Isnin, 2 Jun 2014

Khabar angin: Penumpang MH370 dibebaskan sebelum Ramadan?

Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum Ramadan? Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita mengenai pesawat MH370:

Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar semua penumpang dan anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dalam beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat laporan ini ditulis, terdapat media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar semua penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang dikatakan masih hidup.

Malah terdapat satu laporan jelas yang sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dengan wakil negara? Bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian "sulit" dipersetujui.

kaptenzahari

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu. Oleh kerana penumpang yang teramai adalah dari negara China, mungkin mereka akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika, malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada di ranking nombor satu dunia.

Terdapat laporan yang banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan semua penumpang dan anak kapal MH370 masih hidup yang mana mereka mendesak agar kerajaan China tunduk dan akur dengan syarat yang dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya mengenai telah berlaku "Hijacked" ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.

najibcinahijack

Maklmuat tambahan yang tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dengan alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah!

Ini ada maklumat terbaru yang diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan telefon menggunakan telefon bimbitnya kepada seseorang yang tidak dinamakan siapa dia. 

Dalam kandungan perbualan tersebut, beliau mengatakan ada menerima maklumat yang pesawat MH370 akan "dihijacked" dan menyuruh orang itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yang dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yang diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked.

Untuk makluman, landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada dalam kategori landasan simulator yang berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi sayangnya, kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah memadam beberapa log pada simulator tersebut sebelumnya, padahal agen CIA telah menghapuskan log itu. 

Itu yang dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima, tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. 

Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat… sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… 

Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar… 

Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!

Tiada ulasan: