Isnin, 22 Jun 2009

'Jangan ajar rakyat Kelantan'

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 21 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

Beliau berkata, lebih melucukan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa UMNO supaya memohon maaf kerana menindas rakyat negeri itu.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?

"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.

"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai angkuh apabila sanggup bersemuka dengan mana-mana parti bagi membincangkan hak-hak rakyat Malaysia.

"Adakah Guan Eng ingin hak kaum lain disamakan dengan kaum Melayu dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu?

"Jika ingin membincangkan perpaduan rakyat masih boleh terima, tetapi jika ingin membincangkan hak rakyat, itu sudah agak biadap kerana hak setiap rakyat sudah dijamin Perlembagaan dan tidak perlu dipertikaikan," katanya.

Mustafa, tak minat bincang sekarang atau selama2nya?

Oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com


Ke mana gamaknya ustaz Nash (Nasharuddin Mat Isa) membawa diri. Entah merajuk atau saja nak buat suspen supaya serata Malaysia cari dia.

Sampaikan habis satu bangunan Parlimen wartawan cuba jejakinya, tapi sampai sekarang tiada yang tahu.

Ada juga bisik-bisik yang mengingatkan saya cerita lama tentang adanya wakil rakyat yang dikatakan tiba-tiba hilang dan putus hubungan dengan pemimpin parti sendiri.

Ada yang sampai seminggu tak dapat dihubungi, tapi tup-tup dia keluar berjalan seiring dengan pemimpin parti lain, dengan selamba bongoknya menjelaskan bahawa dia sudah masuk "seberang".

Cerita ini tercatat dalam sejarah politik negeri Perak.

Ini satu lagi halnya dengan SU Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Lagu mane gamok kalu demo dok senyak toksoh suare. Ni lagi banyok mun kecek... lagi kucar Pas.

Mun bukang tok tau puok kito dalang Pas tengoh pakak nok cari jalang nok tunjuk ke mun jalang keluar, biar mudoh mun nok jijok pintu Umno.

Awang Mus sekapal dengan Hadi, tak de yang boleh nafi lah. Tapi bila dia buat kenyataan berikut, nampak sangat dia ni jadi gigi dan lidah kepada angkatan kerajaan perpaduan.

Cuba baca betul-betul kenyataan dia yang disiarkan MStar Online.

"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan pagi ini.

Kenyataan terbaru ini dikeluarkan tiga hari selepas Mustafa mengumumkan bahawa Pas bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Umno-BN jika ia disertai bersama dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Anda faham tak apa maksud sebenarnya? Satu lidah sebut "Pas tak berminat sama sekali bincang dengan Umno", tapi dua baris giginya pula pada akhir kenyataan itu sebut "Buat masa ini".

Jauh menyimpang tuh keserasian dua ayat tersebut. Kalau dah tak berminat langsung, memang tertutuplah pintu niat, tak ada apa yang boleh bincang pun dan tak perlu pun tergerak untuk bincang.

Tapi yang ayat akhir (maksud "bukan waktu ini") tu pulak membuktikan sekarang bukan masa sesuai untuk bincang pasal perkara ini dah jadi isu hangat yang menyebabkan gelegak gila dalam Pas.

Kalau dimaksudkan "bukan waktu ini", bermakna "waktu lain", bila keadaan reda bolehlah kita bincang secara senyap-senyap, dalam hotel lima bintang memang takde sapa yang tau.

Oklah, kita nantikanlah bila "waktu lain" yang dikatakan sesuai itu.

Pas...Pas... kesian sengoti Setiausaha mun ni.. dohlah bos die senyak, budak Nash pulok macang hilang tok jumpe cari.

Rabu, 17 Jun 2009

Orang Pas kata UMNO bobrok

Tulisan: AZIZI ABDULLAH
bypass308.blogspot.com

Orang Pas kata kepada UMNO, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekor. Ertinya kebobrokan UMNO, kotor dan kelam kabutnya UMNO adalah kerana pemimpin.

Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau UMNO kata bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?

Memang pun bisul tidak seperti ikan busuk yang bermula di kepala. Bisul boleh muncul dan bernanah di mana-mana, hatta di kepala yang memakai serban.

Saya di antara pengikut dan ahli Pas sejak berusia 14 tahun yang berkempen waktu itu sampai kena baling telur ayam kemuruk. Pemimpin yang saya ikuti dulu semua berserban, berketayap putih.

Semua bermatlamat satu, berjihad menegak agama Allah dengan motto; Negara yang baik yang mendapat keampunan Allah.

Kini setelah 56 tahun hidupnya Pas, serangan demi serangan terhadap Umno diteruskan. Dikatakan Umno berkepentingan duniawi, rasuah, tidak adil, kepentingan pribadi, mengaut kekayaan, bertokak sama sendiri, melarikan wang, melarikan perempuan, banglo besar, kereta besar, munafik malah sampai kepada taghut, maha firaun dan lain-lain.

Apabila kemasukan cerdik pandai, peguam, profesor dan lain-lain ahli profesional ke dalam Pas, maka sedikit sebanyak nampak semacam sedikit tergugat golongan ulama. Lalu mereka pun bangkit dengan memberi alasan betapa ulama sebenarnya penting dalam perjuangan Pas.

"Jangan tinggalkan kami," kata mereka.

Memang satu ketika dulu golongan profesional tidak ada tempat dalam Pas. Tetapi kini ulama pula nampak macam tergugat. Seperti dibimbangi akan ujud satu fenomena baru di mana Pas akan dikuasai oleh golongan profesional.

Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah. Ia tidak bersifat profesional keagamaan.

Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.

Maka apabila dilihat golongan profesional ini semakin ramai, kemungkinan satu ketika lubang-lubang jawatan di dalam parti akan dimasuki oleh golongan profesional, lalu timbul tanda tanya, ke mana hendak pergi golongan ulama?

Di Pinggir Neraka?

Sebenarnya, sebelum ini pertanyaan patut dikemukakan: Mengapa harus ada golongan ulama dan profesional? Dalam satu jamaah Islamiah, bagi saya tidak penting adanya ulama dan profesional.

Jamaah Islamiah yang mengambil politik sebagai landasannya dan sebagai dasar perjuangan ke arah jihad, apa pentingnya membahagi kepada dua kategori? Apakah ulama itu lebih baik dari profesional? Apakah gologan profesional, ilmu mereka tidak berguna? Apakah profesional tidak ada aqidah?

Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.

Kemunculan golongan profesional menjadikan sebahagian besar ulama merasa fobia. Sehingga ada kawasan dan negeri sangat mencurigai hendak melantik golongan profesional menjadi pemimpin. Kemudian apabila tiba muktamar tahunan, hal ini pun ditimbulkan.

Akibatnya bergemalah puak profesional dan ulama. Ada yang meragui dan berkata, profesional saja tidak memadai dalam perjuangan Pas dan ulama juga tidak memiliki kecekapan dalam petadbirannya.

Wadah Pas ialah perjuangan dan dakwah, satu wadah yang meletak dasar tertinggi Al-Qur`an dan Hadis, Ijmak dan sebagainya. Mereka yang memasuki Pas ialah mereka yang yakin dengan dasar ini.

Apabila seorang jurutera yang belajar bertahun-tahun, apakah ia seorang komunis atau athis ketika ia memohon menjadi ahli Pas dan perlukah kita bertanya, pengajian agama kamu setinggi mana? Tidak pernah terjadi, sebaliklnya kita berbangga.

Begitu juga kita berbangga sekarang ini bilamana ramai mereka yang bukan Islam, terutama golongan Cina yang sudah mulai mendekati Pas.

Malangnya Pas yang dianggap kepimpinan ulama tidak pernah mengambil kata putus bagaimana kaedah untuk menerima mereka. Yang dilakukan ialah satu rancangan yang tidak disukai ramai, iaitu ‘Pemerintahan perpaduan.’

Kita hairan tentang gagasan yang tidak diterima ramai ini. Ada jalan atau uslub membolehkan Pas menjadi kuat dengan sokongan bukan Islam, tiba-tiba mahu melakukan sesuatu yang dibenci oleh ramai orang.

Pas tidak pernah belajar sejarah. Kaedah apa yang dipakai, jika dulu, kini dan selamanya Umno dianggap musuh, tiba-tiba presidennya pula menganggap, di sanalah jalan perpaduan.

Apa Kayu Ukur Ulama?

Maka bergema dan berkumandanglah di media bagaimana pentingnya perpaduan tetapi malang Pas melalui pucuk pemimpinnya tidak sedar, setiap rancangan yang disiar, Pas menjadi batu loncatan, Pas diperbodoh dan Pas dimomok-momok.

Atas nama ulama, kita diajar sangka baik. Maka apapun tohmahan dan senda, kita menerimanya.

Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal. Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama?

Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagau Sunnah Nabi.

Maka sebab itu Pemuda dengan senang hati menerima Hasan Tantawi, kerana ia 100% berwatak ulama. Tetapi apakah ukuran ini, termasuk keluar dari universiti agama atau lulus syariah maka ia harus kita lebalkan sebagai ulama?

Apapun yang terkesan sekarang, kita tersangat cepat melebalkan ulama terhadap seseorang yang pulang dari Mesir atau Timur Tengah dari seorang PhD agama di UKM atau di UIA.

Inilah satu tanggapan yang silap. Sehingga kini orang Pas tidak mengakui Tan Sri Hamid Othman, Nakhaie, Noh Gadot dan terakhir Hj Hairussani yang baru menerima anugerah Tan Sri sebagai ulama. Malah mufti-mufti sendiri bagi Pas, hanya Dato’ Ishak Baharum sahaja yang diakui ulama.

Inilah kesilapan kita.

Ulama Bukan Penghurai Masalah?

Maka atas kepercayaan ulama mempunyai bidang tersendiri, apabila ulama melakukan sesuatu, atau melontarkan idea sesuatu yang bersifat sekular, bersifat keduniaan maka orang tidak berapa ambil peduli hendak mempertikaikan, menolak atau menyanggah.

Sebaliknya jika golongan profesional yang ingin melakukan sesuatu yang bersifat agama ia dipertikaikan.

Ulama mestilah berhati-hati dan tidak boleh memandai-mandai dalam semua hal atas status ulamanya. Di awal tadi telah dikatakan, kebanyakan ulama ialah mereka yang hanya mampu dan bijak mentafsir dasar, bukan menjalankan dasar.

Mereka mampu menghurai syarah dan tafsir Qur`an juzuk demi juzuk, tetapi mereka belum tentu mampu melaksanakan mengikut tafsir itu. Mereka mampu melihat isu dan masalah tetapi mereka bukan penghurai masalah.

Maka kerana itu, ulama yang sudah berada di peringkat atas, ia mestilah bijak mengawasi dasar dan ia perlu memelihara dasar, bukan mengubah dasar atau memandai-mandai menyimpang dari dasar.

Ingatlah, pemimpin ialah orang yang memelihara dasar, melaksanakan dasar tetapi bukan mengubah dasar, memandai-mandaikan dasar.

Kerajaan perpaduan

Presiden Pas, dalam ingatan saya sudah membuat percubaan pertama bagaimana hendak merealisasi ‘kerajaan perpaduan’ tetapi ia disanggah oleh ramai ahli dan pemimpin. Maka selepas muktamar beliau mengulangi lagi dan mencari celah dan ruang untuk menerangkannya.

Tetapi Presiden ini lupa dan tidak nampak bagaimana pengikut-pengikutnya melompat dan gelisah, bagaimana mereka menangis dan meraung sedih, menyumpah dan maki hamun kerana:

1. Itu bukanlah dasar Pas yang ditubuhkan sekian lama.
2. Apapun istilah, seakan nampak satu hambatan pelangi beberapa pemimpin Pas untuk duduk sama taraf dengan pemimpin Umno/BN.
3. Seakan nampak semakin hilang teras perjuangan Pas. Dinyatakan oleh mereka, perjuangan Pas bukan untuk menang bersama Umno/BN tetapi ialah perjuangan menegakkan dasar Pas itu sendiri dan mereka percaya dasar Pas akan diterima juga pada satu hari nanti.

“Apa untungnya mewujudkan ‘Pemerintahan Perpaduan?’ jika dengan Pakatan Rakyat sendiri kita sudah ada acuan perpaduan?”

Begitu yang lain bertanya pula.

Kelab Penyokong Pas bagi amaran

KURANG AJAR: KPP KELANTAN MINTA YANG SOKONG KERAJAAN PERPADUAN SUPAYA MASUK UMNO http://bypass308.blogspot.com/2009/06/kurang-ajar-kpp-kelantan-minta-yang.html

Oleh: 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

Kelab Penyokong Pas Kelantan bukan setakat beri warning kat puak yang sokong kerajaan perpaduan (terutamanya Hadi dan Nash, walau tak sebut nama) supaya jangan turun berkempen di Manik Urai, takut pengundi keliru katanya.

Rupa-rupanya, Kelab Penyokong Pas Kelantan membuat kenyataan yang lebih kedepan iaitu mendesak puak Pas yang sokong kerajaan perpaduan ini supaya masuk UMNO terus.

Ini sudah kira melampau-lampau dah, siapa sebenarnya di sebalik Kelab Penyokong Pas Kelantan (termasuk Kelab Penyokong Pas mana jugaklah).

Mulai sekarang Pas kena ambil tahu latar belakang puak ni, mana tau mafia ke atau agen BN bongok.

Jarang anak Melayu nak herdik orang tua macam ni (setahu saya puak Cina dan India pun tahu jugak hormat orang tua), tapi ini geng dari mana yang tak reti status diri, kancil nak telan gajah?

Kalau pun betul ada cadangan baik, bagitaulah ikut saluran betul, cakap sama pemimpin Pas lah, bukan cakap kepada reporter untuk siarkan seluruh negara, ni saje nak memalukan Pas ke apa?

Jangan terkejutlah kalau satu hari nanti, Kelab Penyokong Pas Kelantan desak Nik Aziz serah kerusi Menteri Besar kepada pemimpin kelab penyokong itu.

Kalaulah begini keberanian anak kecil menyergah bapa, alamatnya kena halau keluar rumah lepas ni. Buat perabis beras je kalau dok pelihara lagi.

Seperti tulisan saya semalam, saya nak sebut sekali lagi bahawa Kelab Penyokong Pas Kelantan hanya satu kelengkapan seperti aksesori buat Pas, adanya aksesori ini, maka Pas nampak segak sikit dan dapat sokongan bukan Islam.

Tapi kalau dibuang eksesori ni pun, Pas bukannya boleh lingkup pun. Sokongan bukan Islam terhadap Pas kini jauh lebih baik berbanding 70-an dulu, malah dalam Pas sendiri ada mualaf Cina yang boleh jalankan kerja seperti yang dibuat oleh Kelab Penyokong Pas Kelantan.

Kalau ambil kira kat Kelantan (setahu sayalah), orang Islamnya 96 peratus, yang bukan Islam baru 4 peratus.

Bukan kerja susah mana nak tarik mereka terus sokong Pas, takkan mereka tidak terima kasih dengan banyak patung gergasi taraf Asia Tenggara yang dibina di wat Siam.

Aktiviti di tokong Cina pula tak pernah digangggu Pas. Sepatutnya, pimpinan Pas kena bagi kata dua kepada Kelab Penyokong Pas Kelantan supaya jangan buat kenyataan yang bukan-bukan dalam kawalan mereka.

Kelab Penyokong Pas Kelantan kena ingat, mereka dan Pas hanya MoU, kerjasama tanpa ikatan hitam putih.

Oleh itu tak perlulah nak tunjuk pandai sampai naik belang. Orang Pas bukan bodoh nak ikut telunjuk Kelab Penyokong Pas Kelantan, Pas tahu apa yang baik untuk parti, lagipun kita tak tahu sama ada pemimpin dalam Kelab Penyokong Pas Kelantan ni dah diresapi orang MCA, MIC ke tak.

Mana tahu, dah seludup masuk dan buat kacau, ini bisa aje kerana masuk ahli pun bukan ada pendaftaran rasmi, pakai sebut je, kad ahli pun tadke.

Kira-kira organisasi haram jugaklah ni. So,dok diam-diam dah le, buat apa yang patut sebagaimana matlamat Kelab Penyokong Pas Kelantan ditubuhkan.

Nik Aziz suruh Nasharuddin masuk UMNO

LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO
http://bypass308.blogspot.com/2009/06/laporan-lengkap-nik-aziz-minta.html

laporan MEDIA BYPASS dari Kota Bharu
bypass308.blogspot.com

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus 'perjuangkan' kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nasharuddin berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah 'merosakkan' perpaduan Pas sebelum ini.

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan Nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa kerajaan perpaduan adalah boneka UMNO.

"Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka UMNO, jika benar Nasharuddin setuju, terus terang saya sebut... lebih baik dia masuk UMNO dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah... ini menyusahkan orang... biar dia masuk UMNO seorang.

"Saya banyak terima panggilan, dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk UMNO senang, lebih baik... daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa... tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea kerajaan perpaduan bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.

"Kerajaan perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat'"

"Jadi PR tidak tahu... Pas tidak tahu. Runding kerjasama pun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka UMNO," katanya.

Nik Aziz berkata, jika diwujudkan kerajaan perpaduan bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

Katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap.

"Kalau wujud kerajaan perpaduan, DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru," katanya.

Sehari bersama adik-adik SABK Al-Ummah



















HAMPIR satu bulan terima pelawaan. Akhirnya saya memenuhi hasrat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak untuk menganjurkan bengkel penulisan berita dan rencana.

Tanpa memikirkan tempat yang saya pergi itu jauh dan terpaksa mengambil cuti, saya nekad ke sana semata-mata untuk mencurahkan ilmu kewartawanan kepada adik-adik yang bersemangat untuk mempelajarinya.

Saya bangga kerana sebaik sampai di sekolah itu bersama Wartawan Sinar Harian Perak, saudara Ahmad Nor Izzat Awang pada jam 2 petang, seramai 21 pelajar yang juga ahli Sidang Ridaksi SABK Maahad Al-Ummah bersedia menunggu.

Saya dan saudara Izzat dibawa ke dewan sekolah. Walaupun dewan itu tidak berhawa dingin seperti tempat lain yang saya hadir, tetapi melihat kepada adik-adik yang bersemangat, saya tiba-tiba juga turut bersemangat.

Saya memulakan sesi bengkel itu dengan memberi penekanan kepada enam asas yang perlu ada dalam penghasilan sesebuah berita tidak kira untuk majalah ataupun surat khabar.

Seperti biasalah, enam asas itu ialah apa (what), di mana (where), bila (when), kenapa (why), siapa (who) dan bagaimana (how) bagi melengkapkan sesebuah berita.

Lagi bertuah apabila saya dapat mengenali lebih dekat anak kepada pelakon, aktivis teater dan penggiat seni disegani tanah air, Mior Hashim Manap.

Anaknya, adik Mior Mohamed Imran adalah Ketua Editor Majalah Al-Hadharah sekolah itu. Saya sempat berbual-bual dengannya dan dia ternyata bersemangat dalam bidang penulisan dan mempunyai jiwa seni.