KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
menegaskan penculikan Ng Mun Tatt ada kaitan dengan paparan sensitif di
Facebook yang dilakukan oleh penulis blog seks kontroversi Alvin Tan dan
Vivian Lee.
Beliau berkata tindakan itu ada kaitan dengan paparan mempersendakan
umat Islam, walaupun Ng menafikan penculikannya ada kaitan dengan komen
agama yang dibuat pasangan kontroversi Alvivi.
"Saya berkata ia antara punca dia diculik tetapi selain itu terdapat juga sebab kerana ingin mendapatkan wang tebusan.
"Kami tahu mangsa diminta untuk memasukkan wang sebanyak RM3,000
tetapi lukisan di badannya adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan
Alvin dan Vivian," katanya pada Jumaat.
Beliau turut diminta untuk mengulas dakwaan beberapa badan bukan
kerajaan (NGO) bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasanya
kerana ketika pasangan kontroversi, Alvin dan Vivian didakwa ekoran
kenyataan berbuka puasa mereka di Facebook tetapi tiada tindakan
dikenakan terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Naib Presidennya Datuk Zulkifli Nordin
di atas ucapan tidak sensitif mereka.
"Dengan laporan yang dibuat, wujud penyiasatan yang sewajarnya
dilakukan. Selepas siasatan kami, kertas siasatan akan diserahkan kepada
Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kes melibatkan Ibrahim Ali masih disiasat.
Bagaimanapun, berhubung kes membabitkan Zulkifli Nordin, Peguam Negara mengarahkan polis supaya menghentikan siasatan.
"Peguam negara mengarahkan tiada tindakan lanjut terhadap kes itu kerana bukti tidak mencukupi," katanya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata, kementeriannya dan pihak polis sedang memantau beberapa NGO
dan kumpulan yang cuba membangkitkan sentimen agama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan