Pemimpin pembangkang... atau ustaz pembangkang... atau Ular daLAm seMAK pembangkang... atau ahli pembangkang... atau penyokong pembangkang... kalau mereka-mereka ini ditangkap atas kesalahan berkhalwat, berzina, merogol, melanggan pelacur, minum arak, berjudi, membunuh atau mengedar dadah... jawapan mereka ialah... MEREKA DIPERANGKAP. MEREKA DIANIAYAI. MEREKA DICEMBURUI dan macam-macam lagi yang menggambarkan seolah-olah mereka tidak terlibat dalam perbuatan itu.
Seronoklah mereka. Asyik menyedut dan menjilat madu (manis), bila dah jadi sepah lalu dibuangnya. Tetapi bila kena tangkap, mereka kata penangkapan itu dirancang. Banyak punya cantik muka puak pembangkang.
Kalau nafsu dah tinggi, terutama pantang tengok bini orang, maka mulalah air berahi naik ke kepala... mengaku ajer lah. Kamu tu manusia macam yang lain-lain jugak, ada naluri, ada keinginan nak cuba yang sama sejenis, bini orang, anak dara, si janda.
Lagipun dalam kes ustaz pembangkang ni, dia mengaku bini orang yang dia bersekedudukan tu adalah kenalan dia dan suami betina tu pun kenalan dia. Kalau pasangan suami isteri itu kenalan ustaz, makanya mereka sama-sama satu partilah. Mana mungkin pulak tangkapan ini satu perancangan rapi pihak tertentu.
Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat
PETALING JAYA: Pemimpin Kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Baharon tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu.
Malah Badrul Amin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.
"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan.
"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Badrul Amin berada di Kuantan bagi menghadiri temurapat atau retreat bersama pimpinan parti itu termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari bermula Jumaat.
Menurut Badrul Amin, beliau dihubungi wanita berkenaan pada petang Jumaat lalu yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.
Bagaimanapun Badrul Amin yang mengaku mengenali wanita berkenaan dan suaminya menasihatkan agar dia tidak berbuat demikian.
"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.
"Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa," katanya.
Selain itu Badrul Amin turut mendakwa bahawa kumpulan lelaki berkenan bertindak memukulnya sehingga pihak keselamatan hotel tiba menghalang mereka.
"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik," katanya.
Selain itu Badrul Amin memberitahu, beliau dipanggil bagi membantu siasatan Jaip pada Isnin dan akan hadir bersama peguam bagi memberi kerjasama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
5 ulasan:
bapak borek anak rintik laaa
ini semua helah sang ustaz belit. pandai usik bini orang, pandai-pandailah jawab... jgn pulak tuduh org lain tahan perangkap.
Ni semua pakai tektik anu war juga mat sabun, bila kena tangkap mula tunding jari pd org lain. Kita tunggu pula apa kata nik najis
Kalau tak silap mamat ni lah yg angkat Nuar Brahim sbg Imam Mahdi kan. Laaa tak sangka tukang ramalan kena tangkap khalwat. ada nafsu jugak mamat ni ya... sampaikan bini kawan sendiri pun dia raduk. Hehehehe
Amacam macai umno...best tak dpt hadiah baekkk punya umngok bagi?gst kan turun kan harga barangan sampai 16k senarai brg yg turun...hahaha...hanya bangang jer yg pangkah umno lg...hahahaha
Catat Ulasan