Ahad, 14 Julai 2013
Pran, Aktor legenda Bollywood meninggal dunia
NEW DELHI - Aktor legenda Bollywood, Pran yang pernah melakonkan watak hero dan penjahat dalam beberapa filem klasik selama lebih enam dekad meninggal dunia selepas menghidap pneumonia.
Menurut doktornya, Sanjeev Mehta, Pran mati di Hospital Lilavati, Mumbai kelmarin pada usia 93 tahun setelah berada lebih dua minggu di hospital itu.
Pran atau nama sebenarnya Pran Krishan Sikand membintangi lebih 350 filem Bollywood sejak tahun 1940-an.
Kerajaan India pernah memberi anugerah tertinggi industri perfileman Dadasaheb Phalke pada 10 Mei lalu kepada Pran di atas sumbangannya dalam industri tersebut.
Dia terkenal melalui watak jahat dalam filem-filem dari tahun 1942 hingga 1991 seperti Bari Behen, Azaad, Jis Desh Men Ganga Behti Hai, Half Ticket, Johnny Mera Naam dan Zanjeer.
Pran meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, upacara membakar mayatnya berlangsung semalam di Mumbai. - AP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan