Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama
Ahad, 20 Mac 2011
Sabtu, 19 Mac 2011
Najib akan serah DNA, Anwar keletong bagaimana??
Syabas penulis ucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berikrar untuk menyerahkan DNA beliau kepada pihak berkuasa bagi membuktikan bahawa beliau tiada kena mengena dengan fitnah pembangkang mengenai Altantuya.Anwar sebelum ini mempersoalkan mengapa perlu dia menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa, sedangkan DNA Datuk Seri Najib tidak pun diminta untuk dipadankan dengan DNA pada kes Altantuya. Anwar dengan bodohnya mencabar agar Perdana Menteri menyerahkan DNAnya untuk disiasat pihak berkuasa.
Meskipun tahu bahawa permintaan dan cabaran Anwar ini adalah sangat bodoh dan bangang untuk sebarang tujuan, Datu Seri Najib tetap menyahut cabaran peliwat tegar itu demi membuktikan bahawa beliau adalah bersih, dan bebas dari sebarang fitnah mengenai Altantuya yang hebahkan pembangkang selama ini.
Najib sudah bersetuju menyerahkan DNAnya secara sukarela, Anwar pula bila lagi. Untuk pengetahuan Anwar, desakan untuk Najib menyerahkan DNAnya hanya dilakukan oleh Anwar seorang sahaja. Manakala desakan untuk Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa pula adalah dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia dan pihak pendakwaraya yang inginkan keadilan dan kebenaran!
Mana keberanian Anwar untuk menyerahkan DNAnya? Mana perginya keberanian “lawan tetap lawan”? Lawan kepala hotak dia! Pada awal-awal lagi Anwar sudah lari masuk ke dalam Kedutaan Turki tanpa di undang, ingat lagi peristiwa pertama yang berlaku apabila Saiful Bukhari melaporkan kepada pihak polis mengenai kes liwatnya?
Sehingga kini, Anwar masih belum bermubahalah. Alasannya, “ulama Al-Azhar tak benarkan dia bermubahalah”? Kepala hotak dia lah! Sebenarnya, Yusuf Qardhawi tidak pun melarang Anwar bermubahalah sekiranya Anwar tidak memanipulasi cerita kepada ulama Al-Azhar itu. Penakut punya “Anugerah Tuhan”! Inikah “jantan” sebenar yang Azizah setia sangat tu?
Penulis fikir, pondan-pondan yang menjaja diri di lorong-lorong gelap lebih berani berbanding Anwar. Sekurang-kurangnya mereka tidak hipokrit dengan khalayak umum. Namun Anwar yang menjerit “lawan tetap lawan” secara tidak tentu hala itu ternyata tidak bertanggungjawab dengan “air mani”nya sendiri.
Sebenarnya, Anwar sudah kematian idea. Anwar sudah hampir dengan saat kejatuhannya. Sebagaimana pemimpin-pemimpin yang dijatuhkan di Mesir, Libya, Bahrain, Yaman dan sebagainya, Anwar juga akan turut jatuh dari terus mengemudi PKR dan pakatan pembangkang. Dia bakal dijatuhkan oleh orang-orangnya sendiri.
Melalui sumber dalaman, penulis mendapat berita bahawa sudah wujud gerakan secara sulit di dalam PKR bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti penipu itu. Menurut kumpulan itu, mereka terpaksa menjatuhkan Anwar kerana peliwat itu telah ternyata memburukkan reputasi dan kreadibiliti parti itu dengan pelbagai tindakan “gelap”nya yang melampau.
Pada penulis, biar apa pun yang berlaku kepada Anwar dan partinya, Anwar wajib menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa untuk dipadankan dengan DNA lelaki Y. Bersalah atau tidak, kita nantikan kelak! Serahkan DNA Anwar!
Mufti bimbang kitab Bible

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.
Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.
"Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku," kata beliau lagi.
Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.
"Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat," katanya lagi.
Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.
Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.
Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.
Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengikut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.
Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.
Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.
“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.
Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.
“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?
“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.
Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.
“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.
Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.
“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?
“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.
Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.
“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.
Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.
“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya.
Amerika anggap dia hebat



















Semua tahu siapa Amerika. Musuh ketat umat Islam dan negara Islam. Ketika Libya berlaku pergolakan politik, Amerika sibuk mengerahkan bala tenteranya untuk menyerang Libya supaya Presidennya, Muamar Gaddafi tunduk. Bagaimanapun, Gaddafi tidak akan tunduk dan sedikit pun tidak gentar dengan 'kekuatan' senjata Amerika yang sudah dihantar berhampiran negara itu.
Isnin, 14 Mac 2011
Nik Aziz, ulamak munafik
Abdul Salim Ahmad menunjukkan surat untuk sesi berdialog bersama Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana tidak berpuas hati dengan tawaran kerajaan negeri di Pejabat Pasar MPKB, semalam.Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 13 Mac – Dua persatuan peniaga di sini enggan tunduk kepada desakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah berhubung isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru di sini yang mencetuskan polemik berpanjangan.
Sebaliknya, kedua-dua persatuan itu mendesak Nik Abdul Aziz supaya menunaikan terlebih dahulu janji yang dibuatnya pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad berkata, sepatutnya wakil rakyat dalam Parlimen Kota Bharu termasuk Anuar yang perlu memohon maaf kepara peniaga terbabit kerana mereka tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau berkata, kritikan terbuka ke atas wakil rakyat Pas itu terpaksa dilakukan bagi memastikan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di peringkat bawahan.
“Kami mahu tahu apa tugas wakil rakyat, adakah tugas mereka hanya menyelesaikan masalah rakyat dari pejabat sahaja tanpa turun ke padang? Untuk makluman sejak 2008 sehingga 2011, tiada seorang pun wakil rakyat di Parlimen Kota Bharu turun bertemu kami.
“Saya tidak akan minta maaf, tiada sebab untuk saya minta maaf. Saya kritik depan ramai, itu adalah curahan hati saya untuk tolong tok guru (Nik Abdul Aziz) dan saya minta tok guru dengar rintihan di bawah, jangan dengar Exco sangat.
“Kalau tok guru suruh saya minta maaf, lebih baik suruh Exco, Datuk Husam Musa minta maaf kepada Ahli Parlimen Kota Bharu sebab dia yang katakan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak turun padang sebab takut. Saya ambil cerita ini daripada mulut Husam dalam mesyuarat di sebuah hotel pada 1 Februari lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jumaat lalu, ketika menyampaikan kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz meminta kedua-dua persatuan tersebut supaya meminta maaf secara terbuka kepada Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri kerana melakukan serangan terbuka ke atas Exco berkenaan.
Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan kedua-dua persatuan peniaga terbabit yang melakukan serangan peribadi secara terbuka adalah berdosa dan bertentangan dengan Islam.
Ia ekoran kritikan pedas dan terbuka Abdul Salim terhadap wakil rakyat Pas yang didakwanya tidak turun padang ketika berucap pada Majlis Maulidur Rasul anjuran Urus Setia Penerangan yang turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz dan barisan Exconya, di tempat letak kereta Bazar Arked Uda, Khamis lalu.
Abdul Salim berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz perlu menunaikan janji yang dibuatnya iaitu menyediakan ruang niaga yang selesa kepada 415 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Bazar Arked UDA yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru.
“Saya bagi pihak peniaga di pasar besar kalau tersinggung, saya mohon maaf kepada tok guru, tetapi saya ingin bertanya kepada tok guru adakah selesai perjanjian dia dengan peniaga Pasar Lama MPKB dan Bazar UDA semasa ucapannya dua hari sebelum pilihan raya.
“Ingat kembali apa yang dia janji kepada peniaga kecil, apakah saya perlu mohon maaf atau tok guru sendiri mohon maaf kerana saya tengok tidak ada jalan penyelesaian (bagi masalah ini),” soalnya.
Katanya, kesemua 415 peniaga di kedua-dua pasar tersebut sebulat suara tidak berpindah ke Bazar Tok Guru selagi isu keluasan ruang niaga di bazar itu tidak diselesaikan biarpun kerajaan negeri memberi notis sehingga 30 Mei ini supaya mereka berbuat demikian.
Ahad, 13 Mac 2011
Kenapa Anwar takut serah DNA???

1,000 sertai demonstrasi gesa tamat spekulasi ‘Lelaki Y’
BATU GAJAH, PERAK - Lebih 1,000 ahli Pergerakan Wanita UMNO Perak mengadakan perhimpunan aman di Arena Square mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan profil DNA untuk melancarkan proses perundangan, sekali gus memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai kes liwat yang dihadapinya.
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata, penyerahan spesimen daripada badan ketua pembangkang itu akan menamatkan sebarang spekulasi mengenai identiti sebenar profil DNA lelaki tidak dikenali dinamakan ‘Lelaki Y’ yang didedahkan pada prosiding perbicaraan kes itu sebelum ini.
ULASAN: Anwar tidak akan sekali-kali menyerahkan spesimennya untuk tujuan mencari bukti DNA yang terdapat dalam air mani di dubur seorang lelaki yang diliwatnya.
Kalau Anwar tidak menyerahkan spesimennya pun, sudah terbukti DNA yang dikesan pada botol air mineral, tuala Good Morning dan berus gigi ketika dia ditahan di lokap adalah Lelaki War.
Siapakah Lelaki War? Dia ada di mahkamah bersama para peguamnya untuk menghadapi kes liwat. Lelaki War ini tidak lagi misteri. Perbuatannya suka meliwat bukan lagi perkara mustahil, pelik atau agenda pihak tertentu. Liwat adalah hobinya.
Selasa, 1 Mac 2011
Adik Hairuman dikecualikan bayar pinjaman PTPK
KUALA LUMPUR 28 Februari - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mengecualikan pembayaran balik baki tunggakan pinjaman mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon, 22, berjumlah RM13,632.88.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kementeriannya melalui PTPK sedang berurusan dengan pihak insurans berkaitan dengan pinjaman berkenaan.
"Setiap peminjam PTPK dicarumkan skim insurans perlindungan berkelompok bagi melindungi pinjaman mereka sekiranya peminjam meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal.
"Kita harap dengan bantuan ini, dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarganya," katanya kepada pemberita selepas melawat Hairuman di Wad Rawatan Kebakaran, Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Pada lawatan itu, Maznah turut menyampaikan sumbangan RM2,000 yang dikumpulkan oleh kakitangan PTPK kepada Hairuman.
Pada 26 November lalu, Hairuman terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi semasa mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Tanjong Karang, Selangor.
Akibat kejadian berkenaan, kedua-dua belah tangan serta kaki kiri pemuda berkenaan terpaksa dipotong apabila doktor mendapati anggota tersebut tidak boleh diselamatkan.
Maznah menambah, kementerian bersimpati dengan nasib yang menimpa Hairuman dan berharap sokongan dapat diberikan secara berterusan agar pemuda berkenaan dapat meningkatkan keyakinan diri.
Bagaimanapun, beliau merasa bangga dengan semangat dan kegigihan yang ditunjukkan Hairuman.
"Kita harap dia hanya menumpukan kepada aspek kesihatan diri sahaja dan kementerian akan cuba membantu mencari peluang pekerjaan setelah dia sihat nanti," jelasnya.
Sementara itu, Hairuman yang ditemui berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diberikan Kementerian Sumber Manusia dan PTPK.
"Dengan bantuan yang diberikan, ia dapat meringankan beban saya," katanya.
Dia menambah, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi seorang kontraktor elektrik.
Dalam pada itu, kakak Hairuman, Maryuni Miskon, 32, berkata, dia terharu dengan bantuan dan kesudian pihak kementerian melawat adiknya.
"Terima kasih atas segala bantuan yang diberikan dan saya harap dengan bantuan ini dapat dijadikan perangsang kepada Hairuman untuk menjalani kehidupan selepas ini," katanya.
Tambahnya, adiknya itu telah menunjukkan perubahan positif dan keluarganya sentiasa memberikan sokongan moral pada Hairuman.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...