Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai menculik dan membunuh Siti
Soffea Emelda, 2, dengan memenggal kepalanya ditemui berhampiran tebing
Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan, kelmarin ditemui selepas
dua hari pencarian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala
Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek berusia 27 tahun itu
ditemui kira-kira jam 4 petang tadi di Sungai Klang berhampiran Plaza
Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Bagaimanapun, identiti lelaki itu hanya akan diketahui selepas siasatan lanjut pihak polis.
Dalam kejadian Khamis lalu, seorang lelaki menculik Siti Soffea dari pusat membeli-belah Kotaraya di Kuala Lumpur.
Polis percaya bahawa suspek cuba merogol kanak-kanak itu dan memukulnya ketika dia meronta.
Ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, menuntut jasad anaknya dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur semalam.
Siti Soffea dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda dekat Gombak.
Dalam kejadian malam tadi, ibu mangsa meninggalkan anaknya untuk ke
tandas di komplek Kotaraya. Apabila keluar, beliau mendapati anaknya
hilang.
Namun ada saksi melihat seorang lelaki membawa kanak=kanak dipercayai Siti Soffea melalui rumput panjang di tebing Sungai Klang.
Saksi kemudian memberitahu polis bantuan di bangunan Public Bank yang
berhampiran dan suspek yang menyedari kehadiran polis bantuan berkenaan
melompat ke dalam Sungai Klang.
Orang ramai cuba mengejarnya melalui tebing sungai namun dihalang
arus deras dan tidak berjaya menangkap lelaki itu yang turut hilang
melalui arus sungai.
Anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mencari suspek di Sungai Klang sejak semalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan