SEREMBAN — Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui
dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman
Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak
membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar
Seremban (HTJS) di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan
Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus
Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan
sedang dipantau.
“Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun
batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan
remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya,” katanya
kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS hari ini.
Beliau meminta polis agar menyiasat perkara itu jika terdapat unsure penderaan dan pengabaian.
“Setakat ini, remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Remaja itu
berada di bawah pengawasan dan pemantauan JKM,” katanya.
Remaja itu ditemui semasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menjalankan operasi bersepadu Ops 6P di kawasan itu pagi ini.
Ketika ditemui, remaja itu bukan hanya kurus kering, malah
persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah
dan najis.
Di PUTRAJAYA, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
mengarahkan JKM melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian
pengabaian remaja kurang upaya itu.
Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sekiranya
benar terdapat unsur pengabaian, JKM akan menempatkan remaja itu di
pusat perlindungan kendalian JKM.
“JKM juga akan memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja tersebut,” katanya dalam satu kenyataan siang tadi.
Rohani berkata siasatan awal JKM mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun itu merupakan OKU ‘celebral palsy’.
“Dia dan ibunya berasal dari Sabah. Ibu bapanya telah bercerai dan
ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami,” katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, ibu remaja berkenaan menafikan anaknya dikurung dan diabaikan. –Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan