Jumaat, 27 Jun 2014
Pengarah Imigresen NS Imbas Detik Sedih Temui Adik Firdaus
Menerusi video yang tersebar di WhatsApp, kita dapat melihat bagaimana individu pertama yang menemui adik Muhammad Firdaus Dullah, 15, beristighfar beberapa kali sebaik sahaja melihat tubuh remaja OKU di salah sebuah bilik yang diperiksa penguatkuasa Imigresen, Sabtu lalu.
Individu tersebut adalah Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman.
Menerusi akhbar Sinar Harian, Faizal berkongsi pengalamannya ketika mula-mula melihat keadaan Muhammad Firdaus. Ternyata hingga ke hari ini, beliau masih berasa marah dan kecewa mengenang perbuatan dilakukan terhadap remaja OKU tersebut.
Berikut luahan hatinya:
Ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi. Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.
Khamis, 26 Jun 2014
Tolong berhenti mencemuh saya dan Lola, rayu Norfitri
Norfitri pernah mengasuh Firdaus selama lapan tahun, dicemuh orang ramai
di dalam media sosial.
SEREMBAN: Bekas pengasuh remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, merayu kepada orang ramai supaya tidak terus mencemuh beliau dan ibu remaja tersebut.
Dalam satu pertemuan eksklusif dengan FMT, Norfitri Osda Radius, 42 yang pernah mengasuh Muhammad Firdaus selama lebih kurang lapan tahun, tidak dapat mengawal perasaan dan menangis apabila menceritakan beliau dan Lolanopita, 40 dicemuh orang ramai di dalam media sosial.
Norfitri berkata Lolanopita merupakan rakan karib beliau.
Sebelum Norfitri berpindah ke Gemencheh mengikuti suaminya pada tahun 2012, sememangnya Muhammad Firdaus dan adik tirinya ditinggalkan dengan Norfitri apabila Lolanopita pergi bekerja.
Norfitri menceritakan bagaimana pada pertengahan bulan Mei lepas Lolanopita ada menghubungi Norfitri dan meluahkan perasaan.
Dukung adik selepas ditinggal di tepi jalan
Tanpa setitis air mata, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang baru diugut bunuh oleh seorang penjenayah yang melarikan kereta ibunya hari ini, tabah berdiri sambil mendukung adiknya berusia empat bulan di tepi jalan selepas ditinggalkan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, kedua-dua beradik itu ditinggalkan di kawasan perindustrian Puchong dekat sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah tersebut di Jalan Dahlia, Puchong Perdana.
"Nak turun atau kau dan adik kau aku bunuh." Itulah ugutan penjenayah berpakaian seragam sekolah menengah tersebut sambil mengacukan pisau ke leher kanak-kanak berkenaan, yang turut dilarikan bersama kereta Proton Gen 2 biru tersebut.
Ahad, 22 Jun 2014
Remaja OKU seperti 'mayat hidup' diselamat
Mereka yang melihat nasib Muhammad Firdaus Dullah, 15, hanya mampu mengurut dada. Apakah sebenarnya yang berlaku ke atas remaja orang kurang upaya (OKU) ini sehingga diperlakukan dengan begitu buruk?
Tubuhnya kurus kering, kotor, hanya memakai baju T yang sudah koyak dan reput serta berlumuran najis. Bilik tempatnya berlindung seperti reban yang tidak dibersihkan dalam tempoh lama.
Mujurlah segala kesengsaraan yang dialami oleh remaja umpama mayat hidup ini berakhir apabila ditemui oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang menjalankan operasi pendatang asing tanpa izin di salah satu unit kediaman di Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini awal pagi ini.
Keadaan remaja OKU dilaporkan tidak membimbangkan
SEREMBAN — Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui
dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman
Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak
membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar
Seremban (HTJS) di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau.
“Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya,” katanya kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau.
“Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya,” katanya kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS hari ini.
Remaja OKU ditemui terbiar
Seorang
remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung dalam keadaan
menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak di Nilai pagi Sabtu.
Penemuan dilakukan dalam Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dari jam 2 hingga 6 pagi.
Menurut Pengarah jabatan berkenaan, Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.
Beliau berkata, remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan, manakala ibunya yang dikatakan berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.
Penemuan dilakukan dalam Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dari jam 2 hingga 6 pagi.
Menurut Pengarah jabatan berkenaan, Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.
Beliau berkata, remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan, manakala ibunya yang dikatakan berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.
Rabu, 18 Jun 2014
Konflik Iraq: Kanak-Kanak Saksi Pembunuhan Kejam
KONFLIK di Iraq makin meruncing apabila kanak-kanak seawal usia lapan tahun diheret menjadi anggota militan dan menyaksikan pembunuhan kejam.
Kejadian itu dicetuskan pemberontak Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) yang menguasai bandar Mosul sejak minggu lalu.
Beberapa gambar yang diedarkan media menunjukkan pemberontak kumpulan itu mengarahkan tahanan berbaris dan melutut sebelum ditembak di belakang kepala sambil disaksikan kanak-kanak militan yang turut memegang senjata api itu.
Pelbagai cara lain juga digunakan pemberontak untuk menguasai beberapa bandar di Iraq, terutama pembunuhan beramai-ramai.
Juga dilihat gambar pemberontak mengarahkan sekumpulan tahanan dengan tangan diikat ke belakang meniarap sebelum mereka ditembak.
Tentera Iraq juga menjadi mangsa apabila ditawan pemberontak dan dibunuh tanpa diberi peluang mempertahankan diri.
Di Baqubah, kira-kira 50 kilomter dari Baghdad pula dilaporkan seramai 44 tahanan dibunuh pengawal penjara dalam kalangan Syiah ketika militan Sunni menyerang balai polis di bandar itu.
Tentera Iraq memaklumkan, 52 tahanan dibunuh dalam serangan di balai polis berkenaan menggunakan motar.
Bagaimanapun, serangan balas tentera Iraq mengorbankan 30 pemberontak Isis, kata pegawai tentera dan polis.
Berikutan serangan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama memaklumkan Kongres, sebanyak 275 anggota tenteranya akan dihantar ke Iraq untuk membantu mengawal keselamatan rakyat AS di kedutaannya di Baghdad.
Pasukan tentera itu dimana 170 daripadanya telah tiba di Iraq, manakala 100 lagi akan berpusat di Kuwait untuk pengurusan lapangan terbang, keselamatan dan sokongan logistik.
Selain itu, kapal pengangkut George HW Bush dan lima kapal perang kini berada di Teluk Parsi.
Ahad, 15 Jun 2014
MH370 sentiasa dalam fikiran sejak 100 hari lalu: CEO MAS
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini
memasuki hari ke-100 tidak pernah dilupakan syarikat penerbangan
berkenaan.
Malah, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, tempoh berkenaan adalah satu tempoh panjang yang menyakitkan bagi syarikat penerbangan tersebut.
Ahmad Jauhari berkata, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu tidak pernah dilupakan manakala ini menjadi tempoh 100 hari paling panjang dalam sejarah sejak kehilangan pesawat MH370.
Dalam satu kenyataan media Ahad, katanya doa dan harapan pihaknya tetap bersama-sama anggota keluarga 239 penumpang.
"Mereka sentiasa berada dalam fikiran kami sejak 100 hari lalu," katanya.
Katanya, MAS akan terus mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat berkenaan.
"Malaysia Airlines akan terus berharap untuk mencari jawapan bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370," katanya.
MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.
Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil.
Antara negara yang terlibat dalam misi pencarian yang dikoordinasikan Malaysia termasuklah Australia, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
Ahmad Jauhari turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan agensi terlibat dari Malaysia, Australia dan China dan negara-negara lain yang tampil membantu mencari dan mengesan MH370.
"Meskipun pelbagai usaha dilakukan sejak 100 hari lalu, misteri kehilangan pesawat masih belum terungkai," katanya.
Malah, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, tempoh berkenaan adalah satu tempoh panjang yang menyakitkan bagi syarikat penerbangan tersebut.
Ahmad Jauhari berkata, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu tidak pernah dilupakan manakala ini menjadi tempoh 100 hari paling panjang dalam sejarah sejak kehilangan pesawat MH370.
Dalam satu kenyataan media Ahad, katanya doa dan harapan pihaknya tetap bersama-sama anggota keluarga 239 penumpang.
"Mereka sentiasa berada dalam fikiran kami sejak 100 hari lalu," katanya.
Katanya, MAS akan terus mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat berkenaan.
"Malaysia Airlines akan terus berharap untuk mencari jawapan bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada MH370," katanya.
MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.
Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil.
Antara negara yang terlibat dalam misi pencarian yang dikoordinasikan Malaysia termasuklah Australia, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
Ahmad Jauhari turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan agensi terlibat dari Malaysia, Australia dan China dan negara-negara lain yang tampil membantu mencari dan mengesan MH370.
"Meskipun pelbagai usaha dilakukan sejak 100 hari lalu, misteri kehilangan pesawat masih belum terungkai," katanya.
Wartawan BBC News tegur Anwar alih isu ketika temu bual
UNITED KINGDOM: Wartawan BBC News, Stephen Sackur mempertikaikan
jawapan yang diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
sesi temu bual yang dikendalikannya di stesen penyiaran tersebut di
London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.
Sebaik sahaja temu bual dimulakan, Anwar cuba meraih simpati dengan
menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan Malaysia yang didakwa bersifat
autoritarian, lapor Utusan Malaysia.
Walau bagaimanapun, Sackur mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh
itu bahawa mahkamah merupakan institusi yang mengadili kes liwatnya.
Sackur seterusnya mempersoalkan kenyataan Anwar yang mendakwa mahkamah dan media di Malaysia tidak bebas.
“Anda telah menyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak
bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud
saya, pihak pembangkang telah melakukan segala-galanya dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) namun anda masih tidak boleh menang," katanya.
Sackur kelihatan hairan apabila Anwar menyatakan pihak pembangkang
mengatasi Barisan Nasional (BN) dari segi undi popular sambil
mengingatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu BN memenangi
lebih banyak kerusi Parlimen.
Beliau turut berpandangan, tiada tanda yang menunjukkan rakyat
Malaysia akan berdemonstrasi di jalanan sekiranya Anwar gagal dalam
rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang
menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat bekas
pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dalam nada sinis, Sackur menyifatkan tindakan Anwar mengalihkan topik
perbincangan dari isu politik Malaysia kepada insiden kehilangan pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai ‘menarik’.
“Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara
jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih
hilang.
“Juga sangat sensitif dan anda berterusan mempolemikkannya serta
menimbulkan masalah dalam satu isu yang agak serius untuk dipolitikkan,"
ujarnya.
Beliau sekali lagi terpaksa menegur Anwar apabila Ketua Pembangkang itu
menuduh kerajaan tidak mendedahkan maklumat tentang kargo yang dibawa
pesawat MH370.
“Mereka (kerajaan Malaysia) telah mendedahkan dokumen yang mengandungi maklumat kargo," jelasnya.
Sedutan rakaman rancangan temu bual tersebut dimuat naik ke YouTube
minggu lalu dan boleh diakses di
https://www.youtube.com/watch?v=V88dj0njYT8.
Khamis, 12 Jun 2014
DNA Babi Halal: Dr. Maza, ‘Jangan Anggap Kita Je Bijak, Orang Lain Kurang Bijak’ – Ustaz Kazim
Demikian petikan dari facebook ustaz Kazim.
"Saya sebut secara umum tentang masalah DNA Babi dlm satu ceramah di sebuah syarikat penerbitan. Tiada temubual diadakan tetapi petikan ucapan sy dijadikan sebuah tajuk bg sebuah berita maka jd hebohlah.. Ada pulak seorg Dr menjawab kata2 sy dgn hujahnya yg detail, elok dan bagus hujahannya.. maklumlah berhujah sorang2 dlm fbnya..
Sy tidak menolak atau menyanggah pdpat Dr Yusuf, siapalah saya utk itu ttp kata2 sanggahan itu ditulis oleh si wartawan bukan sy kata sy sanggah.. Itu pendapat Dr Yusuf, hak dia, dia ada ilmu. Cuma sy kata knp kita hanya melihat kpd pndapatnya sahaja n tidak melihat kpd pendapat ulama lain..
Bukankah ilmu fiqh ini luas dan knp kita tidak merujuk kpd Fatwa sedia ada dr kalangan ilmuan di negara kita? Sy sebutkan kesepakatan mazhab dlm pemakanan daging babi sy tak sebut dlm pggunaan organ atau bahagian lain babi yg menjadi khilafiah.. Yg Dr. sorang ni pulak main nak taram saya pasal pulak? Balik pd konteks yg dibncangkanlah iaitu dna babi bukan bahagian2 lain..Lain kali tanyalah dy dulu sblum nak ulas pjg lebar dlm fbnya..
Cubalah kembali semula kpd disiplin ilmu, hormat menghormati bukan mai tibai aje, siasat dulu antara tajuk akhbar online dgn isi ceramah yg begitu pendek. Jgn anggap kita aje bijak org lain kurang bijaknya, kita ada majlis fatwa maka adalah lebih afdhal utk merujuk ke majlis fatwa spy selesa n selesaikan masalah.
Sy mengajar di masjid dan surau menggunakan kitab2 tulisan Dr Yusuf n sy kagum dgn keilmuannya yg bagus tp dlm isu dna babi sy berpendapat adalah lebih molek kita merujuk kpd yg berhak didalam negara kita krn sesuai dgn uruf masyarakat setempat.. Dia berhak dgn pendapat ilmunya dan kita jugak berhak memilih fiqh selagi mana bertepatan dgn nas syarak ..
Tlg lah hormati pendapat ulama2 yg lain jgk berlapang dada n kalau boleh kalau nak menulis di fb ke tweeter ke apa ke adalah lebih molek berbincng dan dapati duduk perkara yg sebenarnya bukan main tulis sahaja.Sy hormati pendapat Dr Yusuf dan sy jgk menghormati pendapat ulama2 lain, maka sy jgk berhak utk memakai atau bersetuju utk pndapat2 tersebut.
Ilmu Allah sgt luas dan jgnlah kita paksa org lain menerima pendapat kita.. Kalau dah rasa dna babi tu halal terpulang la, bg sy buat masa sekarang zaman belum darurat tiada sebab utk sy memakan apa2 perkara yg berunsur babi atau dna babi..Bab khilaf mazhab ttg perkara lain ttg babi mmg saya akui sy maksudkan dlm ceramah sy ialah pemakanan daging babi itu sendiri, harap maklum..Ok la tu panjang dah ni jgn nanti ada org yg ternak babi bukan utk dimakan cuma utk dibuat dna babi….fikir2 kan lah."
DNA Babi Halal: Ustaz Kazim sanggah Fatwa Al-Qaradawi dan kenyataan Dr. Asri
Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.
Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.
Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.
"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.
"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.
Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.
DNA Babi Halal: Dr Maza perli kenyataan Ustaz Kazim?
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dilihat seperti tidak berpuas hati dengan kenyataan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias berhubung isu DNA babi dan geletin haiwan halal di makan yang menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat ketika ini.
Ekoran kenyataan tersebut, Asri melalui laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan sinis yang dilihat seperti menyindir Kazim.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata pengguna media sosial mengandaikan kenyataan perli tersebut ditujukan secara terus kepada Ustaz Kazim yang sebelum ini menolak ijtihad yang dikeluarkan oleh al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan kenyataan Dr Asri berhubung isu tersebut.
Kazim sebelum ini berkata hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya semalam.
Berikut status yang dimuatnaik oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin sekitar jam 1 tengahari tadi yang dijangkakan berhubungkait dengan pandangan Ustaz Kazim Elias mengenai isu gelatin dan DNA Babi.
Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini.
Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.
Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.
Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.
Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.
Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin Sa’d, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.
Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh?
Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.
Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.
Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang.
Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.
Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.
Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya.
Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna. – Sumber FB Rasmi Dr Asri
Khamis, 5 Jun 2014
Najib lebih dihargai jika menghargai Ku Li
Memandangkan Tengku Razaleigh masih hidup dan
sihat, beliau adalah perakam sejarah sebenar yang bukan saja seharusnya
dihargai oleh Najib dan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan lebih dihargai jika beliau lebih menghargai tokoh yang banyak membantu kejayaan ayahnya bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin semua pihak mengetahui, dalam usaha membina persahabatan yang lebih kukuh, Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjadi Pengerusi Pernas untuk mengetuai delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan di Guangzhuo pada tahun 1971.
Atas rasa besar hati dengan kedatangan delegasi perdagangan itu, Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menterinya, Li Xianian telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan lebih dihargai jika beliau lebih menghargai tokoh yang banyak membantu kejayaan ayahnya bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin semua pihak mengetahui, dalam usaha membina persahabatan yang lebih kukuh, Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjadi Pengerusi Pernas untuk mengetuai delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan di Guangzhuo pada tahun 1971.
Atas rasa besar hati dengan kedatangan delegasi perdagangan itu, Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menterinya, Li Xianian telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh.
UIAM Gombak dilanda banjir
Kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak dilanda banjir kilat petang tadi susulan hujan lebat yang berlarutan lebih sejam.
Ia telah mengakibatkan beberapa buah kenderaan turut ditenggelami air. Kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air beberapa anak sungai berhampiran yang memenuhi kawasan berkenaan di Jalan Al Jamiah universiti berkenaan.
Bagaimanapun, banjir dilapor surut menjelang waktu maghrib.
Berikut antara gambar-gambar yang dikongsi pelajar-pelajar UIAM dan orang ramai di laman Twitter …
Selasa, 3 Jun 2014
Pasangan Malaysia di penjara Sweden bebas berasingan
Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin
dan Shalwati Nurshal dijatuhi hukuman penjara di Sweden kerana mendera
anak-anak mereka bakal dibebaskan secara berasingan pada Julai dan
September ini.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebooknya.
Menurutnya, beliau telah pergi menemui Shalwati di Penjara Wanita Anstalten Hinseberg, semalam.
"Penjara Anstalten Hinseberg rupanya tiga jam berkereta dari Stockholm. Tapi akhirnya dengan bantuan pegawai kedutaan (Kedutaan Malaysia ke Sweden), Gloria yang mengiringi saya, kami sampai juga di sana.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebooknya.
Menurutnya, beliau telah pergi menemui Shalwati di Penjara Wanita Anstalten Hinseberg, semalam.
"Penjara Anstalten Hinseberg rupanya tiga jam berkereta dari Stockholm. Tapi akhirnya dengan bantuan pegawai kedutaan (Kedutaan Malaysia ke Sweden), Gloria yang mengiringi saya, kami sampai juga di sana.
Usaha Mencari MH370 Kini Lebih Mudah – Pakar
Seorang pakar berpendapat usaha mencari pesawat
Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kini
tidaklah serumit dahulu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR)
melakukan pencarian di kawasan yang salah.
Saintis angkasa lepas dan fizik
di New Zealand, Duncan Steel, menyatakan perkara itu dalam wawancara
menerusi e-mel dengan Bernama susulan pengumuman Biro Keselamatan
Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru bahawa pesawat berkenaan tidak
berada di sekitar tempat isyarat akustik, yang dikesan sebelum ini.
"Itu semua bukan petunjuk
sebenarnya (bagi dakwaan pengesanan isyarat akustik). Langkah menolaknya
adalah sesuatu yang baik kerana ini membolehkan pertimbangan diberi
terhadap kemungkinan yang lain pula," kata Steel, yang juga Profesor
Pelawat bidang Astrobiologi di University of Buckingham, England dan
saintis angkasa lepas di Pusat Penyelidikan NASA-Ames di California,
Amerika Syarikat.
Isnin, 2 Jun 2014
Khabar angin: Penumpang MH370 dibebaskan sebelum Ramadan?
Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum Ramadan? Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita mengenai pesawat MH370:
Baru
tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar semua
penumpang dan anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan
Ramadan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dalam beberapa isu
yang menyentuh negara Amerika dan dunia.
Setakat
laporan ini ditulis, terdapat media alternatif luar negara sudah
mula memaparkan keadaan sebenar semua penumpang yang berada dalam
pesawat MH370 yang dikatakan masih hidup.
Malah
terdapat satu laporan jelas yang sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat
bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dengan wakil
negara? Bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang
perjanjian "sulit" dipersetujui.
Penuh
Misteri, hanya dia saja yg tahu. Oleh kerana penumpang yang teramai
adalah dari negara China, mungkin mereka akan akur dan tunduk
dengan kehendak Amerika, malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan
ekonomi China adalah terkuat dan berada di ranking nombor satu dunia.
Terdapat
laporan yang banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan semua
penumpang dan anak kapal MH370 masih hidup yang mana mereka mendesak
agar kerajaan China tunduk dan akur dengan syarat yang dibuat oleh
Amerika susulan maklumat bocor di alam maya mengenai telah berlaku "Hijacked" ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka
selamat.
Maklmuat
tambahan yang tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar,
Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat
MH370 dan menerbangkannya dengan alat kawalan jauh ke Maldivies utk
mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah
pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah!
Ini ada maklumat terbaru yang diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum
pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat
panggilan telefon menggunakan telefon bimbitnya kepada seseorang yang tidak
dinamakan siapa dia.
Dalam kandungan perbualan tersebut, beliau mengatakan ada menerima maklumat yang pesawat MH370 akan "dihijacked"
dan menyuruh orang itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah
kerana simulator itu satu-satunya alat yang dia reka sendiri bagi mengesan
pesawat yang diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan
dihijacked.
Untuk makluman,
landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah
berada dalam kategori landasan simulator yang berada di rumah Kapten
Zaharie. Tapi sayangnya, kita mendapat maklumat kononnya
Kapten Zaharie telah memadam beberapa log pada simulator tersebut sebelumnya, padahal agen CIA telah menghapuskan log itu.
Itu yang dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap
Maklum!
Ni berita baru
diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United
Kingdom inmarsat telah diterima, tetapi tidak boleh didedahkan kerana
gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan.
Sekali lagi mereka
gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat… sama-sama kita
teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan
anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera
dibebaskan…
Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor
dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling
tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg
benar…
Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ???
satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat
sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait
and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!
Ahad, 1 Jun 2014
Mayat lelaki suspek kes bunuh Soffea ditemui dalam sungai
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai menculik dan membunuh Siti
Soffea Emelda, 2, dengan memenggal kepalanya ditemui berhampiran tebing
Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan, kelmarin ditemui selepas
dua hari pencarian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek berusia 27 tahun itu ditemui kira-kira jam 4 petang tadi di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Bagaimanapun, identiti lelaki itu hanya akan diketahui selepas siasatan lanjut pihak polis.
Dalam kejadian Khamis lalu, seorang lelaki menculik Siti Soffea dari pusat membeli-belah Kotaraya di Kuala Lumpur.
Polis percaya bahawa suspek cuba merogol kanak-kanak itu dan memukulnya ketika dia meronta.
Ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, menuntut jasad anaknya dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur semalam.
Siti Soffea dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda dekat Gombak.
Dalam kejadian malam tadi, ibu mangsa meninggalkan anaknya untuk ke tandas di komplek Kotaraya. Apabila keluar, beliau mendapati anaknya hilang.
Namun ada saksi melihat seorang lelaki membawa kanak=kanak dipercayai Siti Soffea melalui rumput panjang di tebing Sungai Klang.
Saksi kemudian memberitahu polis bantuan di bangunan Public Bank yang berhampiran dan suspek yang menyedari kehadiran polis bantuan berkenaan melompat ke dalam Sungai Klang.
Orang ramai cuba mengejarnya melalui tebing sungai namun dihalang arus deras dan tidak berjaya menangkap lelaki itu yang turut hilang melalui arus sungai.
Anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mencari suspek di Sungai Klang sejak semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek berusia 27 tahun itu ditemui kira-kira jam 4 petang tadi di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Bagaimanapun, identiti lelaki itu hanya akan diketahui selepas siasatan lanjut pihak polis.
Dalam kejadian Khamis lalu, seorang lelaki menculik Siti Soffea dari pusat membeli-belah Kotaraya di Kuala Lumpur.
Polis percaya bahawa suspek cuba merogol kanak-kanak itu dan memukulnya ketika dia meronta.
Ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, menuntut jasad anaknya dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur semalam.
Siti Soffea dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda dekat Gombak.
Dalam kejadian malam tadi, ibu mangsa meninggalkan anaknya untuk ke tandas di komplek Kotaraya. Apabila keluar, beliau mendapati anaknya hilang.
Namun ada saksi melihat seorang lelaki membawa kanak=kanak dipercayai Siti Soffea melalui rumput panjang di tebing Sungai Klang.
Saksi kemudian memberitahu polis bantuan di bangunan Public Bank yang berhampiran dan suspek yang menyedari kehadiran polis bantuan berkenaan melompat ke dalam Sungai Klang.
Orang ramai cuba mengejarnya melalui tebing sungai namun dihalang arus deras dan tidak berjaya menangkap lelaki itu yang turut hilang melalui arus sungai.
Anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mencari suspek di Sungai Klang sejak semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...