Sekurang-kurangnya pemimpin Pakatan Rakyat dan para penyokong tegar mereka celik biji mata bahawa yang melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim menyokong keselamatan rejim Israel bukan daripada akhbar tempatan.
Ini diakui sendiri oleh ketua PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut menggesa Anwar menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.
Gesaan Nik Aziz itu bukan kerana beliau mengetahui kenyataan bangsat Anwar daripada Utusan Malaysia atau Berita Harian, sebaliknya daripada Wall Street Journal (WSJ). Kalau Nik Aziz membuat gezaan itu maknanya laporan daripada WSJ adalah benar dan tepat.
Maknanya juga, laporan daripada Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dipetik daripada akhbar WSJ adalah benar. Kalau tidak benar masakan Nik Aziz sanggup merendahkan martabatnya meminta Anwar menarik balik kenyataan itu.
Kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong tegar pembangkang, lain kali jangan mudah menuding jari menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian memutar belit fakta, sebaliknya yang memutarbelitkan fakta ialah pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Selamat membaca.
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menggesa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.
"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.
Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Kata beliau, negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
Oleh itu katanya, wajib bagi umat Islam, bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."
Sehubungan itu kata Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.
Kedua-dua pemimpin Pas ini melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Anwar mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama WSJ baru-baru ini, menjadi isu kontroversi.
Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, pihak berkenaan perlu menyedari bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja.
Petang tadi, PR mengadakan mesyuarat kepimpinan pusat di Petaling Jaya.
Isnin, 13 Februari 2012
Nik Abduh selar Karpal?
NOTE: Tak ada apa-apa pun. Tak perlulah kita fikir PAS dan DAP sudah tidak sehaluan hanya kerana berbeza pendapat dan pandangan mengenai Hari Kekasih.
Sebagai orang Islam, sudah tentu Nik Abduh tidak mahu sambutan Hari Kekasih yang menjadi amalan penganut Kristian disambut di negara ini kerana dikhuatiri turut disambut oleh remaja atau muda mudi beragama Islam.
Manakala Karpal Singh pula, yang bukan beragama Islam pastinya tidak ada halangan kalau sambutan Hari Kekasih diadakan kerana itu amalan dan budaya masyarakat kafir.
Perbezaan pendapat ini adalah perkara biasa dan tidak sampai ke peringkat untuk kedua-dua pihak atau parti sebumbung itu bergaduh sehingga berpecah belah. Ia hanya isu kecil saja.
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.
“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama.
“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam.
“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebooknya hari ini.
Kenyataan Nik Abduh itu dipercayai berkait dengan tindakan Karpal yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.
Karpal seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini dipetik berkata, pendirian Pas itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir di semua negara.
Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.

Ahad, 12 Februari 2012
Lanjang atau ranjang?
Berita penangkapan Hilmi Malik di Indonesia akibat dari pemalsuan identiti di pasport membuka semula misteri penyebaran foto lucah Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Hilmi mengakui sepanjang tinggal sementara di Indonesia, beliau telah dibiayai oleh PKR. Mungkin ramai yang sudah tahu Hilmi menggunakan nama Azmin Heli. Mungkinkah penggunaan nama palsu “Azmin” memberi maksud tertentu kepada Hilmi?
Ia dikuatkan lagi dengan sifat berdiam diri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di laman twitternya setelah beberapa hari berlalu. Walhal, Azmin Ali dikenali sebagai seorang yang pantas dalam memberi komen atau mencipta isu di alam siber.
Lebih menyakinkan, Azmin Ali, yang dikenali dengan nafsu politik yang besar secara tiba-tiba ingin mengundurkan diri dari dunia politik!
Tidak mustahil andai Azmin Heli itu diilhamkan dari Azmin + Hilmi + Eli? Jika benar dakwaan Hilmi akan pihak yang membiayai pelariannya, maka nama Azmin sudah disebut-sebut sebagai “funder” ghaib itu.
Persoalannya, mengapa (jika benar), Azmin yang cuba membiayai segala kos hidup pelarian itu? Ada dua kemungkinan.
Pertama, mungkin Azmin cuba menutup isu foto lucah berkenaan dari terus memberikan imej yang buruk kepada PKR.
Kedua, apakah mungkin Azmin cuba melindungi dirinya dari diketahui sebagai dalang penyebaran foto tersebut?
Apa faedahnya, sekiranya benar, Azmin dalang penyebar foto lucah itu? Ada yang berpandangan sesungguhnya cita-cita Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor bukanlah rahsia.
Dan juga bukan satu rahsia bahawa Elizabeth adalah “teman rapat” Khalid Ibrahim. Maka, penyebaran foto tersebut berkemungkinan untuk menyingkirkan Elizabeth dari dunia politik, sekali gus mengurangkan sokongan kepada Khalid.
Di samping itu, foto berkenaan juga sudah tentu memberi imej yang kurang baik kepada Menteri Besar Selangor, selaku pengemudi kerajaan negeri Selangor.
Untuk perhatian, Elizabeth adalah exco kerajaan negeri.
Sabtu, 11 Februari 2012
Hassan dedah siapa Anwar dan Eliz Wong
Sebagai bekas pemimpin PAS yang ada ketika beberapa isu besar melanda Pakatan Rakyat, sudah tentu Datuk Dr Hasan Ali layak menceritakan pengalamannya tatkala misal berdepan isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kesempatan minum petang di rumah beliau di Pinggir Taman Tun Dr Ismail petang Khamis, kami -sekumpulan blogger dan wartawan portal, sempat bertanyakan cerita beliau mengenai video seks dari pengalamannya bersama PAS.
Dr Hasan menjawab dengan berhati-hati, menurutnya, kebanyakkan pemimpin PAS tidak ghairah untuk memberitahu samada sudah menonton atau belum video tersebut, apatah lagi mahu membuat andaian bahawa pelakunya Anwar Ibrahim.
“Pertimbangan utama mereka barangkali Pakatan Rakyat (pepecahan yang terjadi jika mengaku dalam video itu Anwar), sebab itu mereka lebih suka mendiamkan diri, lebih suka tidak menzahirkan pendirian dan apa yang tersembunyi dalam hati,” katanya.
Beliau sendiri, tidak tengok lagi video tersebut, tidak sampai hati, katanya, memandangkan Anwar dan dia merupakan kawan sejak di zaman universiti lagi.
“Tapi saya sudah melihat dari awal, rentetan-rentetannya, samada dengan drivernya (Azizan), dengan adik angkatnya (Sukma), samada dengan gadis-gadis lokal, gadis luar negeri yang dibariskan satu-persatu, yang sehingga kini tidak berjawab,”
“Bahkan bila (Anwar) diasak sumpah laknat, sehingga kini tak berjawab sumpah laknat tersebut, paling tidaknya jika beliau bersumpah laknat, sudah gugurlah beberapa persepsi.
“Nampak-nampak sayalah, diri saya kata kuat untuk saya mempercayainya,” kata beliau berlapik.
Dr Hasan yang kini setiap malam menjelajah dalam diri road show selepas dipecat PAS pada 8 Januari lalu. Kerap mengadakan sidang media dan selalu menghadiri pertemuan-pertemuan tidak rasmi seperti bersama kami petang Khamis.
Beliau mendapat tenaga baru, namanya kembali menjadi sebutan, ada yang menyokong dan ada yang menentang, tetapi siapapun tidak dapat menolak bahawa Hasan Ali sedang ‘menunggang gelombong’ hasil dari kegopohan PAS memecatnya.
Ketika ditanya mengenai isu terbaru membabitkan bekas rakan Exconya, Elizebert Wong, dan bagaimana PAS senyap sunyi tidak memberikan komen mengenai kejadian tersebut, kata Dr Hasan…
“Bukan mute lagi, totally inactivity, kalau mute boleh pause lagi,”jelasnya.
Menceritakan lebih lanjut, katanya ketika mula-mula isu gambar tak senonoh Elizebert Wong timbul pada tahun 2009, pandangan yang popular ketika itu adalah beliau menarik diri (letak jawatan).
“Tapi Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ada pandangan berbeza. Ketika dibawa ke Mesyuarat Exco pun, Mesyuarat Exco suruh bercuti, dua bulan, dan kita ingat bila dia balik, dia akan tarik diri, tetapi dia teruskan.
Menurutnya, sepatutnya dengan isu moral seperti itu, orang-orang PAS, parisit dalam PAS tumpu kepada Elizebert Wong sebab itu yang jadi percakapan ramai (menjejaskan PR), tapi tidak begitu, saya yang jadi sasaran,” katanya.
Cerita ADUN Bukit Lanjan Elizebert Wong itu kembali memanas apabila bekas teman lelakinya Hilmi Malek ditangkap di Batam Indonesia Jumaat lepas kerana cuma membuat passport Indonesia menggunakan identiti palsu.
Bila Dr Hasan bercakap pasal parasit dalam PAS, ramai mengaitkan dengan MP Shah Alam Khalid Samad, entah benar, entah tidak, tetapi perseteruan mereka berdua sudah lama menjadi buah mulut dikalangan pemerhati politik.
Tatkala Dr Hasan sibuk menjelajah menjelaskan pemecatannya, Khalid menulis dalam blog dan buat sidang media mendakwa Dr Hasan kepinggin hendak jawatan MB dan beliau antara yang disuruh melobi.
“Ini satu fitnah yang sangat besar, kalau dia katakan saya melobi, bila saya melobi, dimana saya melobi, apa saya cakap pada dia, apa saya tulis pada dia, apa memo saya kepada dia, siapa orang lain yang saya bawa berjumpa dengan dia, jika ada sila kemukakan,” katanya.
“Ini tuduhan yang amat besar, dan tuduhan ini tidak sepatutnya datang dari orang yang menjadi ahli jemaah Islamiyah, golongan ulama yang saya kenal tidak akan buat macam mana ahli parlimen Shah Alam ini.
“Ini satu tuduhan yang sangat jahat…saya tak sangka sampai ke peringkat itu tuduhan yang dilemparkan kepada saya,” kata yang mencabar Khalid Samad mengemukakan bukti.
Selama ini kata Dr Hasan, beliau dituduh macam-macam, tetapi bila beliau meminta penuduhnya mengemukakan bukti, tiada siapapun yang tampil.
“Dalam mesyuarat parti lagi, jika kata saya budak suruhan UMNO, saya bersekongkol dengan UMNO, menjadi alat kepada UMNO, buktikan satu, bila saya suruh bagi contoh… mereka jawab “ala memang UMNO, memang UMNO, memang UMNO…”
“Adakah itu jawapannya?” katanya ketawa sinis.
Adakah beliau menyesal dipecat dari PAS, dan mengapa beliau enggan merayu lagi, Dr Hasan memberikan lima sebab kenapa beliau rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.
Dr Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:
- PAS meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan amalan politik.
- PAS sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.
- PAS terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga mengorbankan Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.
- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah “dilarutkan” dengan kehadiran sebanyak 70 peratus “parasit” di dalam kepimpinannya yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.
- Kesetiaan wakil rakyat PAS dalam Parlimen lebih besar kepada Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.
Hasan berkata, PAS kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan pembangkang ditubuhkan dan PAS, atas pertimbangan kepentingan politik semata-mata, telah menyertainya.
“Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.
Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti) yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud. Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar luar negara.
“Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, PAS tak boleh lagilah dengan negara Islam. Ketua Umum PKR (Anwar Ibrahim) pun tak berminat.
“Saya baru 15 tahun dalam PAS. Saya masuk PAS kerana saya nak Islam dan kepimpinan ulama iaitu ‘tagline’ PAS. Itu sebab utama saya masuk PAS. (Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi, jadi saya nak bergantung ke mana?” katanya.
“Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada PAS, parti itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh PAS sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar belitkan oleh PAS juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran,” katanya.
Menyentuh cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya, dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Hasan berkata beliau tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.
“Orang PAS mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan. Dalam soal ini, saya tidak setuju.
“Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah matlamat perjuangan politik kita,” katanya.
Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan PAS terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar PAS sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai cita-cita itu.
“Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara PAS, DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.
Beliau juga berkata kepimpinan PAS perlu berubah dan membuat ‘islah’ kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.
Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu pula yang diberi perhatian penuh.
“Takkan kita dalam PAS, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula. Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul. Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku sekarang.
“Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan dan peluang.
“Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat,” katanya
Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.
“Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.
Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak syariat,” katanya.
Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan autokratik dan dengan itu senang untuk ‘menunggangi’ PAS.
“DAP tak mudah ditunggangi,” katanya.

Ya, saman YB, jangan tak saman
Ya, betul tu. Kalau Raja Petra Kamarudin (RPK) buat kenyataan tak betul, buat pendedahan tak tepat, dua YB Pakatan Rakyat ni patut kemukakan saman. Biar RPK sedar dan perit dan tak akan buat 'fitnah' yang boleh memalukan YB-YB Pakatan lagi.
Tapi kalau dakwaan RPK tu betul, benar dan tepat, sekurang-kurangnya dua YB ni patut letak jawatan kerana perbuatan mereka telah menjejaskan imej 'bersih' YB-YB Pakatan yang lain.
Namun, daripada kenyataan balas dua YB ini, 80 peratus ada kebenarannya dengan dakwaan RPK itu, terutama melibatkan wang sebanyak RM50,000 yang telah dimasyukkkkan ke akaun.
Duit dan jumlah yang dinyatakan oleh RPK itu benar-benar wujud dan ada faktanya. Ini diakui sendiri oleh dua YB berkenaan, cuma dalih dan alasannya, duit itu bukan dalam kategori minta (rasuah), tetapi 'pinjam'.
Aneh, dalam banyak-banyak bank yang ada di negara ini, yang kerjanya memberi pinjaman kepada rakyat termasuk YB-YB, dengan kontraktor pasir itu juga YB ni minta 'pinjam'. Dan YB 'minta pinjam' duit RM50,000 dari kontraktor itu pula serentak dengan permintaan kontraktor berkenaan nak keluarkan pasir.
Dah secara 'kebetulan', nak buat macam mana kan. Nama lagi 'kebetulan'. Kiranya YB-YB Pakatan ni bernasib baiklah sebab apa yang berlaku pada mereka, ia berlaku secara 'kebetulan'. Minta sogokan pun dikatakan 'minta pinjam'.
2 ADUN dicabar saman Raja Petra
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shari dicabar menyaman pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sekiranya dakwaan pembabitan mereka dalam skandal rasuah pasir di negeri itu tidak benar.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan segera bagi membuktikan kedua-dua wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak terlibat sekali gus membersihkan integriti dan nama baik mereka.
“Shuhaimi yang suatu ketika dahulu lantang bersuara dalam isu rasuah pasir di Selangor perlu tampil membela diri dengan memberi penjelasan bagi menafikan penglibatan beliau dalam isu tersebut.
“Ini sekali gus dapat membersihkan nama beliau selaku pemimpin masyarakat, bukan mengalih perhatian rakyat dengan menghentam Raja Petra di dalam blognya.
“Saya juga ingin menasihatkan Amiruddin supaya tidak membuat sindrom sepi atau membisu. Beliau perlu berani ke depan membuat kenyataan bagi membersihkan keadaan, bukannya menghilangkan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Skandal pasir: Pemuda Umno buat laporan polis
SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing pada Jumaat membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa terdapat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat Selangor terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.
Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang tadi.
Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today.
Beliau berkata Pemuda Umno mahu pihak polis menyiasat sama ada wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh dua ADUN PKR seperti didakwa Raja Petra.
Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Raja Petra mendakwa ADUN Sri Muda Mat Shuhaimi Shafie memohon sejumlah wang daripada sebuah syarikat untuk membantu syarikat itu mendapatkan tender pasir di Selangor.
Raja Petra mendakwa ADUN Batu Caves Amirudin Shari pula mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan tender pasir syarikat itu.
Penulis blog kontroversi itu juga mendakwa kedua-dua ADUN itu merupakan pengarah syarikat yang memohon tender pasir itu dan mereka berdua masing-masing menerima elaun bulanan RM5,000.
Ungku Md Salleh turut meminta polis menjalankan siasatan segera kes pembunuhan bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Datuk Patrick Wong pada 2009, yang dikatakan mempunyai unsur jenayah seperti didakwa Raja Petra.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap isu pasir di negeri itu 'cerita lama' yang tidak sepatutnya dibangkitkan berikutan operasi syarikat mengendali pasir dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata pegawai SPRM telah dibenarkan memasuki pejabat syarikat pengendali pasir di negeri itu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak 2009 untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.
"Semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lepas," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak-anak syarikat malah bersedia memberikan kerjasama, katanya.
"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu kerajaan negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah sewajarnya," katanya.
Terdahulu, Abdul Khalid merasmikan Selangor Matta Islamic Travel Fair (SMITF) yang berlangsung sehingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Beliau berkata Selangor bersedia menjadi destinasi pelancong perubatan apabila kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya untuk menubuhkan sebuah pusat pakar perubatan di Petaling Jaya.
SMITF menawarkan pakej pelancongan Islam oleh 126 peserta yang mengambil bahagian termasuk dari China, Mesir, India, Jordan, Kuwait, Oman dan Qatar. -BERNAMA

Jumaat, 10 Februari 2012
Fitrah atau kehendak naluri?
Dalam banyak-banyak isi kandungan Harian Metro, saya tertarik dengan ruangan SOAL JAWAB AGAMA ini dan saya terpanggil untuk copy paste untuk dikongsi baca oleh pembaca laman web saya.
Apa yang saya buat ini adalah untuk tatapan umum semata-mata bagi mendapatkan kesedaran dan pengajaran, ia tidak ada kaitan langsung dengan gaya atau budaya hidup yang berlaku dalam kepimpinan politik pembangkang hari ini. Selamat membaca.
SUKAR LUPA HUBUNGAN SONGSANG
SAYA seorang jurutera dan mempunyai 'hubungan kasih' songsang dengan sahabat saya seorang lelaki 'latino'. Kami menjalin hubungan lebih dua tahun dan dia juga mengasihi saya.
Saya cuba melupakannya dengan memperbanyakkan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi jiwa dan fikiran saya tidak boleh melupakannya.
Pemuda 'latino' itu juga bekerja sepejabat dengan saya dan kami masih menghubungi antara satu sama lain.
Bagaimana saya hendak melupakan pemuda itu dalam hidup saya? Saya takut dengan azab Allah dan saya tidak mahu mengulangi perbuatan terkutuk dengan pemuda itu yang juga beragama Kristian. - AHMAD, Qatar
USTAZ JAWAB:
SECARA fitrah, setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis. Gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.
Kecenderungan sedemikian adalah satu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan yang sukar dibendung manusia yang tunduk kepada nafsu dan bukannya ajaran Islam.
Dengan sebab itu, agama merawatnya melalui bentuk hukuman berat apabila didapati bersalah dalam hubungan songsang seperti hukuman rotan sama dengan kesalahan zina.
Selain itu, individu itu sendiri perlu mengubahnya. Kelakuan songsang sukar untuk dibuktikan dan disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, keadaan dunia sekarang sudah berubah apabila manusia mulai mengakui terbabit dalam kelakuan songsang secara terbuka.
Mungkin apa yang berlaku di zaman Nabi Luth kembali menyerang masyarakat sekarang. Sebenarnya, budaya homoseksual akan menghancurkan diri dan masyarakat manusia seperti yang pernah terjadi di zaman Nabi Luth.
Mereka yang terbabit itu sudah merosakkan diri dan jiwa pasangannya. Daripada seorang lelaki yang berjiwa kental dan perkasa ia menjadi lemah lebih-lebih lagi pasangannya yang sudah menjadi 'effeminate' (lelaki lembut yang mempunyai peribadi seorang wanita).
Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, iaitu berazam tidak mengulangi tabiat buruk itu.
Ia membabitkan perubahan dalaman termasuk dalam persoalan membina akhlak mulia dan baik. Antara akhlak dan nilai utama yang perlu ditanam dalam diri seseorang ialah nilai kebijaksanaan berdasarkan ilmu, nilai berani, menjaga maruah diri dan adil.
Mempunyai akhlak dan peribadi berdasarkan empat nilai utama itu, seseorang dapat menjaga diri, masyarakat dan negara. Ini ditambah dengan nilai keagamaan seperti patuh kepada perintah Allah.
Sebenarnya, kebebasan manusia secara sepenuhnya (al-bara’ah al-asliyyah) sudah dibatalkan (nasakh) dalam Islam apabila setiap individu Muslim perlu beribadat hanya kepada Allah dan perlu mematuhi perintah-Nya.
Apabila setiap Muslim memahami perkara itu, segala larangan Allah dapat dipatuhi tanpa banyak alasan. Seterusnya kita mesti ingat bahawa kehidupan di dunia bukannya kekal dan setiap orang akan kembali kepada Allah.
Segala kewajipan dan larangan yang dikenakan ke atas manusia akan disoal di akhirat nanti. Dengan adanya perasaan takut kepada Allah, ingat kepada mati dan hari akhirat seseorang dapat mengelak daripada terjebak melakukan aktiviti songsang.

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...