Khamis, 12 Jun 2014

DNA Babi Halal: Dr. Maza, ‘Jangan Anggap Kita Je Bijak, Orang Lain Kurang Bijak’ – Ustaz Kazim

Ustaz Kazim Dr Maza
Demikian petikan dari facebook ustaz Kazim.

"Saya sebut secara umum tentang masalah DNA Babi dlm satu ceramah di sebuah syarikat penerbitan. Tiada temubual diadakan tetapi petikan ucapan sy dijadikan sebuah tajuk bg sebuah berita maka jd hebohlah.. Ada pulak seorg Dr menjawab kata2 sy dgn hujahnya yg detail, elok dan bagus hujahannya.. maklumlah berhujah sorang2 dlm fbnya..

Sy tidak menolak atau menyanggah pdpat Dr Yusuf, siapalah saya utk itu ttp kata2 sanggahan itu ditulis oleh si wartawan bukan sy kata sy sanggah.. Itu pendapat Dr Yusuf, hak dia, dia ada ilmu. Cuma sy kata knp kita hanya melihat kpd pndapatnya sahaja n tidak melihat kpd pendapat ulama lain..

Bukankah ilmu fiqh ini luas dan knp kita tidak merujuk kpd Fatwa sedia ada dr kalangan ilmuan di negara kita? Sy sebutkan kesepakatan mazhab dlm pemakanan daging babi sy tak sebut dlm pggunaan organ atau bahagian lain babi yg menjadi khilafiah.. Yg Dr. sorang ni pulak main nak taram saya pasal pulak? Balik pd konteks yg dibncangkanlah iaitu dna babi bukan bahagian2 lain..Lain kali tanyalah dy dulu sblum nak ulas pjg lebar dlm fbnya..

Cubalah kembali semula kpd disiplin ilmu, hormat menghormati bukan mai tibai aje, siasat dulu antara tajuk akhbar online dgn isi ceramah yg begitu pendek. Jgn anggap kita aje bijak org lain kurang bijaknya, kita ada majlis fatwa maka adalah lebih afdhal utk merujuk ke majlis fatwa spy selesa n selesaikan masalah.

Sy mengajar di masjid dan surau menggunakan kitab2 tulisan Dr Yusuf n sy kagum dgn keilmuannya yg bagus tp dlm isu dna babi sy berpendapat adalah lebih molek kita merujuk kpd yg berhak didalam negara kita krn sesuai dgn uruf masyarakat setempat.. Dia berhak dgn pendapat ilmunya dan kita jugak berhak memilih fiqh selagi mana bertepatan dgn nas syarak ..

Tlg lah hormati pendapat ulama2 yg lain jgk berlapang dada n kalau boleh kalau nak menulis di fb ke tweeter ke apa ke adalah lebih molek berbincng dan dapati duduk perkara yg sebenarnya bukan main tulis sahaja.Sy hormati pendapat Dr Yusuf dan sy jgk menghormati pendapat ulama2 lain, maka sy jgk berhak utk memakai atau bersetuju utk pndapat2 tersebut.

Ilmu Allah sgt luas dan jgnlah kita paksa org lain menerima pendapat kita.. Kalau dah rasa dna babi tu halal terpulang la, bg sy buat masa sekarang zaman belum darurat tiada sebab utk sy memakan apa2 perkara yg berunsur babi atau dna babi..Bab khilaf mazhab ttg perkara lain ttg babi mmg saya akui sy maksudkan dlm ceramah sy ialah pemakanan daging babi itu sendiri, harap maklum..Ok la tu panjang dah ni jgn nanti ada org yg ternak babi bukan utk dimakan cuma utk dibuat dna babi….fikir2 kan lah."


DNA Babi Halal: Ustaz Kazim sanggah Fatwa Al-Qaradawi dan kenyataan Dr. Asri
 
Ustaz Kazim Elias

Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

 
DNA Babi Halal: Dr Maza perli kenyataan Ustaz Kazim?
 
Dr Maza Perli Kazim
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dilihat seperti tidak berpuas hati dengan kenyataan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias berhubung isu DNA babi dan geletin haiwan halal di makan yang menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat ketika ini.

Ekoran kenyataan tersebut, Asri melalui laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan sinis yang dilihat seperti menyindir Kazim.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata pengguna media sosial mengandaikan kenyataan perli tersebut ditujukan secara terus kepada Ustaz Kazim yang sebelum ini menolak ijtihad yang dikeluarkan oleh al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan kenyataan Dr Asri berhubung isu tersebut.

Kazim sebelum ini berkata hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya semalam.

Berikut status yang dimuatnaik oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin sekitar jam 1 tengahari tadi yang dijangkakan berhubungkait dengan pandangan Ustaz Kazim Elias mengenai isu gelatin dan DNA Babi.

Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini.

Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.

Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin Sa’d, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh?

Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang.

Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.
Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.

Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya.

Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna. – Sumber FB Rasmi Dr Asri

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betina-Betina Melayu yang tiada boyfriend atau suami. Saya sudi bantu.

Cepat call 0142222259 (laki-laki dan mak nyah please dont call ok)