KUALA LUMPUR, 14 Nov – Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin (gambar) mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.
“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.
Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”
“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.
“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.
“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.
Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna “pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi.”
Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Selasa, 15 November 2011
Sabtu, 12 November 2011
Firaun dan Piramid
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: “Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta”. (al-Qasas: 38).
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?
Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.
Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.
Kajian itu menegaskan, Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram.
Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat.
Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan itu, Prof. Davidovits telah mengambil contoh batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.
Hasilnya, beliau menegaskan batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.
Penemuan oleh Davidovits itu adalah hasil kajian yang mengambil masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, ‘Piramid Matahari’ dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat.
Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah itu tersebar luas di masa yang lalu.
Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid.
Beliau berkata: “Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang baru saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat menggunakan tanah liat.”
Bukti-bukti kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada tanah liat.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.
Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelas membuktikan Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya di Laut Merah bersama tenteranya.
Selain itu, Allah juga menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang diperjuangkan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian. Walahu ‘alam.

Rabu, 9 November 2011
Muhyiddin jawab Ku Li
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kononnya parti itu tidak lagi mengamalkan kebebasan bersuara seperti pada awal penubuhannya dahulu.
Beliau berkata, tiada sebarang pekeliling yang menghalang pemimpin UMNO sama ada di peringkat individu, bahagian atau negeri untuk mengeluarkan kenyataan, pandangan mahu pun kritikan mengenai apa sahaja termasuk menegur dasar kerajaan.
Malah beliau sendiri mengalu-alukan sebarang pandangan berbeza daripada Tengku Razaleigh jika ia bertujuan memperkukuhkan parti dan tegas Muhyiddin, idea sebegitu tidak perlu menunggu tarikh perhimpunan agung baru hendak disuarakan.
“Kita tidak pernah menyekat sesiapa daripada menyuarakan pandangan. Tiap-tiap hari saya membaca akhbar dan melihat pemimpin UMNO cakap macam-macam. Kadang-kala mereka cakap lebih daripada apa yang sepatutnya, jadi sistem demokrasi dalam UMNO hidup.
“Bahkan, kita juga tidak menyekat pemimpin UMNO daripada menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform bagi mereka menyuarakan pandangan kerana itu hak setiap ahli UMNO,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Kohort Pertama Yayasan Teach For Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Tengku Razaleigh bahawa beliau terpaksa menubuhkan NGO, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam UMNO.
Bagaimanapun di sebalik dakwaan tersebut, Tengku Razaleigh yang sebelum ini disebut-sebut sedang ‘dirisik’ pihak pembangkang menegaskan, beliau akan tetap bersama UMNO kerana mempunyai keyakinan tinggi terhadap parti terbesar orang Melayu itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sistem demokrasi yang diamalkan dalam UMNO sudah menjadi tradisi sejak sekian lama dan tidak pernah berubah walaupun parti itu sudah enam kali bertukar pucuk pimpinan selepas negara merdeka 54 tahun lalu.
“Ini yang kita amal sejak sekian lama, sistem demokrasi dalam UMNO bukan perkara baru. Masa Tengku Razaleigh berada dalam Majlis Tertinggi dahulu pun sistem demokrasi kita tetap sama dan tiada sebarang perbezaan dengan sistem pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan golongan tertentu supaya tidak cuba menimbulkan masalah di negara ini dengan mencampuri urusan umat Islam termasuk mempertikaikan ibadah korban Aidiladha.
“Saya tidak fikir pandangan itu harus dikemukakan. Ibadah korban adalah tuntutan agama untuk kita umat Islam laksanakan bagi menghormati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kenapa perkara sebegini harus dibangkit?
“Macam kita orang Islam tak boleh makan babi, tetapi penganut agama lain boleh makan dan kita tidak persoal perkara itu, jadi kenapa pula hendak dipertikai amalan umat Islam itu ? Pada saya ia sengaja dibuat agar timbul masalah baru,” katanya.

Ku Li hilang suara dalam Umno
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.
Bagaimanapun katanya, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.
“Masih ada keyakinan (terhadap Umno), tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang... kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)... tiada.
“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.
Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”
Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li berkata, Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.
“Kita sudah dapat kelulusan RoS, kita akan gerakkan pertubuhan ini...selama ini kita senyap kerana kita masih belum dapat kelulusan, kita tidak mahu nanti dikatakan pertubuhan haram,” kata presiden Amanah ini.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan Umno sekarang tidak seperti pimpinan terdahulu yang mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.
“Zaman dulu siapa yang nak bercakap boleh bercakap...sekarang kalau dalam perhimpunan agung nak bercakap pun kena dapat kebenaran, apa yang nak bercakap pun kena dapat kelulusan dan kalau bercakap semua yang sedap didengar,” katanya.
Dalam pada itu seorang lagi timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat berkata sejak melibatkan diri dalam pertubuhan itu banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.
“Ini adalah platform NGO, tidak perlu nak cakap yang bukan-bukan. Sejak dulu saya sudah terlibat dalam NGO dan ia adalah hak saya untuk sertai mana-mana NGO.
“Itu hak saya untuk sertai mana-mana NGO dan ia adalah hak bersuara baik dalam program kemasyarakat atau politik yang mana saya tidak nampak percanggahan,” katanya.
Tambah Tengku Razaleigh, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil.
Amanah: Panggil PRU-13 hanya lepas pembaharuan pilihan raya
KUALA LUMPUR — Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah mahu pilihan raya umum ke-13 hanya diadakan selepas pembaharuan pilihan raya yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.
Bercakap pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, pentadbiran Najib perlu melaksanakan cadangan pembaharuan pilihan raya selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selesai menjalankan kajian.
“Kita alu-alukan langkah kerajaan bawa perkara ini ke Parlimen, kita harap kerajaan dalam laksanakan cadangan pilihan raya selepas jawatankuasa ini selesai jalankan kajian. Kemudian baru panggil pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Timbalan Presiden Amanah, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan pembaharuan pilihan raya memandangkan mandat hanya akan berakhir April 2013.
Katanya, sekiranya pembaharuan pilihan raya tidak dilakukan penubuhan jawatankuasa khas itu disifatkan beliau sebagai “main-main dan macam drama.”
“Kami sebenarnya mahukan suruhanjaya diraja tapi jawatankuasa pilihan khas ini tiada masalah, biar mereka siapkan tugas kerana semua wakil parti politik ada di situ.
“Kita masih ada masa, tak perlu nak tergesa-gesa, kalau buat pilihan raya umum ke-13 awal nampak macam ia main-main dan macam drama. Bahkan orang BN (Barisan Nasional) juga mahu pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas jawatankuasa selesai jalankan tugas dan pembaharuan dilakukan,” katanya.

Selasa, 8 November 2011
Halang motosikal dicuri: Pelajar M'sia mati dibunuh
Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur, malam tadi.
Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu (8hb Nov 2011), Pereira dilaporkan ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.
Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.
Pereira berasal dari Klang, Selangor.
Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.
Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya.

Marina Mahathir selar media, Seksualiti Merdeka bukan promo seks bebas
Ambiga Sreenevasan bercakap kepada media selepas kenyataan diambil polis di pejabat Tenaganita di Jalan Gasing, Petaling Jaya petang ini dengan ditemani (dari kiri) Maria Chin Abdullah, Irene Fernandez, Pang Khee Teik dan Marina Mahathir. ― Foto oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 7 Nov ― Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyama jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.
Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.
“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.
Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.
Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.
Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.
“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.
“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.
Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.
Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.
Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.
“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.
“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.
“Jaga-jaga, TV3.”
Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.
Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.
Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.
“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.
Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.
Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.
Penganjur serah kepada KPN tentukan nasib Seksualiti Merdeka
PETALING JAYA, 7 Nov ― Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini secara formal telah meminta satu pertemuan dengan Tan Sri Ismail Omar dan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara dalam memutuskan sama ada akan membatalkan pengharaman dikenakan ke atas program itu Khamis lalu.
Pang Khee Teik, pengasas kempen itu memberitahu pemberita, beliau telah diminta bertemu dengan Ismail sama ada esok ataupun lusa untuk menjelaskan objektif program tersebut.
“Bagi pihak penganjur, saya mahu mengatakan bahawa kami telah memanjangkan permintaan kepada Ketua Polis Negara dan berterima kasih kerana beliau telah bersetuju untuk bertemu dengan kami.
“Kami akan menjelaskan objektif kami dan menyerahkan keputusan (sama ada membolehkan program ini) akan diteruskan kepada beliau,” kata Pang pada sidang media di pejabat Tenaganita di sini.
Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini petang ini.

Petang tadi, empat anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Brickfields mengambil keterangan Pang kira-kira 4 petang.
Turut diambil keterangan ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Tenaganita Irene Fernandez.

Selasa, 1 November 2011
Kemalangan terburuk - kereta api vs lori tangki minyak
Sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang Isnin.
KOTA KINABALU: Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang Isnin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian, penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 petang atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.
Mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan. Lori tangki itu sedang melintasi landasan kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya.
Beliau berkata, pemandu lori berusia 41 tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu kereta api berusia 51 tahun mengalami luka-luka di kaki.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Fauzi memberitahu, lima kereta bomba ditugaskan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas.
Beliau berkata, mereka juga dibantu sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.
Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia, Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa penumpang keluar melalui tingkap kereta api sejurus selepas pelanggaran berlaku.
"Saya juga melihat orang berlari ke bahagian belakang kereta api. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.
Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.
Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata, beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku.
"Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal.
"Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan.
Beliau juga nampak penumpang dalam gerabak kereta api itu berlari ke bahagian belakang gerabak.

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...