PETALING JAYA: Pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee,
sekali lagi mencuri tumpuan, kali ini menerusi laman sosial Facebook
mereka apabila membuat kenyataan biadap yang mengguris perasaan umat
Islam di negara ini.
Pasangan itu telah memuatnaik gambar mereka sedang menikmati juadah
'bak kut teh' yang tidak halal dimakan bagi umat Islam sebagai ucapan
berbuka puasa.
Hidangan bak kut teh itu digambarkan pasangan itu sebagai 'wangi, enak dan menyelerakan'.
Tidak cukup dengan itu, Tan turut mengesahkan gambar tersebut sengaja
dimuatnaik sendiri oleh mereka dengan alasan ia sekadar untuk suka-suka.
Tindakan mereka telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang kebanyakannya menegur sikap tidak sensitif pasangan itu.
Tidak kurang pengguna laman Facebook yang turut menganggap tindakan
mereka sebagai satu penghinaan dan mencari publisiti murahan sambil
terdapat pengguna yang hairan apakah pasangan itu tidak mengetahui
tentang sejarah 13 Mei.
The Star Online melaporkan Tan sebagai menyatakan tidak
menyesal dengan tindakannya itu sambil menganggap ia sebagai 'jenaka
gelap' dan cubaan mereka untuk melihat bagaimana penerimaan masyarakat
mengenainya.
Ditanya sama ada beliau akan menurunkan posting tersebut, Tan tidak
menolak kemungkinannya namun menegaskan sehingga kini ramai yang telah
berkongsi gambar tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan