Ke majlis,
Semua Ahli, Rakan-rakan penulis.
Tuan/puan,
PESTA PUISI PESISIR /DBPWT 2008
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.Sukacita tuan/puan dijemput ke Pesta Puisi Pesisir 2008 bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur seperti berikut:
Tarikh: 10 Mei 2008 ( Sabtu )
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kelantan
Masa: 2.30 petang – 6 petang.
3. Pesta Puisi akan diisi dengan persembahan berikut:
3.1 Deklamasi Puisi oleh penyair undangan.
3.2 Deklamasi Puisi oleh Penyair Pesisir.
3.3 Lagu-lagu puisi.
3.4 Persembahan Dikir Barat oleh Tuan Kob Raja Saring, Pak Ku
kamal, Meli Mahligai dan Jali SPT (Salam Pantai Timur).
4. Kehadiran tuan/puan adalah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi program Pesisir ini .
Sekian dan terima kasih.
‘ SASTERA PENJANA DAYA INTELEKTUAL’
(EDIRAMLE ISMAIL)
Setiausaha 2
PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
Rabu, 7 Mei 2008
Aktiviti PESISIR 10 mei 2008
PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
445, BELAKANG BALAI RAYA CHABANG EMPAT
16200 TUMPAT, KELANTAN
Ke majlis,
Semua Ahli, Rakan-rakan penulis.
Tuan/puan,
BENGKEL PENULISAN DAN DEKLAMASI PUISI PATRIOTIK PESISIR/KELAB SETIA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.Sukacita tuan/puan dijemput ke Bengkel Penulisan Dan Deklamasi Puisi Patriotik Pesisir bersama Kelab Setia seperti berikut:
Tarikh: 10 Mei 2008 (Sabtu)
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kel
Masa: 8 pagi – 11.30 pagi.
3. Bengkel diadakan bertujuan memberi pendedahan cara-cara menulis puisi dan cara mendeklamasi puisi yang betul kepada peserta oleh seorang pembimbing dan 5 fasilitator yang tidak asing lagi di Kelantan.
4. Dimaklumkan tuan/pn/sdr/sdri. digalakkan membawa sebuah puisi Patriotik untuk tujuan bengkel.
5. Kehadiran tuan/puan adalah dialu-alukan bagi menjayakan lagi program anjuran Pesisir dan Kelab Setia ini.
Sekian dan terima kasih.
‘SASTERA PENJANA DAYA INTELEKTUAL’
(EDIRAMLE ISMAIL)
Setiausaha 2
PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
s.k Ketua 1 dan semua AJK.

Sabtu, 3 Mei 2008
Wajah terbaru Ariel Sharon
All are aware in the world that, he is the only person responsible for lots and lots of damage in Palestine... . And today he is in such a position (Please see below picture). The media all over the world is quite, feeling shame to publish/ show Sharon on any world news. For your information, he is lying in coma since years, and no doctor is able to find the correct disease. No life - No death, maybe this is the result of killing thousands of innocent people in Palestine. What we do in this world, we have to taste, before we leave this on our heavenly abode. Please recite "Astaghfirullah" as much as possible.
Kenapa sedia letak, tidak terus letak
"TIADA sebab tukar Annuar." Demikian tajuk muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 29 April lalu. Berita itu adalah maklum balas daripada beberapa pemimpin UMNO negeri yang mahu ketuanya kekal menerajui parti.
Maklum balas itu adalah susulan daripada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang baru-baru ini menyatakan hasratnya sedia berundur jika pucuk kepemimpinan parti hendak beliau berbuat demikian.
Bagi mereka, kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, tak boleh dijadikan faktor atau sebab untuk ketuanya meletakkan jawatan. Mereka mahu semua bertanggungjawab. Kata mereka, kalau berat, sama-samalah memikul, ringan sama-sama menjinjingnya.
Sehingga hampir dua bulan pilihan raya berlalu (Khamis ini genap dua bulan), Annuar adalah pemimpin pertama mengeluarkan kenyataan itu, manakala Datuk Seri Mohamad Khir Toyo merupakan pemimpin pertama meletakkan jawatan sebagai Pengerusi UMNO Selangor.
Yang lain hanya retorik dan hipokrit. Membuat kenyataan sekadar untuk ‘test line’ atau ‘test market’. Kalau banyak yang memberi maklum balas positif atau ada yang merayu-rayu supaya tidak berbuat demikian, mereka tidak akan meletakkan jawatan.
Sekurang-kurangnya mereka tidak malu untuk kekal dalam jawatan yang dipegangnya selama ini. Mereka ada alasan kukuh. Katanya, ahli tidak izin, kehendak ahli harus diutamakan. Inilah mainan politik pemimpin masa kini. Nama ahli digunakan sewenang-wenangnya untuk mempertahankan diri.
Sedangkan sebelum ini, suara ahli, rungutan ahli dan teguran ahli tidak pernah diendahkan. Kalau ada yang lantang menegur, mereka dituduh pembelot dan menderhaka. Dalam laporan yang dihantar ke peringkat pusat atau negeri menyatakan ahli berkenaan diambil tindakan kerana memihak kepada pembangkang.
Ini yang berlaku di peringkat akar umbi di seluruh negara. Nasihat atau pandangan ahli yang mempunyai formula untuk mengukuhkan parti tidak didengar. Tidak dilayan. Malah dengan sombong dan bongkak pemimpin itu bertanya, "Siapa kamu hendak mengajar aku?"
Hasil daripada sikap ego, alpa dan cuai segelintir pemimpin, inilah yang berlaku kepada UMNO dan diri sendiri. Orang lain bergelar Yang Berhormat, kita pula terpaksa berputih mata dan menanggung kesal tidak sudah.
Tidak adil rakyat dipersalahkan dengan kekalahan BN. Undi rakyat berpindah kepada pembangkang baru-baru ini bukan kerana mereka menyokong atau mahu mengubah selera, tetapi mereka hendak memberi pengajaran kepada pemimpin berkenaan.
Mereka tidak mempunyai cara lain lagi untuk memberi kesedaran, melainkan memangkah calon pembangkang. Walaupun hakikatnya, berat hati hendak berbuat demikian. Tetapi apakan daya, itu sahaja kaedah terbaik untuk mengajar dan memberi kesedaran kepada pemimpin ego yang mudah lupa diri.
Untuk menyelamatkan UMNO. Demi keutuhan parti Melayu pada masa akan datang. Wajar mana-mana pemimpin yang merasakan dirinya tidak lagi sesuai atau gagal menerajui parti, meletakkan jawatan. Tidak perlu lagi bersandiwara atau hendak ‘test line’ atau ‘test market’. Masa untuk berdrama sudah habis.
Sekarang bukan masanya untuk 'sedia letak', tetapi adalah masa terbaik untuk 'terus letak'.
- Manzaidi
Sinar Harian 03 Mei 2008 / ms N6
Artikel Malaysia Today mengenai Altantuya:
Kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri:-
Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu kenyataan kepada pengendali laman web Malaysia Today untuk menafikan berbagai dakwaan dalam artikel di bawah tajuk "Let’s Send Altantuya’s Murderers To Hell" yang disiarkan di laman itu pada 25 April lalu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Sri Rosman Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.
Menurut kenyataan bertarikh 29 April yang ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Berikut ialah kenyataan penuh itu:
1. Saya ingin merujuk kepada rencana yang disiarkan pada laman web tuan di bawah tajuk "Let’s Send Altantuya’s Murderers To Hell" pada 25 April yang lalu. Untuk makluman pembaca laman web tuan, saya membuat kenyataan ini untuk menjelaskan perkara sebenar, memandangkan ada sindiran-sindiran dan juga komen-komen yang tidak berasas yang dilontarkan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
2. Artikel tersebut menuduh bahawa kononnya Timbalan Perdana Menteri dan isterinya ada kaitan dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia; bahawa kononnya Timbalan Perdana Menteri pernah menyokong permohonan visa wanita itu; bahawa kononnya rekod imigresen wanita itu telah sengaja dihapuskan dan kononnya ada gambar yang dirakamkan (menunjukkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya) bersama dengan wanita Mongolia itu. Kesemua kenyataan ini merupakan kenyataan pandang-dengar (hearsay) yang tidak pernah dibuktikan, tetapi pihak tuan sewenang-wenangnya menyiarkan kenyataan seperti itu seolah-olah ianya fakta dan menjelaskan pendirian pihak tuan dengan menyebut "kami juga telah melaksanakan perbicaraan kami sendiri di mahkamah pendapat umum dan kami telah mencapai keputusan kami sendiri."
3. Rencana berkenaan juga menggambarkan seolah-olah penyiasatan polis dalam kes ini penuh kelemahan dan kecacatan serta proses perundangan berkaitan kes ini juga dikompromi dengan tujuan menyembunyikan pesalah sebenar dalam kes itu. Gambaran ini pihak tuan nyatakan dengan ayat "show trial in the Kangaroo Court" dalam rencana terbabit. Walaupun pada hakikatnya tuduhan-tuduhan dalam kes ini adalah tertakluk dalam bidang kuasa polis dan institusi kehakiman, Timbalan Perdana Menteri berhak untuk mengulangi pendiriannya dalam "mahkamah pendapat umum" ini bahawa beliau tidak pernah kenal, malah tidak pernah bertemu dengan mangsa dalam kes bunuh ini. Maka segala tuduhan-tuduhan liar yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri , sama ada secara langsung atau secara sindiran, adalah tidak lain dan tidak bukan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Timbalan Perdana Menteri pada mata rakyat Malaysia.
4. Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes Altantuya bahawa konon-kononnya si mati pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama "Najib Razak" tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti. Dakwaan kononnya ada gambar si mati dengan Razak dan Timbalan Perdana Menteri juga tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak melainkan gambar rekaan yang terbukti palsu serta dibuat dan dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. Jika benar gambar seperti yang didakwa itu wujud, mengapakah ia tidak dibawa ke dalam perbicaraan kes bunuh itu sebagai bahan bukti? Apakah "gambar" yang ghaib itu hanya boleh dijadikan bukti dalam "mahkamah pandangan umum" yang disebut dalam rencana itu?
5. Butiran kes, mengenai penglibatan Razak Baginda dan dua anggota polis yang dituduh, akan terungkai sepenuhnya dalam perbicaraan kes ini. Saya ingin menyatakan di sini bahawa dakwaan kononnya kes pembunuhan Altantuya ini pula bersangkut paut dengan pembelian kapal selam oleh Kerajaan Malaysia adalah tidak berasas sama sekali dan dakwaan itu dibuat semata-mata untuk menjadikan dongengan yang timbul sekitar kes ini lebih menarik.
6. Dato Seri Najib sekian lama menahan dan mengelak dari membuat sebarang kenyataan tentang kes ini kerana ia melibatkan tuduhan terhadap individu-individu yang beliau kenali. Sebarang kenyataan daripada beliau sudah tentu mengundang pelbagai tafsiran atau dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah, memandangkan perbicaraan kes itu sedang berlangsung. Suka diingatkan di sini bahawa pernah berlaku dalam sejarah negara ini, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa apabila beliau cuba menutup penyiasatan salahlaku seksual terhadap dirinya.
7. Seperti yang dinyatakan sendiri oleh tuan dalam rencana itu, ada isu berkaitan "subjudice" dan penghinaan mahkamah, apabila membincangkan kes ini secara terbuka. Semua pihak, termasuk Dato Seri Najib, rakyat Malaysia, dan juga pelawat asing yang berada di Malaysia perlu menghormati undang-undang dan peraturan negara ini dan dalam konteks kes ini, menghormati undang-undang dan peraturan tersebut bermaksud tidak membuat pelbagai spekulasi atau kenyataan tentang kes yang sedang dibicarakan. Justeru, amatlah tidak adil tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas berkaitan perkara yang sebegitu serius dilemparkan sewenang-wenangnya terhadap Timbalan Perdana Menteri bagi tujuan menjatuhkan maruahnya pada pandangan umum.
8. Dalam rencana tuan, ada disebut "hal ini bukan hal politik dan tidak harus diuruskan sebagai hal politik". Timbalan Perdana Menteri amat bersetuju dengan pandangan ini dan berpendapat bahawa kes ini perlu mendedahkan kebenaran, dan diselesaikan dengan seadil-adilnya. Namun begitu, jelas sekali ada pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar untuk Altantuya. Sebaliknya mereka hanya berminat dengan aspek politik kes Altantuya ini. Harapan saya agar pembaca-pembaca laman web tuan dapat membezakan antara apa yang benar, separuh benar, dan apa yang sebenarnya pembohongan dan penipuan yang nyata. Maklum sahajalah, seseorang ahli politik itu diadili di "mahkamah pandangan umum".
9. Akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini bahawa memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Terima kasih.
Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Perdana Menteri
29 April 2008

Dunia bagai wanita tua terbaring nazak menunggu ajal
H Fansuri
Kalau tidak salah saya, Buletin Utama pada Khamis lalu (24 April) telah menyiarkan satu laporan mengenai keadaan cuaca dan perubahan iklim di Semenanjung Tanah Melayu. Ia memberi laporan bahawa seluruh kawasan Pantai Timur akan terkena tempias perubahan cuaca dan ketidakstabilan iklim yang berlaku baru-baru ini.
Ada laporan akhbar yang menulis bahawa sekarang ini, hampir semua lautan di dunia kini berhadapan dengan masalah yang akan menjejaskan kehidupan manusia pada masa depan jika usaha tidak dilakukan untuk menanganinya mulai sekarang.
Menurut suatu kajian, antara kawasan laut yang paling teruk terjejas termasuklah Laut Utara, Laut China Selatan, Laut China Timur, Laut Caribbean, Pantai Timur Amerika Utara, Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi, Laut Bering dan Lautan Pasifik Barat. Bagaimanapun, kawasan yang paling kurang terjejas ialah berhampiran kutub.
Tahun lalu, ada laporan menyebut bahawa ibu kota Thailand, Bangkok bakal tenggelam dalam tempoh 15 tahun bermula sekarang. Dalam kalangan insan yang arif, ‘terus mata’ dan menurut sahibul riwayat, kota yang banyak mengundang padah dan masalah terhadap penduduk Melayu Muslim di Selatan Thai itu akan tenggelam dalam 15 bulan saja lagi!
Sudah tentu lautan yang akan menenggelamkan Bangkok. Hal yang sama berlaku dengan legenda tenggelamnya bandar Atlantis, kerajaan di Tasik Chini, Pahang, kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar, bangsa yang tenggelam di bawah Laut Mati serta lain-lain kerajaan yang pernah ditenggelamkan Tuhan.
Pun begitu, ada juga legenda yang menyebut Gunung Keriang pada asalnya sebuah pulau. Paras laut kemudiannya menurun sehingga wujud pendudukan manusia baru di situ. Dan, apabila paras laut surut dalam tempoh yang lama, pulau Keriang digelar sebagai gunung.
Laut amat penting kepada manusia. 70% isi bumi adalah lautan dan 30% adalah daratan. Ertinya, laut ada kemampuan untuk surut membentuk kerajaan, negara baru dan ada masa pula paras laut akan naik meningkat lalu menenggelamkan kedaulatan kerajaan lama.
Tubuh kita berasal daripada dunia ini. Ertinya, peratus air dalam tubuh lebih banyak dari daging di tubuh kita. Air di bumi yang diminum bertukar menjadi darah dalam tubuh lalu makanan yang dicerna tercerna menjadi zat-zat protein yang bergabung menjadi bahagian daripada daging yang membalut tulang rangka kita. Demikianlah proses kehidupan.
Sakit di kulit tubuh kita adalah sakit di kulit bumi. Kulit dunia yang cedera, disiat pembangunan adalah seperti yang kita rasakan. Air sungai yang kotor bagaikan darah kita yang dicemari toksin yang dimakan daripada makanan segera atau makanan yang di sembur racun buatan manusia.
Makanan pada zaman dulu, tiada unsur-unsur perubahan ini di mana segala isi kandungan genetiknya sekali pun telah pun diubah.
Dunia yang dihuni pada hari ini sebenarnya tidak wujud seperti yang dilihat pada hari ini. Perubahan iklim cuaca yang menyebabkan manusia, kerajaan berpindah randah mencari penempatan baru. Kemarau yang melanda menyebabkan sesuatu puak akan bergerak bagi mencari penempatan baru bagi meneruskan penghidupan. Bersambung....

Jumaat, 2 Mei 2008
Teori konspirasi jatuhkan Najib di sebalik kes raba bekas menteri?

Oleh: Mohd Rashidi Hassan
Kes membabitkan seorang bekas menteri yang didakwa meraba seorang pelayan di kedai menjual cigar (cerut), yang dikatakan berlaku di Kelab Havana, pada 14 April lalu mungkin tidak harus dilihat dari aspek moral dan jenayah semata-mata.

Ia harus dilihat daripada perspektif yang lebih besar daripada itu. Barangkali ianya ada unsur sabotaj atau ada teori konspirasi terbabit dan mungkin ada character assasination berlaku.
Jika ia unsur sabotaj atau teori konspirasi, ia membabitkan siapa dan untuk apa ia dilakukan? Akhbar, The New Straits Times, 1 Mei 2008 dipetik melaporkan ‘Police want ex-minister to be charged’ jelas menyatakan polis telah memberikan rekomen untuk mendakwa bekas menteri terbabit.
Laporan yang sama dinyatakan oleh media rasmi kerajaan, Bernama. Laporan itu menyebut bahawa menteri terbabit akan didakwa di bawah Sekyen 354 Penal Code, yang boleh disabitkan dengan hukuman sehingga 10 tahun penjara, denda serta sebatan.
Kes terbabit timbul pada 18 April lepas, apabila wanita berusia 30-an membuat laporan polis bahawa bekas menteri itu merabanya di sebuah kedai menjual cerut di sebuah hotel terkemuka di KL Sentral. Bagaimanapun lima hari selepas itu, wanita yang berbangsa Melayu itu, menarik balik laporan polis dan mendakwa laporan itu dibuat kerana salah faham.
Wanita itu juga mengakui bahawa beliau dan ahli politik berkenaan adalah kawan yang sudah lama dikenali.
Persoalannya yang timbul sekarang, jika ahli politik berkenaan sudah lama dikenali sebagai kawan, mengapa kejadian seumpama itu boleh berlaku sekarang (didakwa berlaku pada 14 April)?
Atau kemungkinan kemesraan sebagai kawan disalah ertikan sebagai ‘mengambil kesempatan’ atau mungkin wujud desakan pihak tertentu yang mengatur plot rancangan bagi ‘mengenakan’ ahli politik terbabit? Kelab Havana, merupakan ‘pot’ atau tempat berhimpun elit yang terkenal bagi puak-puak VIP sama ada terdiri daripada orang politik atau orang berniaga (politician and businessman).
Hotel tempat kejadian berkenaan dikatakan, bukan sahaja menjadi tumpuan bekas menteri berkenaan, malah menteri-menteri kabinet, malah ada sumber mendakwa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sering berada di situ.
Sewaktu kejadian, difahamkan bekas menteri berkenaan bukan keseorangan, terdapat ramai rakan-rakannya ada bersama, berada di tempat terbuka dan turut sama di situ ada anggota keluarga Perdana Menteri. Ada sumber mengatakan pada mulanya wanita Melayu berkenaan enggan membuat laporan polis kerana menganggap tindakan ahli politik yang sudah lama dikenali itu sebagai gurau biasa seorang kawan.
Bagaimanapun, laporan dibuat selepas empat hari kejadian berlaku, akibat desakan teman lelakinya yang berbangsa Cina yang dipercayai bertindak di atas sokongan pihak tertentu. Sumber mendakwa, wanita berkenaan ‘digunakan’ oleh teman lelakinya yang rapat dengan seorang ahli perniagaan, yang ada hubungan erat dengan ahli politik dari keluarga PM.
Persoalan yang ditimbulkan di sebalik kes
Pelbagai andaian boleh wujud rentetan daripada insiden ini. Pertamanya, mengapa selepas wanita berkenaan menarik balik laporannya, polis tetap bertegas meneruskan siasatan dengan memanggil bekas menteri itu ke balai.
Kedua, bagaimana laporan hasil siasatan polis yang seharusnya dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara (AG) seharusnya confidential boleh diketahui pihak media, khususnya Bernama dan NST? Ada sumber memberitahu, sebaik laporan disiarkan, polis memanggil wartawan berkenaan ke balai untuk mengetahui bagaimana dokumen sulit yang boleh dikategorikan sebagai di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) boleh terlepas ke tangan media.
Sebaliknya, jika laporan itu tidak betul, atau tidak berlaku permintaan polis kepada AG untuk bekas menteri itu didakwa, apakah tujuan laporan berkenaan dibuat? Siapakah yang berada di belakang Bernama dan NST atau media lain, yang mahu memastikan berita tersebut disiarkan?
Mengapa Bernama sebagai media rasmi kerajaan, seolah-olahnya ‘berusaha’ memalukan bekas menteri berkenaan dan bagaimana wartawan terbabit boleh memastikan arahan pendakwaan sudah dibuat? Juga bagaimana NST selaku media milik UMNO, boleh menghentam dan memalukan Ahli Parlimennya sendiri, yang turut merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO?
Dan apakah tujuannya bekas menteri berkenaan dijatuhkan hukuman di atas sesuatu perkara yang belum dipastikan pengesahannya? Tidakkah pihak berkenaan memikirkan, jika pendakwaan tidak wujud, anggota keluarga, isteri dan anak-anak ahli politik berkenaan sudah pun menanggung malu?
Kes jenayah yang dipolitikkan wujud dalam kerajaan dan UMNO
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah mengalami peristiwa yang amat pahit dalam hidupnya sepuluh tahun yang lalu. Kes membabitkan bekas menteri ini, jika dibandingkan tidak sampai pun 10 peratus daripada bebanan kes yang ditimpakan terhadap Anwar.

Persoalannya bukan soal perbandingan kecil atau besarnya sesuatu kes. Sebaliknya ia menunjukkan, kes-kes jenayah yang didakwa ke atas ahli-ahli politik, kemungkinan besar wujud teori konspirasi. Kes ini menimbulkan keraguan kemungkinan wujudnya agenda politik dan politiking dalaman UMNO yang semakin runcing selepas penolakan besar rakyat terhadap UMNO/Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.
Sehingga kini, pemimpin serta parti komponen BN sering bercakaran dan tuduh menuduh sesama sendiri.
Dalam UMNO pula, kecaman, desakan dan pelbagai tekanan dikenakan terhadap Presiden mereka, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa punca utama penolakan rakyat.

Di sebalik tekanan yang hebat terhadap Abdullah, beliau tetap kelihatan bersahaja, dan menegaskan pendirian untuk terus mengekalkan jawatan sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu Disember ini. Secara khususnya gelombang besar yang wujud dalam UMNO untuk menolak Abdullah, jelas menunjukkan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengganti Abdullah.
Abdullah tidak ada pilihan. Dalam suatu pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN, Abdullah mengumumkan Najib adalah penggantinya dan peralihan kuasa akan dibuat. Bila dan bagaimana, tidak Abdullah nyatakan.
Walaupun Abdullah sudah membuat perakuan bahawa Najib adalah penggantinya, apakah ianya boleh dipercayai oleh ahli-ahli UMNO?

Lebih sepuluh tahun dulu, PM ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun), turut bercakap berulang kali kepada media bahawa Anwar adalah penggantinya.
Namun, sejarah membuktikan bahawa janji-janji PM dan Presiden UMNO itu tidak boleh dipakai. Anwar yang diuar-uarkan sebagai pengganti PM, dipecat, didakwa, dipukul, di penjara dan dijatuhkan hukuman dengan cara yang amat mengaibkan.
Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan November 2004 mendapati beliau tidak bersalah, namun kata nista dan pertuduhan yang amat dahsyat ditanggung beliau serta keluarga sejak tahun 1998, tiada siapa yang dapat membayar betapa mahal harganya sebuah maruah diri.
Hakikat daripada kes-kes yang berlaku, menunjukkan demi mempertahankan jawatan dalam UMNO, semua kemungkinan akan berlaku. Dalam kes membabitkan bekas menteri tersebut secara spesifik, beliau dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Najib.
Kedudukannya bukan sekadar sahabat, tetapi dikatakan salah seorang think-tank Najib, sama seperti Abdul Razak Baginda yang didakwa atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Sekarang ini media milik kerajaan dan UMNO sudah melayan wakil rakyatnya sendiri seperti anggota pembangkang, tekanan demi tekanan dibuat menjadikan beliau seolah-olahnya ‘pelarian politik’.
Menjelang pemilihan UMNO nanti, mungkin lebih banyak kes-kes seumpama ini akan berlaku, jatuh menjatuhkan, cemar mencemarkan akan terus berlaku dalam UMNO. Pergaduhan dan perebutan jawatan dalam UMNO nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi. UMNO dan BN adalah seumpama sinking boat yang hampir karam.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...