Sabtu, 27 April 2019

Sokongan terhadap PM, kerajaan PH merosot

Kadar sokongan terhadap kerajaan PH merosot sebanyak 39 peratus berbanding 79 peratus pada 31 Mei 2018 berdasarkan kajian yang dijalankan di seluruh negara pada 5 hingga 11 Mac lalu.
Menurut kajian Merdeka Center, jumlah pengundi yang berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga didapati menurun daripada 71 peratus pada Ogos 2018, jatuh kepada cuma 46 peratus sahaja.
"Kemerosotan terhadap sokongan awam terhadap pentadbiran kerajaan dapat dilihat apabila pengundi yang berasa negara menuju ke arah yang salah telah meningkat sebanyak 46 peratus pada Mac 2019 berbanding 24 peratus pada Ogos 2018," katanya.
Merdeka Center mengeluarkan kenyataan dan laporan mengenai kajian itu yang dimuat naik di laman sesawangnya hari ini.
Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center itu melibatkan 1,204 pengundi berdaftar meliputi 52 peratus kaum Melayu, Cina (29 peratus), India (7 peratus), muslim Bumiputera (6 peratus) dan bukan muslim Bumiputera daripada Sabah dan Sarawak (6 peratus).

Rabu, 17 April 2019

Pilihan raya Indonesia paling unik

PADA hari ini 17 April 2019, negara demokrasi ketiga paling ramai di dunia akan mengadakan Pilihan Raya Presiden atau dikenali sebagai Pilpres dan Pilihan Raya Umum yang dikenali sebagai Pemilu secara serentak.
Sebelum ini Pilpres dan Pemilu diadakan secara berasingan, tetapi kali ini ia diadakan serentak sekali gus menjadi pilihan raya sehari paling rumit di dunia.
Pilihan raya itu membabitkan seramai 192 juta pengundi berdaftar, 800,000 pusat pengundian dan enam juta petugas pilihan raya.
Pada pilihan raya presiden, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan cuba berkuasa untuk penggal kedua bersama calon naib presiden, Ma’ruf Amin.
Jokowi dicabar bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto yang bergandingan Timbalan Datuk Bandar Jakarta, Sandiaga Uno.
Seramai 245,000 calon daripada 14 parti bertanding akan merebut lebih 20,000 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah dan bandar di seluruh negara.
Semua itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa mencabarnya proses demokrasi di Indonesia.

ACARA debat antara calon presiden yang bertanding dalam pilihan raya presiden.
Sebagai perbandingan, India yang juga negara demokrasi terbesar di dunia mengadakan pilihan raya umumnya secara berperingkat selama enam minggu pada April dan Mei ini.
Pilpres dan Pemilu bermula secara rasminya pada 23 September 2018 apabila calon-calon yang bertanding memulakan kempen mereka hingga 13 April ini sebelum tempoh bertenang selama dua hari.
Keputusan penuh rasmi pilihan raya berkenaan dijangka diketahui pada 6 Mei ini.
Walaupun berdepan isu logistik dan rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) mempunyai rekod mengendalikan pilihan raya yang adil serta keputusan yang biasanya diterima ahli politik dan orang awam.
Rahsianya adalah proses pilihan raya yang unik di negara itu.

ANGGOTA polis antirusuhan di Aceh berbaris dalam satu latihan sebagai persediaan pilihan raya di negara itu.
Pengundi tidak memangkah calon pilihan mereka menggunakan pensel atau pen kerana boleh dipertikaikan sebaliknya mereka menggunakan satu paku untuk menebuk kertas undi.
Bagi mengelak pengundi mengundi dua kali, pegawai pilihan raya akan mencelup jari pengundi dalam dakwat kekal.
Tidak lama selepas pusat pengundian ditutup, pegawai akan mengira kertas undi secara terbuka dan mengangkat setiap kertas undi supaya orang ramai boleh melihat cahaya menembusi lubang yang ditebuk.
Proses terbuka ini membolehkan undian awal diumumkan pati politik atau pemerhati berdasarkan data yang dikutip di setiap pusat pengundian.

PENYOKONG berkumpul dalam satu perhimpunan politik yang berlangsung di Jakarta.
Undian awal biasanya terbukti menjadi petanda awal meramal keputusan rasmi pilihan raya.
Pada pilihan raya presiden pada 2014, KPU turut memuat naik keputusan kiraan di setiap pusat pengundian di laman sesawangnya membolehkan ia dikongsi secara meluas.
KPU mengambil masa hampir sebulan untuk menyelesaikan kiraan penuh dan mengumumkan keputusan rasmi.
Apabila keputusan rasmi diumumkan, pemantau boleh membandingkan dengan kiraan undian awal bagi melihat sama ada berlakunya sebarang manipulasi.

Sabtu, 30 Mac 2019

Salasilah Kesultanan Pattani

MENGANALISIS salasilah Raja-raja Pattani memang menjadi masalah terbesar dalam menggali sejarah kerajaan ini. 
Ketiadaan sumber sejarah yang autentik akibat tercetusnya serangan Siam yang menghancurkan Istana Pattani dan bahan sejarahnya pada 1786M. 
Kini, kajian bergantung kepada enam kronik Melayu yang telah disebutkan sebelum ini, selain riwayat lisan penduduk tempatan. 
Diketahui bahawa Tarikh Pattani yang ditulis oleh Sheikh Faqih Ali adalah kronik tertua kerana beliau adalah cucu kepada Syafiyuddin al-Abbasi yang bergelar Tok Faqih Raja pada zaman Sultan Ismail Shah (1457-1530M). 
Raja-raja Pattani dikatakan berketurunan Raja Seriwijaya, Raja Jayawangsa yang memerintah empayar itu pada abad kelapan Masehi, selain berketurunan Raja Langkasuka. 
Seperti yang disebutkan oleh Tarikh Pattani, bahawa Raja Langkasuka adalah berasal dari keturunan Raja Seriwijaya, maka ia menyelesaikan satu isu mengenai asal-usulnya. 
Tetapi Sejarah Melayu mengatakan bahawa Cau Seri Bangsa, Raja Langkasuka itu adalah Raja Siam.
 Dipercayai, yang maksudkan oleh Tun Seri Lanang dengan "Raja Siam" itu ialah Raja yang beragama Buddha, kerana Seriwijaya dan Siam kedua-duanya beragama Buddha, sedangkan rakyat Pattani sudah ramai yang memeluk Islam.

Kerajaan Pattani

ump to navigation

Jump to search
Kesultanan Pattani

كراجاءن ڤتاني
Kerajaan Patani
1516–1902
Peta Kesultanan Pattani
Peta Kesultanan Pattani
Ibu kotaPatani
Bahasa lazimBahasa Melayu Pattani
Agama
Islam Sunni
PemerintahanPemerintahan beraja
Era sejarahZaman pertengahan (mula kurun ke-15)
• Diasaskan
1516
• Diilhak SiamDiilhak Siam
1902
Diganti oleh
Era Rattanakosin
Lokasi Patani di Asia Tenggara.
Kerajaan Patani (Jawi: كراجاءن ڤتاني) merupakan sebuah kerajaan awal di Tanah Melayu yang merangkumi wilayah Pattani(Patani), Yala (Jala), Narathiwat (Menara) dan sebahagian Songkhla (Singgora) kini. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. Mengikut buku Hikayat Patani pemerintahan Kerajaan Patani diperintah oleh 3 dinasti iaitu
  • Dinasti Sri Wangsa, dikenali juga sebagai Dinasti Ulu. Raja Perempuan Pattani, Raja Ungu Binti Sultan Bahadur Shah telah berkahwin dengan Sultan Pahang, Sultan Abdul Ghafur mengukuhkan hubungan Patani dengan Pahang serta Empayar Johor amnya, dan beberapa kali serangan Siam berjaya dipatahkan dengan bantuan Johor. Setelah Raja Ungu mangkat, Raja Kuning iaitu puterinya hasil perkahwinan dengan Sultan Abdul Ghafur Pahang menaiki takhta Patani[1].
  • Dinasti Kelantan pertama yang diasaskan pada tahun 1650 oleh Raja Sakti[2] yang memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Mahligai ke Patani.
  • Dinasti Kelantan kedua yang diasaskan pada tahun 1838 oleh Raja Kampung Laut Long Muhammad bin Raja Muda Kelantan Long Ismail, dikenali juga sebagai Tuan Besar/Paduka Seri Sultan Phaya Long Muhammad (Al-Marhum Tanjung)[3] .

Kegemilangan Patani[sunting | sunting sumber]

Zaman kegemilangan Kesultanan Patani ialah dari tahun 1584 hingga 1649 iaitu semasa Patani dibawah pemerintahan raja perempuan/sultanah yang dikenali sebagai Raja-raja Pelangi sempena warna-warna pelangi:
  • Raja Hijau (1584-1616)
  • Raja Biru (1616-1624)
  • Raja Ungu (1624-1635)
  • Raja Kuning (1635-1649)
Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (林 道乾 Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan.[4] Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Ahad, 17 Mac 2019

Menteri Besar yang tak siuman


Oleh: Tamrin Tun Ghafar

1. Dalam kamus Inggeris, tak siuman membawa makna "insane, mad dan extremely foolish".

2. Dalam tulisan saya bertajuk "Buang Mereka Yang Merosakkan Parti" pada haru Sabtu 9hb Februari 2019, saya ada menyentuh secara sambil lalu berkenaan Osman Sapian, Menteri Besar Johor.

3. Nampaknya beliau mengambil sikap tak kisah tentang pandangan negatif rakyat terhadap dirinya.

4. Pada beliau, yang penting dia mendapat sokongan dan lindungan kepimpinan parti Bersatu di Kuala Lumpur dan dengan itu kekal sebagai Menteri Besar.

MB Johor elak jawab soalan kenapa pergi Batam

PASIR GUDANG – Ketika keadaan tidak menentu selepas ribuan penduduk dan ratusan pelajar terhidu gas beracun, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian boleh meneruskan lawatannya ke Batam, Indonesia.
Pemergiannya ke Batam dikecam ramai pihak termasuk Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tertanya-tanya kenapa Menteri Besar Johor boleh tinggalkan negeri ketika rakyatnya dalam keadaan bertarung nyawa.
Bagaimanapun, selepas Osman pulang ke tanah air semalam, ketika melawat mangsa gas beracun, beliau cuba mengelak daripada menjawab soalan wartawan berhubung lawatannya ke Batam.
Beliau ketika ditemui pemberita ketika melakukan kunjungan melawat mangsa di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam ini dilihat kurang senang dengan soalan yang diajukan.

Kerana tertinggal Mykid bayi, ibu empat anak tidak dibenar dapatkan rawatan

PASIR GUDANG – Seorang wanita melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada media selepas petugas di pusat rawatan awal di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini tidak membenarkan bayinya mendapatkan rawatan.
Saloma Hassan, 39, yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta ketika ditemui mendakwa, seorang petugas wanita di kaunter pendaftaran pintu masuk ke pusat rawatan berkenaan tidak membenarkannya masuk untuk membawa bayinya berusia setahun yang dipercayai terkena simptom alahan akibat pencemaran Sungai Kim Kim yang tercemar dengan sisa toksik.
Ibu kepada empat orang anak yang dua daripadanya baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak hospital selepas ditahan beberapa hari yang terkesan dengan insiden tersebut berkata, dia dilayan ‘acuh tidak acuh’ oleh seorang petugas wanita di situ.