Sinar Harian bertarikh 6hb Julai 2008 / Ahad - muka surat N15 - Rencana Pengarang Sekilas Pandang - oleh Manzaidi, Penyunting Edisi Negeri Selangor.
Berikutan penyiaran rencana itu, saya menerima dua sms daripada pembaca sekitar Selangor. Seorang pembaca telah menghantar sms secara peribadi kepada Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Haji Hisamuddin Yaacob yang juga pemilik akhbar Sinar Harian. Satu lagi sms daripada pembaca kedua dihantar melalui telefon bimbit Pengarang Sinar Harian Selangor.
Berikut adalah sms mereka yang tidak berpuas hati dengan artikel saya dalam kolum Sekilas Pandang.
1. Askum Bro Dato Din, i'm now in KB. Pls ensure Rencana Pengarang especially columm Sekilas Pandang really neutral. This columm reflects the pattern of paper's thot. It shud give the idea on building the harmony for both party in crisis to reconcile for the benefits of nation. Sudah banyak akhbar2 yang memihak dan mengapi2 rakyat agar berperang. Pastikan Sinar benar2 sebagai adik bongsu yang sedang melakar kedamaian. Hanya secebis pandangan tulus. WANIB.
2. Kenapa manzaidi, penyunting edisi Selangor amat bodoh dan nampak macam tidak ada wacana peristiwa-peristiwa dan mereka yang terlibat dengan isu semasa. Rosmah tu isteri najib dan tak pernah hadapi masalah berat sebagai ahli politik macam anwar. Kan rosmah pun bagitau dia bukan politician. Apa dia nak risau... pihak berkuasa di kelilingnya, sedangkan anwar mengetuai pembangkang, gantikan kerajaan yang lemah dan tidak henti-henti buat kerja untuk kepentingan rakyat. Nampak sangat kebodohan melampau manzaidi terserlah. Teruskan jadi wartawan tin kosong.
Berikut adalah artikel saya:-
‘Fitnah’: Rosmah tenang, Anwar gelabah
SUKAR diterima akal. Dalam tempoh sebulan, dua isu, satu daripadanya kes besar yang menggegarkan negara. Isu pertama, kenaikan harga minyak. Tindakan kerajaan menaikkan sehingga 40 peratus harga petrol mengejutkan rakyat terutama dari golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Belum habis isu minyak yang menghantui rakyat sehingga kini, negara dikejutkan pula dengan akuan bersumpah pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mengheret Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Dengan timbulnya isu itu, kemarahan rakyat yang sebelum ini membuak-buak terhadap kerajaan, secara perlahan-lahan beransur surut. Di mana-mana tempat, baik warung kopi, di pasar-pasar atau pun di tempat awam, rakyat tidak lagi membangkitkan soal kenaikan harga barang.
Episod Rosmah-Raja Petra-Altantuya menghiasi perbualan seharian mereka. Hatta petani dan nelayan pun turut berdebat sesama sendiri, walaupun mereka tidak tahu seratus peratus isi butir sebenar isu yang dibincangkan itu. Mereka hanya tumpang sekaki apabila heboh memperkatakan hal berkenaan.
Kesian rakyat. Yang tidak tahu pun turut terlibat. Bagi kerajaan, inilah masanya untuk mengalih kemarahan rakyat terhadap mereka. Isu besar boleh dijadikan penawar paling mujarab untuk memulihkan kesihatan rakyat. Memang, rakyat lupa seketika pasal petrol mahal, budu mahal dan belacan mahal, sebab terlalu ghairah sangat dengan drama Rosmah-Raja Petra-Altantuya.
Drama itu turut menyaksikan penglibatan beberapa pelakon tambahan iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menantunya, Khairy Jamaluddin dan dua watak sampingan, Leftenan Kolonel Aziz Buyong serta isterinya, Norhayati. yang kononnya adalah pegawai pengiring Rosmah.
Berita ini menjadi hangat kerana tidak ada seorang pun di kalangan 27 juta rakyat Malaysia menyedari bahawa kes pembunuhan warga Mongolia itu melibatkan isteri pemimpin nombor dua negara. Ia merupakan satu kejutan besar.
Rosmah akhirnya disiasat oleh polis. Dia tidak pun bertindak melarikan diri atau mendapatkan perlindungan daripada mana-mana kedutaan. Beliau tenang menghadapinya. Dia memberi kerjasama penuh kepada polis. Kenapa dia hendak lari? Kenapa dia perlu takut kalau dia berani kerana benar, takut kerana salah.
Kemunculan kes ini, sekali gus melenyapkan dua isu hangat sebelum ini. Kes yang hampir sama dengan kisah 10 tahun lalu. Ketika itu, empat mangsa didakwa diliwat. Kali ini hanya seorang sahaja. Bagaimanapun, dakwaan itu belum ada kesahihannya lagi sebab polis sedang menyiasat. Sama ada benar atau tidak, kita tunggu dan lihat.
Tetapi dalam kes ini agak pelik. Belum pun polis membuat dakwaan, Anwar telah menyembunyikan dirinya di Kedutaan Turki. Dia memberi alasan, dia menerima ugutan bunuh. Hairan juga, siapa yang berani hendak membunuh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sebelum ini dia bebas bergerak ke mana sahaja. Berpidato di pentas-pentas dan balik ke rumah sehingga lewat malam. Tidak pernah pun dia membuat laporan polis yang ‘dia menerima ugutan’ atau ‘dia diugut’.
Inilah yang menimbulkan persoalan kebanyakan rakyat. Kalau Rosmah yang hanya seorang wanita lemah boleh tenang menghadapi fitnah, kenapa Anwar yang gagah perkasa tidak dapat bertenang apabila berdepan dengan dakwaan yang dikatakan fitnah itu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
1 ulasan:
"Tetapi dalam kes ini agak pelik. Belum pun polis membuat dakwaan, Anwar telah menyembunyikan dirinya di Kedutaan Turki. Dia memberi alasan, dia menerima ugutan bunuh. Hairan juga, siapa yang berani hendak membunuh bekas Timbalan Perdana Menteri itu".
Saya bukan nak memandai buat telahan sejauh mana perhatian saudara ManZaidi terhadap Anwar Ibrahim ,dan serapat mana pula hubungan luar dalam saudara dengan Rosmah hingga tahu benar riaksi tenang se tenang air di perigi. Rosmah di interviu Polis.
Tapi saya yakin saudara Manzaidi tentu lebih faham dalam kontek bahasa politik serta definasi nya .
Rasanya kepekaan saudara terhadap Anwar mengatasi daripada orang kanan Anwar sendiri.Bahkan lebih mengetahui dari perisik terhandal mana-mana perisik didunia ini. Kalau tidak masakan saudara boleh menjamin bahawa tiada ugutan bunuh yang sebenar-benarnya seperti didakwa Anwar Ibrahim ,lihat ungkapan ini," Dia memberi alasan, dia menerima ugutan bunuh.Hairan juga, siapa yang berani hendak membunuh bekas Timbalan Perdana Menteri itu."Saya tabik saudara ManZaidi,Ketua Polis Negara pun tak berani jamin macam ini.
Benar Rosmah hanya lah seorang wanita dan tak siapa pun berani kata Rosmah itu seorang lelaki,menghadapi fitnah sebegitu tenang terpancar dimuka nya , seperti kata saudara dan namanya dikait dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.
Secara mudah cakap nya saya ni boss no 1 dalam syarikat tempat saudara cari makan sekarang lah , satu jiran saudara bagi tahu saudara ,meminta boss saudara bayar ganti rugi 5000 ringgit sebab terlanggar anak kucing nya sewaktu melintas jalan , berani kah saudara panggil polis suruh tangkap boss saudara , gari tangan ke belakang , mata tutup , kepungan lebih kurang sepuloh anggota dari UTK siap bertopeng . Secara jujur berani kah saudara lakukan sperti itu.Kalau jawapan nya tidak , apa perlu Boss saudara tiba-tiba jadi pucat bahkan Boss saudara sudah tentu dengan senyuman yang mengancam akan mengangkat tangan nya serta meluruskan jari telunjuk keatas di depan saudara.Inilah realiti nya.
Catat Ulasan