SHAH ALAM - Pihak pendakwaan semalam, mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya berdasarkan penemuan DNA milik mangsa-mangsa pada barang-barang kes.
Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank, Noorhisham Mohammad pada kayu kriket dan DNA peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.
Dua pekerja ladang Pathmanabhan, U. Suresh dan T. Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R. Khatavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa.
Kemuncak keterangan itu, Suresh dan Sarawanan akan memberi keterangan mengenai peranan setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T. Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.
Suresh dan Sarawanan sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir.
Ishak dalam ucapannya memberitahu, antara saksi yang akan memberi keterangan termasuk Erni Dekritawati Buhari, anak Sosilawati.
Erni akan memberi keterangan berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada Sosilawati bertulis: "Jangan bagi Kamal masuk rumah, jika datang hubungi Bisah dia ambil gambar mak."
Selasa, 5 Julai 2011
PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 2: Suami mahu selamatkan Sosilawati
Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Isteri kepada pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad yang mati akibat dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya mengakui bahawa dia marah dengan tindakan suaminya mahu membantu jutawan kosmetik itu sehingga sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari.
Suzana Radin Pangat, 39, memberitahu, Noorhisham menghubunginya selepas berbuka puasa, iaitu kira-kira pukul 8 malam, 30 Ogos 2010 memaklumkan beliau mahu menyelamatkan Sosilawati yang menerima ugutan 'gambarnya dalam keadaan tidak elok' mahu disebarkan oleh pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin atau dikenali sebagai Kamal.
Suara Suzana yang dipanggil selaku saksi pendakwaan kelapan di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, kemudiannya tersekat-sekat kerana menahan sebak semasa diminta mengimbas kembali perbualan terakhir mereka.
"Dia beritahu dia dan Kamil (peguam Ahmad Kamil Abdul Karim) mahu membantu Sosilawati. Dia minta saya faham dan minta maaf banyak-banyak pada saya. Dia kata akan balik dalam masa tiga hari dan akan ceritakan apa yang berlaku.
"Saya tanya dia di mana tapi dia tidak jawab dan terus matikan telefon bimbit. Dia seperti mahu cepat kerana saya tanya dia berbuka di mana pun dia tidak jawab," kata Suzana pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Wanita bertubuh tinggi lampai itu menambah, kelakuan suaminya sangat berbeza kerana sudah menjadi kebiasaan untuk mangsa menjawab soalannya, selain akan memaklumkan jika akan pulang lewat atas urusan kerja atau berjumpa pelanggan.
Suzana dan Noorhisham berkahwin pada 20 Oktober 1995 dan dikurniakan tiga orang anak.
Dia yang bekerja sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat Bank CIMB di Jalan Raja Laut juga memberitahu, dia telah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Noorhisham kira-kira lima hingga 10 minit selepas talian diputuskan kerana berasa marah.
"Saya hantar SMS berbunyi kenapa dia sanggup bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak. Dia ada hubungi saya semula, tapi saya tidak jawab kerana saya marah," katanya.
Pada keterangan lain, Suzana memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan Noorhisham adalah pada pagi hari mangsa dilaporkan hilang, iaitu semasa suaminya menghantarnya ke pejabat pada pukul 8 pagi.
Semasa itu, Noorhisham memakai baju korporat CIMB Bank Islamik yang berwarna hijau dan memakai jam tangan Longiness yang diterimanya pada tahun 2008 atas pencapaian cemerlang daripada CIMB Bank.
Suzana yang dapat mengawal emosinya sepanjang perbicaraan bagaimanapu gagal menahan esakan apabila diminta oleh Ishak untuk mengecam jam tangan terbabit.
Dia mengambil masa beberapa minit untuk membelek-belek jam berwarna perak itu sebelum menundukkan kepala dan menangis sambil merenung jam itu. Seorang jurubahasa mahakamah kemudiannya menghulurkan tisu kepada saksi.
Hakim Datuk Akhtar Tahir bertanyakan kepada Suzana jika dia memerlukan masa untuk berehat, tetapi Suzana tetap bertegas mahu meneruskan keterangannya.
Pada keterangan lain, Suzana memberitahu Noorhisham telah menghubunginya pada sekitar pukul 4 petang, 30 Ogos 2010 bagi memaklumkan bahawa dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil berhubung urusan perniagaan Sosilawati.
Katanya, sejak daripada itu, suaminya tidak pernah pulang ke rumah serta tidak menjawab panggilan telefon semasa bersahur pada pukul 3 pagi, 31 Ogos 2010 menyebabkan dia membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Suzana sedang memberi keterangan terhadap peguam N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T.Thailayangan, 21; R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; Noorhisham, 38; Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.
Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, perbicaraan pada hari kedua juga menyaksikan anak keempat Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari, 22, dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-11 bagi mengesahkan dua laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Dang Wangi bertarikh 31 Ogos dan 2 September 2010.
Katanya, laporan itu dibuat atas maklumat dan arahan kakak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana yang tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menjaga adik-adik yang lain di rumah.
Remaja tersebut yang bertanggungjawab menjaga cawangan syarikat Nouvelles Beauty Centre Sdn Bhd yang diusahakan oleh emaknya di Cyberjaya, dekat sini juga diminta untuk mengulas keperibadian Kamaruddin.
"Uncle Kamal (gelaran kepada Kamaruddin) mula bekerja dengan emak sejak tiga tahun yang lalu sebagai pemandu dan pembantu peribadi. Uncle seorang yang baik, suka berjenaka dan seorang yang mengambil berat," katanya.
Erni Erinawati Sofia yang memakai baju kurung dan bertudung merah jambu, dilihat mengelapkan air matanya semasa diminta oleh Ishak untuk mengecam gambar ibunya berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 2: Panggilan terakhir Kamaruddin
Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Kamaruddin Shamsuddin yang merupakan pemandu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya didakwa telah menghubungi anak saudaranya, Khairul Izwan Ismail dan memaklumkan bahawa dia berada di Banting, dekat sini pada hari dia dilaporkan hilang dan dibunuh.
Khairul Izwan, 30, yang merupakan seorang guru di Kuantan, Pahang memberitahu, panggilan tersebut diterimanya pada pukul kira-kira 5 petang, 30 Ogos 2010 dan mereka sempat bergurau dalam perbualan tersebut.
"Dia mahu tahu saya berada di mana kerana saya janji mahu tidur di rumahnya. Saya tiada saudara-mara lain di Kuala Lumpur, maka jika saya datang ke sini, saya akan tidur di rumahnya.
"Saya dari Johor dan pak cik beritahu untuk menghubunginya jika telah sampai di Kuala lumpur. Saya juga sempat bertanya dia berada di mana, dan dia beritahu di Banting. Kami juga bergurau dan kemudian dia matikan telefon," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff.
Suara saksi pendakwaan kesembilan yang perlahan juga beberapa kali ditegur oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir untuk menjawab soalan yang diajukan dalam nada suara yang kuat.
"Kamu seorang guru, sepatutnya suara kamu kuat untuk mengajar," kata Akhtar pada Selasa.
Menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon, saksi berkata, Kamaruddin mula bekerja dengan Sosilawati selepas ahli perniagaan yang berasal dari Johor itu bercerai dengan vokalis kumpulan Lefthanded, Nash.
Majeeet: Saya tidak tahu bila mereka bercerai? Siapa itu Nash?
Khairul Izwan: Sejak tiga tahun lalu.
Manjeet: Kamu tahu apa kerja yang dibuat oleh pak cik kamu dengan Sosilawati?
Khairul Izwan: Ya, saya tidak tahu.
Perbicaraan juga menyaksikan kakak kepada Kamaruddin Shamsuddin, Zaidah, 52, memberitahu dia ada membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya pada 6 September 2010 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak dikenali.
"Wanita beritahu adik saya hilang. Dia tidak beritahu namanya," katanya dan menambah, mengetahui bahawa adiknya telah meninggal dunia melalui berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar.
Zaidah juga memberitahu, dia tidak begitu mengetahui perihal Kamaruddin kerana lelaki tersebut adalah seorang yang pendiam.
Sementara itu, saksi pendakwaan kelima, jurufoto di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Lans Koperal Kasmir Luntuk, 25, memberitahu bahawa dia telah mengambil 145 keping gambar serpihan tulang di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur pada 17 September 2010.
Semua gambar tersebut yang dirakamkan dengan menggunakan kamera digital kemudiannya disimpan di dalam cakera padat (CD).
Dalam kes ini, seorang peguam, N. Pathmanabhan, 42, dibicarakan bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thailayangan, 20; R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan Kamaruddin, 44.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Semua mangsa dikatakan hilang selepas berkunjung ke Banting untuk bertemu dengan seorang peguam bagi mempercepatkan tarikh dua keping cek berhubung pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang yang didakwa berharga RM29 juta.
Perbicaraan akan bersambung pada Rabu.

PERBICARAAN KES SOSILAWATI: Sosilawati diugut?
Pembunuhan Banting: Sosilawati Diugut?
Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dipercayai mati akibat dibunuh sebelum mayatnya dibakar didakwa menerima ugutan daripada pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin atau dikenali sebagai 'Kamal' yang mengugut mahu menyebarkan 'gambar tidak elok' berkaitan dirinya.
Perkara tersebut terkandung dalam ucapan pembukaan barisan pendakwaan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff di Mahkamah Tinggi di sini pada hari pertama perbicaraan kes pembunuhan yang telah menggemparkan negara sewaktu umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Anak kepada pengasas produk kecantikan Nouvelle Vissages itu, Erni Erinawati Sofia Buhari yang membuat laporan polis berhubung kehilangan emaknya pada 31 Ogos 2010 juga didakwa sekali lagi berkunjung ke Balai Polis Dang Wangi pada pukul 1.32 petang, 2 September 2010 untuk membuat laporan setelah mengesyaki ahli perniagaan itu diugut, diculik dan dikurung oleh orang yang berkaitan.
Erni Erinawati Sofia dan kakak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana juga merupakan individu terakhir yang melihat Sosilawati sebelum beliau bertolak ke Banting, dekat sini untuk berjumpa dengan seorang peguam, N. Pathamanabhan untuk mempercepatkan tarikh dua keping cek daripada 9 September 2010 kepada 30 Ogos 2010 bagi urusan jual beli tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Ishak juga memberitahu, Erni Dekritawati Yuliana akan memberi keterangan berhubung tujuan emaknya ke Banting, bersama dengan Kamaruddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.
Sosilawati dan Kamaruddin menaiki kereta BMW X5 bernombor pendaftaran WTL 11 manakala Ahmad Kamil dan Noorhisham mengikuti dari belakang dengan menaiki kereta BMW 5 series bernombor pendaftaran AAJ 5.
Sosilawati juga dikatakan ada menghubungi anaknya pada pukul 8.40 malam, hari yang sama tetapi tidak dijawab kerana Erni Dekritawati Yuliana tidak perasan panggilan tersebut sebelum menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi "Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang hubungi Bisah (rakan Sosilawati) dia ambil gambar mak."
Selain itu, pihak pendakwaan juga akan memanggil rakan Sosilawati, Habishah Bahari bagi mengesahkan bahawa Sosilawati ada menghubunginya semasa dia sedang berbuka puasa pada pukul 7.30 malam, 30 Ogos 2010.
"Sosilawati mengubungi beliau dan memberitahu 'Wei! Aku tak percaya kat Kamal masuk dalam bilik aku, pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?' sebelum talian terputus," kata Ishak semasa membacakan ucapan pembukaan setebal 20 halaman tersebut.
Selain itu, pihak pendakwaan juga akan memanggil isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit untuk memberi keterangan bahawa mangsa telah menghubunginya pada pukul 4 petang, 30 Ogos 2010 untuk memaklumkan bahawa dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil atas urusan kerja berkaitan Sosilawati.
"Pada pukul 8.15 malam, Suzana yang berada di rumah sekali lagi menerima panggilan telefon dan diberitahu suaminya tidak akan balik selama tiga hari kerana hendak menolong Sosilawati kerana Kamal ada mengambil gambarnya dan dikatakan Kamal ada mengugut Sosilawati.
"Dia minta maaf banyak-banyak dan minta Suzana faham," kata Ishak.
Sementara itu, isteri kepada Ahmad Kamil, Sabrina Adnan dimaklumkan akan memberi keterangan bahawa suaminya ada memberitahu bahawa beliau juga tidak akan pulang selama tiga hari dan diberitahu 'seorang orang kanan Sosilwati bernama Kamal mengugut hendak menyebarkan gambar Sosilawati, iaitu gambar tidak elok'.
"Suaminya juga memberitahu Sosilawati sedang menangis dan dia hendak menolong," tambah Ishak yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin dan Idham Abd Ghani.
Selain itu, pihak pendakwaan juga akan memanggil seorang jurujual untuk mengesahkan bahawa seorang lelaki Melayu yang dipanggil oleh Kamal oleh Sosilawati telah berkunjung ke gerainya untuk membeli kerepek dan kuih raya yang bernilai lebih RM200.
Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, dan tiga perkerja ladangnya, T. Thailayangan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin antara pada pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, perbicaraan pada Isnin, juga menyaksikan empat jurufoto polis daripada Unit Forensik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan dari Bahagian Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberikan keterangan.
Secara keseluruhan, terhadap 618 keping gambar dirakamnkan oleh empat jurufoto terbabit, iaitu Detektif Koperal Mokhtar Hussain, 51: Lans Koperal, Abdul Aziz Ahmad, 47; Detektif Sarjan Mhd Rashdi Mhd Safien, 48, dan Detektif Koperal K. Velamal, 33.
Secara keseluruhan, terdapat 618 keping gambar yang dirakamkan termasuk di sekitar kawasan ladang, Sungai Panchau dan Sungai Kanchong Darat serta kawasan berhampiran Pekan Banting.
Sementara itu, kehadiran Erni Deriktawati Yuliana dan ayahnya, Buhari Mohamed di mahkamah menjadi perhatian wartawan dan nama kedua-dua mereka juga disenaraikan sebagai saksi pendakwaan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Selasa.

PERBICARAAN KES SOSILAWATI: Pendakwa akan kemuka bukti DNA
Pembunuhan Banting: Pendakwaan Akan Kemuka Bukti DNA
Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Pihak pendakwaan yang mengendalikan perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya akan mengemukakan bukti bahawa terdapat Asid Deoksiribonukleik (DNA) ditemui pada kayu kriket dan kepingan zink yang didakwa digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.
Berdasarkan ucapan pembukaan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, saksi akan memberikan keterangan bahawa DNA pada kayu kriket berkenaan adalah kepunyaan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, yang didakwa hilang bersama Sosilawati, 47.
Manakala, DNA pada zink-zink tersebut pula didakwa adalah sepadan dengan dua lagi individu yang turut didakwa dibunuh bersama Sosilawati, iaitu peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44, atau dikenali sebagai Kamal oleh pengasas produk Nouvelle Vissages tersebut.
Selain itu, tambah Mohd Ishak, pihaknya juga akan memanggil saksi-saksi yang telah melihat api yang 'besar tinggi' di tempat kejadian.
Ishak yang mengetuai barisan pendakwaan seterusnya memberitahu, saksi yang akan turut dipanggil ialah seorang juruselam Pasukan Gerakan Marin Pulau Pinang, Merzuki Shahrim yang telah menemui sebilah pisau berkarat di hulu beranggaran 37 sentimeter panjang, lapan gelung dawai dan tiga serpihan dawai.
Turut ditemui ialah serpihan tulang-tulang disyaki tulang manusia, beberapa keping logam, enam keping atap zink dalam keadaan berkarat dan ada kesan terbakar, telefon BlackBerry berwarna putih dan hitam serta sebatang anak kunci hitam tertulis BMW.
Seorang saksi, R. Vakasan akan dipanggil bagi mengesahkan bahawa dia ada melihat Sosilawati menaiki kereta BMW hitam dengan tiga lelaki Melayu pada kira-kira pukul 6.40 petang, 30 Ogos tahun lalu.
"Pihak pendakwaan akan memanggil lebih kurang 76 orang saksi yang akan mengemukakan tertuduh telah melakukan kesalahan bunuh pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan," kata Ishak di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin.
Dalam kes ini, seorang peguam N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladangnya, T. Thailayangan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh semua mangsa pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.
Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Selain Ishak, pendakwaan turut dibarisi oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin dan Idham Abd Ghani manakala barisan pembelaan diwakili oleh peguam-peguam Manjeet Singh Dhillon, Puspha Ratnam, Gurbachan Singh, Amer Hamzah Arshad, Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.
Berdasarkan ucapan pembukaan juga, Ishak memaklumkan bahawa dua pekerja ladang yang telah disabitkan bersalah atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan berkenaan, A. Suresh, 27, dan K. Sarawanan, 20, akan turut dipanggil sebagai saksi pendakwaan. Kedua-dua mereka telah dihukum penjara selama 20 tahun dan kini sedang menunggu prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan.
"Suresh dan Sarawanan akan dipanggil bagi membuktikan niat bersama dan bagaimana perancangan oleh Pathamanabhan dan Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan terhadap mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh serta bagaimana Thailayangan membunuh setiap mangsa," katanya.
Selain itu, pihak pendakwaan juga akan mengemukakan bukti berkaitan beberapa laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa mengenai kehilangan mangsa.
Antara laporan itu adalah laporan oleh anak Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari pada 31 ogos 2010 di Balai Polis Dang Wangi; isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan pada 3 September 2010; isteri Noorhisham Mohammad, Suzana Radin Pangit manakala kakak kepada Kamaruddin, Zaidah Shamsuddin membuat laporan kehilangan adiknya pada 6 September 2010.
Bekas suami kepada Sosilawati, Buhari Mohamed pula akan dipanggil untuk memberi keterangan berkisar tentang urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dan juga keterangan bahawa dia ada menghubungi Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010 untuk bertanyakan sama ada Sosilawati ada berjumpanya atau tidak.
Turut akan dipanggil ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Abdul Rahman Palil yang akan mengesahkan bahawa Pathmanabhan adalah individu yang menguruskan pembelian tanah berharga RM29 juta dan 10 peratus daripada harga belian iaitu RM2.9 juta telah dibayar.
Sementara itu, petugas media telah mula berkumpul di hadapan perkarangan Mahkamah Tinggi di sini, seawal pukul 7.30 pagi dan bagi melancarkan perbicaraan, semua individu yang berhasrat mengikuti prosiding perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk.
Pada pukul 9 pagi, beberapa anggota polis dilihat membawa masuk barang-barang kes yang dibungkus, termasuk beberapa kepingan zink.
Perbicaraan di hadapan Datuk Akhtar Tahir akan bersambung pada Selasa.

Ahad, 3 Julai 2011
Dr Jeyakumar, lima ahli PSM ditahan semula bawah Ordinan Darurat
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Katanya, mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada jam 1.20 tengah hari sebaik sahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir Jumaat.
Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas Sabtu lalu, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.
Kumpulan itu ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Khalid berkata, mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.
Katanya, mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung maklumat awal yang diterima oleh pihak polis.
Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.
"Polis menahan mereka untuk mencegah dari berlakunya apa jua jenayah yang menjurus kepada keganasan atau kekerasan," katanya.
Khalid berkata, polis akan memohon kepada mahkamah supaya baki 24 orang dari kumpulan itu disambung reman kerana terdapat sedikit lagi siasatan yang belum selesai.
Katanya, jumlah keseluruhan tangkapan yang berkaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai ini di seluruh negara berjumlah 150 orang.
Mengenai penahanan anggota Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu tengah malam tadi kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan haram itu, Khalid berkata, apa jua tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan.
"Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramai hadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit. Jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerima sebanyak 2,389 laporan berhubung bantahan perhimpunan haram.
"Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polis minta kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu," katanya.
Sementara itu, di BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini, pada Sabtu membenarkan tempoh tahanan reman terhadap 21 anggota PSM disambung sehingga Isnin ini.
Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan Hakim Amernudin Ahmad bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, dua lelaki yang masih di bawah umur dan seorang wanita yang sakit dibebaskan. - BERNAMA

Sabtu, 2 Julai 2011
Khutbah Jumaat: "MEMELIHARA NIKMAT KEAMANAN "
01HB JULAI 2011 BERSAMAAN 29 REJAB 1432H
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai "Memelihara Nikmat Keamanan" .
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam sejarah ketamadunan manusia telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi sumbangan besar kepada kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Keamanan bererti kita bebas dari segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian hidup.
Kita amat bersyukur bahawa negara kita berada dalam suasana aman dan damai walaupun pada ketika ini sedang menghadapai beberapa isu yang boleh mengancam keselamatan negara.
Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112: Maksudnya: “Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”
Memelihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa mengira anutan agama, bangsa atau keturunan. Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim AS semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran.
Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam.
Justeru itu, Agama Islam menolak gerakan-gerakan yang boleh menghuru-hara keamanan sesebuah negara termasuklah gerakan pelampau. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.” (Riwayat Ahmad)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil. Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira
sensitiviti dan kepentingan awam.
Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan.
Apa yang paling malang lagi, golongan ini berlindung atas nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan internet dan meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah serta rakyat di negara ini dalam memenuhi tuntutan mereka.
Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan pengkhainat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195: Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya”
Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk. Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah.
Justeru, sebagai umat Islam yang cintakan agama, bangsa dan negara, maka kita dituntut agar tidak terlibat dalam segala bentuk perhimpunan yang boleh merosakkan agama dan keamanan negara.
Soal ancaman ini perlu di ambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan
masalah keselamatan negara. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, maka akan
hancurlah keutuhan bangsa yang boleh memusnahkan kedaulatan negara. Seorang ulama besar dalam mazhab al-Shafie, Abi Ishak al-Juwayni berkata: Haram melakukan segala perhimpunan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan negara.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Anugerah keamanan dan keharmonian negara mestilah dipelihara dan dipertahankan
dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur.
Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian
daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam
Surah al-Anaam ayat 82: Maksudnya: “Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.”
Negara Malaysia adalah tanah air kita yang perlu dipertahankan. Di sinilah tempat kita membiakkan keturunan, membesarkan generasi Islam, menyuburkan syiar Islam dan menjaga kemaslahatan ummah yang kita warisi dari zaman berzaman.
Oleh itu, sebagai seorang yang beriman marilah kita berusaha mewujudkan dan mengekalkan keamanan yang telah dikecapi selama ini. Jangan sekali-kali terjebak
dengan demonstrasi yang dikenali sebagai “Perhimpunan Bersih ini”.
Jangan kita terikut-ikut dengan rayuan mereka dan jangan termakan budi dengan golongan yang tidak menyedari asal usul, tidak memahami adat budaya, latar belakang penduduk dan agama di negara ini.
Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh memporak-perandakan umat Islam dan negara akan diancam dengan hukuman yang berat oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Mana-mana kumpulan berarak menuju ke arah pemerintah untuk menghinanya, maka Allah akan menghinanya sebelum hari kiamat” (Riwayat al-
Bazzar)
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru jemaah dan seluruh umat Islam sekalian agar sama-sama kita menjaga keamanan yang dinikmat pada masa ini. Janganlah kita melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mengugat keselamatan negara kita. Ambillah iktibar apa yang telah berlaku di luar sana bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara terus berkekalan.
Marilah sama-sama kita berdoa kehadrat Allah SWT agar hidup kita ini dilindungi dari segala malapetaka yang boleh membawa kehancuran kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Ingatlah bahawa memelihara nikmat keamanan merupakan sebahagian daripada ajaran Islam iaitu agama yang membawa kepada keamanan sejagat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat 89: Maksudnya: “Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat”

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...