Sabtu, 6 September 2008

Cina saja sensitif, Melayu tak sensitif?

Secara peribadi saya bersetuju dengan keputusan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail untuk tidak memohon maaf kepada orang Cina berhubung kenyataannya mengenai ‘orang Cina adalah menumpang’.

Pada masa sama, saya sedih dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tanpa usul periksa terus memurahkan diri meminta maaf kepada orang Cina.

Kenapa orang Melayu/Islam perlu meminta maaf? Adakah dengan kata-kata Datuk Ahmad Ismail itu (yang dibuat berdasarkan fakta) dianggap menghina? Jangan jadi murah sangat wahai Melayu/Islam.

Kalau kata-kata itu dianggap menghina, bagaimana pula dengan tindakan Ahli Parlimen Seputeh - DAP, Teresa Kok menghapuskan tulisan Jawi pada papan tanda jalan di ibu kota?

Tidakkah itu menghina namanya? Kenapa beliau tidak meminta maaf kepada orang Melayu/Islam?

Adakah orang Melayu/Islam bising atau membuat bantahan atau membuat kenyataan besar-besaran di media atau mendesaknya memohon maaf atas perbuatannya yang jelas menghina orang Melayu/Islam?

Tidak, jawabnya. Kita, orang Melayu/Islam hanya diam, walaupun Cina itu berjaya menghapuskan kewujudan tulisan Jawi pada papan tanda jalan. Di Kelantan, setiap papan tanda, kain rentang WAJIB ada tulisan Jawi.

Seperkara lagi mengenai Cina ini, jika dia terasa sesuatu projek yang dirancangnya akan menjadi isu, dia cepat-cepat meminta agar perlara itu tidak dijadikan isu sensitif. Contohnya, perkara berkaitan ternakan babi atau daging babi di Sepang. Dia bangga mengumumkan projek babi terbesar dalam sejarah negara ini.

Ini adalah isu sensitif, tetapi Melayu/Islam tidak bising sebagaimana Cina bising dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang mengatakan 'orang Cina adalah menumpang’. Bagaimanapun, kata-kata itu belum tentu sahih kerana akhbar Cina yang menyiarkannya. Akhbar lain tidak.

Melayu/Islam juga pernah dihina oleh orang-orang kafir dalam DAP. Antaranya, ketika mula-mula parti pembangkang menawan Perak, DAP telah memboikot majlis angkat sumpah kerana wakil Pas dilantik menjadi Menteri Besar Perak.

Selain itu, DAP turut mempersoalkan keputusan sultan terhadap perjalanan agama Islam negeri Perak. Persoalannya ketika agama Islam dan kesultanan Melayu terus dihina, ke mana akhbar Cina pergi? Tidak ada langsung kenyataan daripada pemimpin-pemimpin mereka.

Di Perak, DAP terus menghina institusi agama dan kesultanan. Khabarnya di Pulau Pinang juga pakatan DAP-PKR tidak senang dengan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jika sultan dan Yang di-Pertuan Agong pun mereka boleh hina, orang Melayu/Islam tetap diam.

Fikir-fikirkanlah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedih tengok Melayu masih bersikap tak apa apabila haknya terus diganggu gugat.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya telah tiba masanya tulisan Cina dihapuskan di papan-papan tanda di negara ini, bukannya tulisan jawi. Rakyat Malaysia telah ada bahasa Melayu. Apa hak dan taraf tulisan Cina dan Tamil nak diletakkan sama di papan tanda yang tentunya bertaraf rasmi untuk dipaparkan kepada awam. Kerajaan patut bertegas tidak benarkan tulisan asing selain tulisan bahasa Melayu: rumi dan jawi.