Khamis, 30 September 2010

DAULAT TUANKU


















Sultan Muhammad V teruskan salasilah keturunan Long Yunus

TUANKU Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Pemilihan putera berusia 41tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu.

Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, perlantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.

Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Perkembangan yang berlaku di Kelantan dalam suasana Aidilfitri tahun ini, bukan setakat menarik minat semua lapisan rakyat yang menunggu saat pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V, malah mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.

Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795. Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.

Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.

Berdasarkan buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim tulisan Mohd Zain Saleh, Kesultanan Kelantan dalam lipatan sejarahnya dikaitkan dengan kisah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang pernah ditabal sebagai raja yang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang dipercayai tidak pernah berkahwin itu dikatakan terkenal sehingga menjadi tumpuan pedagang dalam dan luar negeri termasuk dari Arab.

Wanita pertama menjadi Raja Kelantan itu juga dikatakan memiliki seekor kijang sebagai binatang peliharaan kesayangannya sehingga gambar binatang itu diterap di atas wang emas perbelanjaan negeri dan diabadikan sebagai sebahagian daripada lambang kebesaran negeri hingga kini.

Ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, ada sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang diperintah oleh Raja Sakti (1638M atau 1046H). Selepas baginda mangkat, puteranya, Raja Loyor ditabal sebagai raja pada 1649M atau 1059H dan mempunyai dua anak termasuk Puteri Saadong.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang bersahabat baik dengan Raja Loyor, terutama selepas wanita pertama memerintah di Kelantan mengambil anak Raja Loyor, Puteri Saadong sebagai anak angkat untuk dijadikan pewaris takhta baginda.

Puteri Saadong dikatakan pernah menjadi tawanan Raja Siam, sebelum terpaksa membebaskan baginda selepas puteri berkenaan mengubati penyakit dihidapi raja itu.

Selain kisah Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong yang masih dianggap sebagai mitos sesetengah pihak, Kelantan juga pernah menyaksikan beberapa episod perebutan takhta untuk menguasai pemerintahan negeri ini.

Berdasarkan, buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim, antara perebutan takhta yang pernah berlaku dalam sejarah negeri ini membabitkan Long Muhamad yang juga Sultan Muhamad I dengan iparnya iaitu Tengku Muhamad.

Kemelut tercetus ketika itu apabila Long Yunus mangkat tanpa menamakan penggantinya, walaupun mempunyai ramai pewaris. Keadaan diburukkan apabila tiada kesepakatan dicapai membabitkan tujuh putera Almarhum Long Yunus untuk melantik seorang daripada mereka sebagai raja.

Berikutan itu, menantu Almarhum Long Yunus, Tengku Muhamad yang juga putera Yang Di-Pertuan Terengganu, Sultan Mansur, dilantik sebagai Pemangku Sultan selama 100 hari bagi membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan sekali gus membolehkan pemerintahan negeri berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, selepas tempoh 100 hari tamat, Tengku Muhamad enggan menyerahkan takhta menyebabkan timbul perbalahan perebutan kuasa membabitkan dirinya dengan Long Muhamad.

Pertembungan antara mereka bagaimanapun menyebelahi Long Muhamad, sekali gus membolehkan baginda menaiki takhta kerajaan mulai 1800 dengan gelaran Sultan Muhamad I.

INFO:
* Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V
* Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
* Anak sulung daripada empat beradik.
* Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
* Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

Pendidikan
* Pra-sekolah - Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 - 1975.
* Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
* Kelas Persediaan - The Alice Smith School,
* A-Level - Oakham School Rutland, England 1983-1989
* Pengajian Diplomatik - St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
* Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan - Huron University College, London
* Pengajian Perhubungan Diplomatik - Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
* European Business Administration - European Business School London.

Hobi
* Membaca
* Ekspedisi pacuan 4 roda
* Golf
* Kuda Lasak
* Menembak
* Memanah
* Badminton
* Bola sepak
* Bowling.

Aktiviti sosial dan agama
* Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana
* Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan

Dampingi alim ulama
* Ketenteraan
Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.

Keling bangang

Note: Berikut luahan pelayar blog ini.

Wahai keling bangang, lima orang Melayu beragama Islam telah mati dibunuh secara kejam oleh kaum kamu, kita orang Melayu/Islam langsung tidak campur tangan atau mempertikaikan siasatan polis. Kenapa seorang dari kalangan kamu mati, kamu bising dan jadikan ia seolah isu besar dengan mempersoalkan kewibawaan polis?

Apa kamu mahu? Kamu mahu menggagalkan siasatan polis? Atau kamu mempunyai agenda tertentu untuk melepaskan pembunuh yang juga kaum kamu itu dengan membesar-besarkan kehilangan ahli perniagaan dari India itu? Bangang sungguh kamu ini. Hari-hari aku baca paper, kenyataan membosankan dari kamu yang dipaparkan, tidak ada satu pun kenyataan dari orang Melayu/Islam yang tidak berpuas hati dengan polis. Kami hanya berdiam diri dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis menyelesaikan siasatan, sekali gus mendakwa pembunuh itu ke muka pengadilan.

Bini ahli perniagaan itu sudah buat laporan polis, diam sajalah kamu. Buat macam orang Melayu/Islam, diam dan serahkan kepada polis. Memang betullah kamu ini keling, suka bising-bising. Kita kehilangan lima orang tak bising, dia kehilangan seorang sudah riuh rendah. Keling bangang.

Sabtu, 25 September 2010

Kartun Zunar... Zunar kartun

Note: Ini luahan seorang pelayar laman blog ini. Dia minta saya paparkan komennya dalam blog ini bersama berita mengenai kartunis Zunar yang disiarkan dlm portal Mstar.

"Kartun ni tak habis-habis cetuskan isu. Dah muak tengok muka dan baca isu yang dicetuskannya. Pertanyaan, kartun ni rakyat Malaysia ke rakyat planet mana? Langsung tak hormat kerajaan. Langsung tak hargai rezeki yang dia makan dan suap kat anak bini setiap hari?

Kalau dah rasa diri tu tak perlukan kerajaan, lebih baik nyah saja dari bumi Malaysia ni. Pergi duduk kat Planet Of The Ape. Jadi orang monyet, perintah sendiri. Menyampah betul dengan kartun benggong ni.


Kartunis Zunar Ditahan
Oleh ANDREW SAGAYAM

KUALA LUMPUR: Kartunis Malaysiakini, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar ditahan pada Jumaat di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku yang didakwa ‘boleh menjejaskan kepentingan orang awam’ dan ‘mempengaruhi rakyat memberontak dan menentang polisi kerajaan’.

Polis menyerbu pejabatnya di Brickfields merampas kira-kira 70 naskah komik terbarunya, Cartoon-o-phobia yang sepatutnya dilancarkan malam ini.

Pada pukul 4 petang, sepasukan polis yang diketuai oleh Asisten Supritendan Arikrishnan Apparau daripada balai polis daerah Brickfileds merampas buku dan beberapa lakaran komik terbaru kartunis tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman turut mengesahkan penahanan Zunar.

Komik terbaru itu, Cartoon o-phobia memaparkan koleksi kisah politik yang dipaparkan di laman web Malaysiakini

Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini.

Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.

Di laman web Malaysiakini, Zunar dilaporkan berkata, walaupun dia ditahan majlis pelancaran komik terbarunya tetap berlangsung pada malam ini.

Beliau berkata, ‘Cartoon-o-phobia’ dipilih sebagai tajuk kerana ia telah berjaya menakutkan parti politik tertentu berdasarkan isu yang dibawa oleh kartun terbitannya.

Kartunis itu berkata kandungan karya terbarunya agak berbeza dengan buku terbitannya sebelum ini.

Sebelum ini Zunar pernah menerbitkan tiga buah buku, - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Terdahulu beliau memberitahu Malaysiakini bahawa dia sanggup menanggung risiko dalam penerbitan karya terbarunya itu.

Jumaat, 24 September 2010

Isteri contoh atau contoh isteri???

Aki Hey dengan isterinya, Wahhh heeda ke ni? Masya-Allah. Ahlan Wasahlan. Syukriah syukriah syukriah.

PETALING JAYA: Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau Maiza mendakwa tidak berpeluang bertemu anak-anaknya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos lalu.

Maizawati berkata sebagai seorang ibu dia amat sedih kerana tidak dapat bertemu dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Sharis, 12, selain beranggapan anak-anaknya itu sudah diracun fikiran supaya membencinya.

Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009.

Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, Mohd Shakir,9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.

Maiza mendakwa Waheeda dan Akhil tidak menggalakkan dua anaknya itu untuk berjumpanya dengan memberikan alasan kedua anak-anaknya itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Waheeda dan Akhil sudah tukar nombor telefon dan hanya nombor abang kepada Akhil sahaja yang saya ada dan dia yang menjadi orang tengah diantara kami.

"Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak.


Akhil dan Waheeda dikatakan menyekat perhubungan antara Maiza dan dua orang anaknya.

"Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhil dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Kata Maiza, kadang-kala dia teringin untuk membawa anak-anaknya itu keluar bersiar-siar.

Malah selama dua kali menyambut Hari Raya, Maiza tidak berpeluang beraya bersama mereka.

"Saya Akhil dah ada keluarga masing-masing, kenapa perlu buat begini kepada saya?

"Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya," ujarnya.

Maiza memberi amaran, dia akan bertindak dengan pelbagai cara jika Waheeda melakukan sesuatu di luar batasan terhadap anak-anaknya.

"Dia mula nak membentuk macam-macam perkara terhadap anak-anak saya, itu yang saya tak puas hati.

"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau.

"Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain," tegasnya.

Khamis, 23 September 2010

Giliran I'da World pula terkena

Pengerusi Eksekutif I'Da World kecewa dengan Nik Aziz!!

"Banyak wang saya dah keluarkan untuk Kelantan" kata Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim!

Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim berkata beliau telah membelanjakan Ratusan Ribu Ringgit bagi penyediaan membuat kertas cadangan dan perbelanjaan jamuan makan dengan pelbagai agensi kerajaan dan Pejabat Menteri Besar. Adalah tidak adil syarikat beliau disenaraihitamkan hanya kerana cek RM4b. Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri menyenaraihitamkan Syarikatnya adalah bersifat politik semata-mata.

Sepatutnya Nik Aziz perlu berbincang dengan saya kalau pun syarikat saya hendak disenaraihitamkan. Apa akan berlaku? jika saya tidak menghalalkan apa yang saya dah berikan pada kerajaan negeri kelantan termasuk Menteri Besar Kelantan sendiri sudah tentu mereka memakan benda yang haram, tetapi saya masih waras tidak baik saya lakukan perkara sedemikian, katanya ketika diminta mengulas tindakan bakal dikenakan kepadanya..!!!

Ahad, 19 September 2010

Alahai

Setuju sangat-sangat jawapan Awang. Menteri ini memang seorang yang mudah lupa daratan. Ibarat melepas anjing tersepit. Masa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dulu, menteri inilah yang diberi banyak keistimewaan, dinaikkan pangkat, bukan digugurkan dari Kabinet.

Sekarang apabila Tun Mahathir sudah tidak berkuasa, dia benci sebenci-bencinya kepada Tun. Jadi, tidak mustahil menteri seperti ini menunjukkan baik kepada pemimpin yang masih ada kuasa, dan membenci sebenci-bencinya apabila pemimpin itu sudah hilang kuasa.

Datuk Seri Najib pun antara Perdana Menteri yang akan dibenci oleh menteri seperti ini setelah hilang kuasa nanti.

Apapun, sebelum menteri ini membenci kepada bekas ketua mereka, didoakan semoga dia akan dibenci sebenci-bencinya oleh rakyat dan rakan taulan.


Alahai Nazri...

Bisik-Bisik Mingguan

UTUSAN pernah dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sebelum ini. Awang melihatnya sebagai perkara biasa. Perbezaan pendapat bukan suatu masalah lalu Awang memilih untuk berdiam.

Namun Awang terpanggil menjawab tindakan terbaru Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan berhubung isu Perkasa.

Seperti biasa, melalui portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insider, Nazri sampai ke tahap menuduh Utusan mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

‘‘Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr. Mahathir?,’’ kata beliau dalam laporan bertajuk Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Tafsiran Nazri begitu liar dan hairan mengapa seorang menteri boleh berfikir sebegitu.

Untuk pengetahuan Nazri, ingin ditegaskan bahawa Awang dan Utusan adalah penyokong Perdana Menteri. Jika hilang jawatan di Utusan sekalipun, Awang tetap akan menyokong Najib. Tiada keraguan.

Maka tidak timbul sama sekali kononnya ada agenda untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Budak sekolah pun tahu hakikat itu.

Awang boleh faham mengapa Nazri melemparkan tuduhan itu kerana beliau sememangnya anti -Dr. Mahathir. Itulah yang menjadikan beliau tidak objektif. Awang bukan seperti Nazri yang sanggup biadap dengan negarawan yang banyak berjasa. Sebab itu, Awang tidak hairan mengapa akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr. Mahathir. Ini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Kalau suatu hari nanti, Nazri bersara, insya Allah, Awang akan menghormati beliau sebagai seorang veteran dan tokoh berjasa, walaupun jasanya tidak sebesar negarawan-negarawan kita.

Nazri juga menghentam Presiden Perkasa, Ibrahim Ali seolah-olah Ibrahim musuh UMNO. Nazri lupa, ketika UMNO diserang bertubi-tubi terutama selepas PRU12 dan pemimpin UMNO difitnah habis-habisan, siapakah pemimpin NGO yang lantang mempertahankan UMNO jika bukan Ibrahim.

Beliau berada di banyak pelosok tanah air berceramah melawan kerakusan pembangkang bagi membela UMNO dan BN. Awang tidak ingat apa yang Nazri lakukan? Apakah beliau seberani Ibrahim dalam menghadapi pembangkang?

Dengar cerita daripada beberapa pemimpin UMNO, Nazri sudah banyak berlembut dengan pembangkang yang motifnya, mungkin beliau tidak mahu dijadikan sasaran kritikan atau mahu ambil jalan selamat. Menurut cerita lagi, kerana strateginya itu, kini Nazri disenangi oleh ramai pemimpin pembangkang. Kalau benar andaian itu, Awang juga boleh bertanya siapa sebenarnya ketua Nazri. Najib atau Anwar Ibrahim atau mungkin Kit Siang?

Mengenai Perkasa, Nazri harus menerima hakikat Perkasa hanyalah sebuah NGO. Orang Melayu tahu membezakan antara parti politik dan NGO.

Awang sesungguhnya tidak berminat berhujah panjang dengan Nazri. Beliau berjawatan menteri, lagi pandai dan bijaksana. Biarlah orang ramai dan pembaca yang menilai. Awang takut menjadi orang yang riak. Jika Awang dilihat silap perhitungan dan terlanjur kata, Awang sedia menerima apa sahaja hukuman. Tiada penyesalan.

Kak Wan yang tabah dan beriman

Apa salah kak Wan Chik sehingga dinafikan hak untuk menjaga arwah abang Rajoli ketika masih hidup dan terlantar di hospital.

Saya masih ingat, ketika mula-mula mendengar berita abang Rajoli masuk hospital kerana sakit, saya menghubungi kak Wan Chik bertanyakan kesahihan berita itu. Kak Wan Chik mengesahkan dan katanya, dia ada di hospital menjaga abang Rajoli.

Tidak lama kemudian saya dengar berita berlaku krisis antara kak Wan dengan madunya. Selepas itu, kak Wan dikatakan tidak lagi berada di hospital menjaga abang Rajoli. Puncanya saya tak tahu, tetapi ini tidak patut berlaku.

Apapun, saya doakan kak Wan agar tabah menerima berita pemergian abang Rajoli.

Wan Chik syukur hajat suami meninggal Jumaat termakbul
Oleh Zaidi Mohamad
bhnews@bharian,com.my
2010/09/19


KUALA LUMPUR: Isteri kedua pelakon M Rajoli, Wan Chik Daud bersyukur kerana hasrat Allahyarham untuk meninggal dunia pada hari Jumaat termakbul. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 10.45 malam kelmarin.

“Saya diberitahu Allahyarham juga mahu dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya yang meninggal dunia pada 2 Ramadan tahun lalu dan hal itu juga dipenuhi keluarganya.

"Saya bersyukur akhirnya dia dijemput Penciptanya kerana memang itu kehendaknya.
Dulu dia pernah berkata akan menjadi insan yang paling bahagia jika nyawanya dicabut Tuhan pada usia 63 tahun seperti mana usia wafatnya Nabi Muhamad SAW.

"Memang sudah lama dia bersedia bertemu dengan Tuhan dan persoalan mengenai akhirat sentiasa meniti dibibirnya,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Bekas pembaca berita RTM itu berkata, beliau juga diberitahu saat Allahyarham sedang nazak, mulutnya tidak pernah lekang menyebut kalimah suci.

“Allahyarham sangat ceria orangnya. Dia sangat kasih kepada Allah dan Rasul. Dia berlakon pun atas tiket berdakwah dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Dia juga tak nak saya berkahwin lagi. Dialah pemimpin, kawan dan tempat mengadu saya selama ini. Dia tiada tolok bandingnya,” katanya.

Menurut Wan Chik lagi, dia tidak mahu mengeruhkan ‘sengketa’ di antaranya dan keluarga isteri pertama yang pernah dilaporkan media sebelum ini. Wan Chik juga mengiyakan bahawa dirinya masih lagi isteri kedua kepada Allahyarham.

Katanya, dia hanya dapat tahu mengenai berita nazak Allahyarham daripada pelakon Kartina Aziz dan jiran yang menghubungi.

Mengenai ketiadaannya pada majlis pengebumian itu, Wan Chik berkata tiada guna jika hanya dapat menjenguk mayat suaminya yang sudah terkujur kaku.

“Sudah setahun setengah saya tidak bertemu dengan suami sepanjang hayatnya masih ada. Jadi kalau alang-alang nak tengok, lebih baik saya dapat melihatnya ketika masih bernyawa. Saya rasa tak perlu untuk saya bertemu dalam keadaan begini.

“Sekalipun kami tak dapat bersua di dunia, harapnya kami dapat bertemu kembali di akhirat. Saya hanya mampu pasrah dan reda dengan ketentuan ini. Sebagai hamba-Nya, saya hanya mampu menghadiahkan bacaan Yasin dan ayat suci kalamullah kepada Allahyarham.

“Saya amat merinduinya dan yakin Allahyarham juga melalui perkara yang sama. Tiada guna ke sana (tanah perkuburan) hanya kerana mahu berdepan dengan orang ramai dan menangis sedangkan Allahyarham sudah tiada di muka bumi,” kata Wan Chik.