Sebagai pembaca, tentunya mereka tertanya-tanya apa gerangan atau butir kata yang dituturkan Tuanku kepada Mohammad Nizar. Ada yang kata, Tuanku menasihatkan Mohammad Nizar supaya bersabar. Ada yang kata Tuanku meluahkan rasa simpati kepada bekas Menteri Besar itu.
Nizar pula dengan bohongnya mengatakan: “Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik ."
Sebenarnya, inilah kenyataan Tuanku Raja Dr. Nazrin Shah yang kedengaran dengan jelas melalui pembesar suara.
“I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand? So.. go and tell that...”
Isnin, 4 Mei 2009
Agama anak: Keputusan Kabinet tindas saudara baru
Oleh: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
(Pensyarah Bahagian Pengajian Islam USM)
INTIPATI MENARIK:- Keputusan kabinet lebih dipengaruhi perkembangan politik.
- Menakutkan mereka yang ingin menganut Islam.
- Jangan gadai masa depan dan keharmionian Islam hanya kerana undi
- Saudara baru tidak dapat layanan sepatutnya.
- Badan agama jangan asyik sibuk dengan lawatan dan mesyuarat.
- Sidang fatwa segera bagi isu dakwat pilihan raya, kenapa tidak isu ini?
Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;
1. Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.
2. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
4. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
5. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
6. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
7. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
8. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
9. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
10. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
11. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
12. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
13. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.

Isnin, 27 April 2009
UMNO Kelantan perlu reformasi
Tahniah kepada Tok pa atas pelantikannya sebagai Pengerusi UMNO Kelantan. Beliau adalah pemimpin yang layak menerajui UMNO Kelantan. Pelantikan Anuar Musa oleh Pak Lah pada tahun 2004 adalah satu kesilapan besar.
Sebabnya, ketika dia mengetuai UMNO Kelantan, dia telah mengambil beberapa 'hantu' dan diletakkan dalam Biro Politik. 'Hantu' inilah yang menyebabkan rakyat Kelantan semakin benci kepada UMNO Kelantan.
Biasanya hantu suka kepada hantu. Tidak mustahillah 'hantu-hantu' yang dibuang ke laut sebelum ini dikutip semula oleh Anuar. Nak kata dia tak tahu 'hantu' ini jahat, dia tahu.
Apa motif dia kutip 'hantu' ini pun saya tak tahu. Lebih dahsyat dan teruk dia beri kepercayaan kepada 'hantu-hantu' ini calon pilihan raya di beberapa DUN dan tidak cukup dengan itu Anuar lantik 'hantu-hantu' ini untuk memantau persidangan UMNO peringkat bahagian.
'Hantu-hantu' ini ternyata berperangai macam hantu. Mana-mana bahagian yang mengamalkan politik wang, dia pejamkan mata. Mana-mana rungutan dan aduan akar umbi mengenai politik wang, dia tidak laporkan. Dia sembunyikan.
Sebab itu UMNO Kelantan kecoh dan ada beberapa bahagian terpaksa digantung atau ditangguhkan persidangannya. Kerana 'hantu-hantu' inilah yang mengendalikannya. Nama lagi hantu.
Baru-baru ini, ketika saya diajak seorang kawan untuk berbual-bual di lobi Kuala Lumpur Hotel International, saya ternampak seekor 'hantu' berlegar-legar di situ. Rupa-rupanya dia diberi tanggungjawab urus pasukan bola sepak Kelantan yang kalah kepada Selangor tu.
'Hantu' ini terkejut tengok saya ada di lobi hotel itu dan dia terus lari. Memang 'hantu' ini cukup panas kalau nampak saya. Maklumlah, syaitan takut kepada al-Quran.
Jadi, saya harap UMNO Kelantan bawah pimpinan Tok Pa akan berlaku perubahan. Tok Pa perlu buat rombakan besar-besaran jentera parti bawah kendaliannya. Dia kena buang 'hantu-hantu' peliharaan Anuar Musa.
Kalau Tok Pa tak buang 'hantu-hantu' yang banyak mengkhianati parti dan negeri Kelantan ini, bermakna Tok Pa meredhai UMNO Kelantan hancur.
Kalau Tok Pa nak tau siapa 'hantu-hantu' ini, bolehlah rujuk pada saya. Saya boleh senaraikan seekor demi seekor nama 'hantu' yang ada dalam Biro Politik UMNO Kelantan.
Selain 'hantu', dalam UMNO Kelantan pun ada juga 'toyol' yang suka mencuri duit. Berjalan malam, usik anak dara, usik bini orang dan usik janda-janda.

Ahad, 26 April 2009
Tok Pa Pengerusi UMNO Kelantan
Ada rakan-rakan tanya saya kenapa Datuk Seri Najib lantik Tok Pa sebagai Pengerusi UMNO Kelantan? Kenapa tak kekalkan Tan Sri Annuar Musa atau ambil Datuk Awang Adek sebagai ganti?
Terkedu juga saya nak jawab soalan ni sebab ia melibatkan maruah parti, tata kerja jentera parti, semangat dan kesetiaan kepada parti.
Pada saya, Datuk Awang Adek belum layak lagi untuk terajui UMNO Kelantan. Dan sesiapa saja yang ada di Kelantan sebenarnya tidak layak untuk menduduki kerusi pengerusi UMNO negeri.
Annuar Musa? Pada saya ini satu-satunya pemimpin retorik dan hipokrit.

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...