Rabu, 30 Julai 2008

Sepucuk surat dari Ramli untuk sdr manzaidi

Ketika saya sedang tekun menyiapkan kerja editing di pejabat, tiba-tiba datang seorang kerani pejabat menghulurkan satu sampul surat berukuran 4 x 9. Atas sampul itu tercatat alamat yang cukup ringkas bertulis tangan:-

Sdr; Manzaidi
Penyunting Edisi N. Selangor
d/a Akhbar Cabaran Sdn Bhd,
Lot 2, Jalan Sepana
Sek, 15, 40200 Shah Alam
Selangor.

Setemnya berharga 30 sen yang memaparkan gambar seekor burung pungguk bertenggek di atas ranting.

Apabila saya membuka sampul itu, ada tiga helai kertas putih bertulis tangan. Setelah diamati, penulisnya menggunakan kertas yang berkepala surat M.S. Garden Hotel Kuantan.

Tetapi apa isinya. Nak tahu? Saya lampirkan di bawah ini dalam bentuk taipan semula. Mengenai tarikh tu saya rasa dia tersilap teknikal kot sebab sekarang ni dah tahun 2008, tetapi dia tulis 2007. Biarlah...


Ramli bin Ismail
DL45 Jalan Nilam
Taman Bukit Ampang,
6800 Ampang, Sel,
21/7/07

Manzaidi
Penyunting Edisi N. Selangor
d/a Akhbar Cabaran Sdn. Bhd.
Lot 2, Jalan Sepana
Seksion 15
40200 Shah Alam.

Ezam - Masihkah Kau Ingat

Saya tertarik dengan tulisan saudara mengenai tajuk diatas Dan saya ingin menambah butiran berikut untuk tindakan sdr seterusnya.

1. semasa Pak Lah jadi Menteri Pertahanan, berlaku pemberian kontrak pembelian makanan bekalan keperluan tentera yang kononnya diberikan kepada syarikat yang ada kaitan dengan anaknya Kamaluddin serta juga keluarga mertuanya. Beliau (Ezam lah tu) dalam ceramahnya mengutuk tindakan ini dan pernah membuat laporan polis. Apa jadi / hasilnya. Sdr tambah, mengapa sekarang memuji Pak Lah pula.

2. Tindakan terhadapnya oleh Mahathir (Menteri Dalam Negeri) dan membuat pertuduhan: a) (maaf, langsung saya tak dapat baca dan tak faham tulisannya)
b) tanya (ada satu ayat tak boleh difahami)... Omar Ibrahim
c) wujudnya issu kononnya beliau ada hubungan sulit dengan Nurul Izzah.
(katanya, "Ini sebenarnya berlaku semasa interrogation).

Mengapa tidak timbul isuu ini.

3. Membuat lapuran polis terhadap Najib semasa beberapa orang kuat PKR isytihar masuk UMNO ketika itu, antaranya, Roslan Kassim, Zahid Md. Ariff, Lokman Hakim dsbnya.

Katanya, melibatkan wang. Apa dah jadi. Hasilnya pun tidak apa dia buat seterusnya.

4. Begitu juga kes penyalahgunaan kuasa Khalil Yaacob semasa menjadi MB Pahang. Beliau juga membuat laporan polis. Kita semua tahu tidak ada hasil. Yang seronok Khalil jadi Govenor Melaka.

Kalau begitu kedudukan dalam UMNO dan beliau kondem (mengutuk) begitu teruk dalam speechnya mengapa sekarang ingin benar masuk UMNO.

Sudah tentu ada faktor lain disebalik kemasukkannya. Mungkin sdr boleh mendalami semua ini dan buat penulisan semula dalam mada terdekat.

Sekian, T.kasih.

TT.


Komen saya: Setelah membaca suratnya ini saya dapati sdr Ramli mahu saya tulis semula isu Ezam masuk UMNO. Ini urutan daripada artikel Sekilas Pandang saya yang bertajuk: Ezam - Masihkah Kau Ingat.

Saya minta maaf kepada Ramli. Saya tidak dapat memenuhi permintaannya kerana bagi saya isu itu sudah ketinggalan. Prinsip saya ialah lebih suka menulis atau mengulas isu terkini. Lagipun, saya kurang faham atas beberapa ayat yang sdr Ramli tulis, jadi saya tidak dapat memahami keseluruhan maksud yang sdr Ramli hendak sampaikan. Saya minta berbanyak maaf.

Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kerana sdr Ramli mengikuti rapat artikel saya yang disiarkan setiap Sabtu dalam akhbar Sinar Harian. terima kasih daun keladi kepada sdr Ramli.

Tiada ulasan: