Dr Eu Hong Seng mendakwa penggunaan perkataan 'Allah' dalam Bible versi Melayu tidak pernah berlaku kesilapan cetakan. |
Kumpulan Kristian terbesar yang mahu Putrajaya melaksanakan penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah Arab “Allah” oleh komuniti itu terkejut dengan kenyataan dibuat oleh dua pemimpin Umno berhubung perkara itu.
Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Rev Dr Eu Hong Seng, berkata kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan “tidak dapat dipertahankan dan bertentang dengan penyelesaian 10 perkara diputuskan oleh Kabinet pada April 2011.”
"Penggunaan perkataan 'Allah' dalam Al-Kitab bukan dan tidak pernah kerana kesilapan cetakan seperti didakwa oleh Yang Berhormat Menteri. Cadangan sedemikian tidak sensitif, menghina dan membangkitkan kemarahan.
"Kami ulangi ia adalah hak untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’," kata Eu dalam satu kenyataan hari ini.
"Ia menyinggung perasaan dan tidak boleh diterima bagi Yang Berhormat Menteri cuba untuk merasionalkan seruan Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab suci kita dengan mengatakan Kitab Suci kita mengandungi kesilapan dalam percetakan," katanya.
CFM hari ini turut mengedarkan sepucuk surat dua muka daripada Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2011 di mana Putrajaya memberi kelulusan kepada penganut Kristian untuk menggunakan kitab Injil berbahasa Melayu dan beberapa kelonggaran lain.
Menurutnya, tindakan Mukhriz mengharamkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan 'Allah' di negeri Kedah sebagai tidak berperlembagaan.
Surat bertarikh 11 April 2011 ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan 10 perkara utama untuk meredakan ketegangan antara penganut Kristian dengan majoriti penganut Islam ketika itu.
"Pada April 2011 kerajaan bersetuju untuk mengumumkan 10 perkara kunci untuk menangani isu Injil dan isu berkaitan lain.
"Saya ingin tegaskan ini adalah keputusan bersama Kabinet," kata Najib dalam surat itu.
Dalam surat itu, kerajaan turut menyatakan pendirian dalam semua bahasa boleh diimport masuk ke dalam negara termasuk bahasa Malaysia atau Indonesia, serta boleh digunakan di semenanjung Malaysia.
"Kitab Injil dalam semua bahasa boleh diimport ke dalam negara termasuk bahasa Malaysia dan Indonesia.
"Kitab Injil ini juga boleh dicetak di Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia. Perkembangan terbaru ini akan pastinya dialu-alukan oleh kumpulan penganut Kristian," kata surat itu lagi, tetapi bagi kitab Injil di semenanjung Malaysia muka depannya perlu perkataan 'Christian Publication' dan gambar salib.
Putrajaya juga menawarkan pemulangan semua kitab Injil yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri tanpa sebarang pembayaran.
"Bagi kitab Injil yang ditahan di Kuching, Gideon, pengiimport boleh mengutip semula 30,000 kitab percuma tanpa bayaran.
"Tawaran sama juga diberikan kepada 5,100 kitab Injil yang ditahan di Pelabuhan Klang," katanya.
Dalam surat itu lagi, Najib juga menegaskan arahan diberikan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan pelaksanaan 10 perkara itu dan jika gagal tindakan tegas akan diambil.
"Gagal untuk mengikut perintah akan menyebabkan pegawai terbabit dihadapkan ke tindakan disiplin dibawah Arahan Umum," kata Najib lagi.
1 ulasan:
Lihatlah akibat bila ramai BUMIPUTERA Melayu/Islam terlalu BERLEMBUT/APOLOGETIK dan BERPECAH - sampai tak sedar MUSUH MELAYU/ISLAM sebenarnya terus menyerang dengan amat TERANCHANG, dari pelbagai sudut, termasuk dengan MEMPERGUNAKAN agama mereka untuk MEMIJAK Islam/umatnya. Sampai Allah SWT pun mahu DIKRISTIANkan, dan mengelirukan anak-anak kecil Melayu/Islam - sedangkan Jesus bagi umat Islam ialah Nabi Isa A.S., bukannya Tuhan! Serta MUSUH ISLAM ini terus nak MENUTUP mulut Melayu/Islam di Tanah Melayu, bumi pusaka Islam, sebelum dijajah si British laknat, yang bawa bangsa pendatang terutamanya si CINARASIS-DAPBIAWAK, yang makin BONGKAK dan TAMAK!
Lihat bagaimana Bukan Islam DAP/PKR terus nak TUMBANGKAN Islam/umatnya di TANAH MELAYU kita ini, sebagai matlamat utamanya, dengan cuba menubuhkan Suruhanjaya antara Kepercayaan (IFC - Inter Faith Commission), kononnya untuk memperjuangkan kebebasan beragama di M'sia ini, tapi disyaki mahu MENUMBANGKAN Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN! Dan si dalang kuat belakang IFC ini ialah rejim Jerman yang amat pro-Israel, melalui pertubuhan politikya iaitu Konrad Adenauer Foundation di Malaysia (lihat http://www.kas.de/malaysia/en/about/). Rejim Jerman (Kristian Zionis) ini memang JAHAT dan dalang dua muka - depan tunjuk baik pada orang Islam, belakang nak tumbangkan Islam/umatnya)!
Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, terutamanya Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.
Bahkan Teresa Kok dari DAP dan yang lain dari PKR, selalu ke Jerman. Juga jangan lupa, satu lagi NGO Jerman-Zionis, Transparency International yang asyik menghentam polis dan Kerajaan BN, ditubuhkan dan berpusat di Berlin. Selain dari itu Berlin ini juga pusat Kristian Zionis di Eropah, termasuk melalui media global, God TV, yang makin berleluasa melalui satelit canggih dan tersembunyi, di negara-negara Islam!
Jadi BUMIPUTERA Melayu/Islam mesti lihat maklumat penting ini di http://www.jais.gov.my/isuagama/ifc.php dan video di http://taipingmali.blogspot.com/2013/07/khas-untuk-pengundi-kuala-besut.html
MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)
Catat Ulasan