Rabu, 26 September 2012

Anwar Sindir Umat Islam Emosi Bantah Filem Hina Nabi Muhamad SAW

Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.

"Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam... mudah marah dan emosi'," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini. Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia".

Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com. Ketika disoal mengenai bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, "mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil.

Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa". Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual dalam kalangan pelajar, sebagai langkah 'gila'.

 Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program 'Muslim Christian Interfaith Conference' di Perth, Australia. Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Rabu, 19 September 2012

Cina DAP buat hal terhadap umat Islam

Zambry: Kenyataan Ngeh mengenai 'Innocence of Muslims' satu provokatif

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman twitternya mengenai filem antiIslam "Innocence of Muslims" sebagai satu provokatif.

Beliau berkata walaupun kenyataan pengerusi DAP Perak itu meletakkan tanda soal, namun ia mendukacitakan seluruh umat Islam.

 "Koo Ham harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

Ngeh menerusi laman twitternya mengeluarkan kenyataan, "Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?. (Khairy (Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?)

Filem antiIslam 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, Gerakan Belia 4B Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Ngeh di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Exconya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongannya terhadap filem tersebut selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.

"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," katanya.

Ngeh: 'Jangan jadikan saya seolah anti-Islam'

 IPOH – “Jangan jadikan saya seolah-olah anti-Islam." Demikian penjelasan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di Twitter yang dikatakan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.

Koo Ham ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.

Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak.

“Secara jujurnya saya sendiri mengecam keras penyebaran video ini, cuma apa yang saya mahu nyatakan, adakah reaksi dan bantahan yang ditunjukkan di seluruh dunia suatu reaksi yang seimbang bagi menentang seorang lelaki.

“Ia hanya suatu pertanyaan kerana bagi saya, masa dan tenaga yang ‘terhimpun’ seluruh dunia ini sebenarnya boleh digunakan untuk perkara lain yang bermanfaat,” katanya yang merujuk kepada kesan kecaman termasuk kes pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens yang terbunuh di Benghazi akibat ditembak, baru-baru ini.

Mengulas mengenai cadangan penyertaan Pas bersama Umno dalam bantahan aman di Kedutaan AS di Malaysia, Jumaat ini, Koo Ham berkata, pihaknya menghormati tindakan berkenaan.

“Jika mereka merasakan ia satu keperluan, kita hormati tindakan itu, saya tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya mereka berhasrat untuk bergabung demi Islam,” kata Ahli Parlimen Beruas ini.

Menteri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam reaksinya kenyataan itu sebagai satu provokasi yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang marah dan terhina dengan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

“Sepatutnya dia (Koo Ham) berkongsi bersama apa yang ditanggung, bukan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dia mungkin akan kata dia hanya bertanya, tetapi soalan dia amat provokatif sekali,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan itu tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan orang Islam kerana apa yang dilakukan adalah tindak balas semula jadi.

“Dia seharusnya berhati-hati jika hendak buat kenyataan, jangan sampai menyinggung perasaan umat Islam,” katanya.

Khairy: DAP tak hormat perasaan umat Islam

SHAH ALAM - "Kami Pemuda Umno dah biasa dengan sikap DAP yang tidak menghormati perasaan umat Islam." Demikian reaksi Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin mengulas mesej Twitter Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP kelmarin mengenai perhimpunan yang bakal diadakan Jumaat ini.

Kata Khairy, "Jelas tweet Ngeh menunjukkan bahawa beliau dan DAP keseluruhannya amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan membuktikan bahawa mereka tidak memahami langusung perasaan umat dan juga kedudukan Nabi (Muhammad) SAW dalam Islam."

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

"Saya harap Pas sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi.

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"

Kelmarin, Khairy memberi kenyataan bahawa Pemuda Umno sedang merancang mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims Jumaat ini. Pergerakan itu turut mempelawa Pemuda Pas agar sertai bersama.

Isnin, 17 September 2012

Manusia hati binatang

Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat tiga pangsapuri
PETALING JAYA: Dia seorang manusia namun tidak mempunyai nilai kemanusiaan apabila sanggup mencampakkan seorang bayi yang baru dilahirkan dari tingkat tiga Pangsapuri Desa Mentari di Jalan Klang Lama di sini hari ini. Lebih menyedihkan, bayi malang itu dibuang seperti sampah dan jatuh di laluan pejalan kaki masuk ke pangsapuri itu. Akibat tindakan kejam manusia tidak berhati perut, bayi perempuan yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mati dengan kesan kecederaan di muka dan kepala akibat dicampak dari aras tinggi. Mayat bayi itu ditemui oleh penduduk pangsapuri tersebut kira-kira pukul 11 pagi dan dipercayai dicampak sama ada dari tingkap atau ruang ampaian di tingkat tiga kediaman itu. Susulan kejadian itu, sepasukan polis yang menjalankan siasatan di pangsapuri 11 tingkat tersebut telah menahan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20-an yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. Difahamkan, wanita itu yang bekerja kilang belum berkahwin. Seorang penduduk, Juandi Mat, 35, berkata, dia dan seorang remaja lelaki adalah orang pertama yang menemui bayi malang itu apabila mangsa yang dicampak jatuh betul-betul di belakangnya. "Saya sedang menolak motor yang rosak di laluan masuk dan di sebelah saya ada seorang remaja lelaki. Tiba-tiba kami terdengar bunyi suatu objek terjatuh dari tempat tinggi. "Saya ingatkan bungkusan sampah kerana ada penduduk yang tidak bertanggungjawab di sini biasa membuang bungkusan sampah dari tingkat atas tetapi apabila menoleh ke belakang, saya lihat objek itu kelihatan seperti berkepala, berkaki dan tangan. "Ketika itu juga saya ingat itu adalah anak patung tapi apabila diperhatikan dengan lebih dekat dan ada kesan darah, ia adalah bayi. Remaja lelaki itu lari kerana terkejut, namun seorang penduduk lain datang dan mengesahkan itu adalah bayi sebelum dia menghubungi polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Ditanya, sama ada dia tahu dari tingkat berapa bayi malang itu dicampak, Juandi berkata, dia mendongak untuk mencari dari mana bayi itu dicampak sebaik sahaja melihat 'objek' itu tetapi pandangannya terhalang oleh rimbunan daun pokok. "Sebaik sahaja bayi itu jatuh, saya terus mendongak mencari siapa yang mencampaknya tetapi tidak nampak. Jadi saya tidak tahu dari tingkat berapa dia dibuang," jelasnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, bayi terbabit dicampak dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan. "Seorang wanita berusia 20-an telah ditahan dan kita masih menyiasat motif sebenar kejadian. Polis akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur

AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan tidak selamat selepas protes dan pembunuhan berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu. Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad. "Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu. "Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online. Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan. "Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya. "Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari. "Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar. Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California. Bahana Innocence of Muslims Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat. Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa. Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile. Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens. Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam. Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat. Si penghina Nabi disiasat Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin. Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010. Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.

Sabtu, 15 September 2012

Hitler tidak pernah memusuhi Islam?

Adolf Hitler: Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima daripada seorang kawan dari Arab Saudi. Saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua. - Artikel ini adalah hakmilik Azhar Abdullah

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini.

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. Lalu dia bertanya darimana sumber aku dapat. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata: " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu. Pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama, tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan, malah memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini? Sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung: "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua, bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy.

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara:

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran:

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud: "Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah..."

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan "Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan, sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Ujian DNA dedahkan Hitler mungkin keturunan Yahudi

BRUSSELS - Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas ahli keluarga pemimpin Nazi di Jerman, Adolf Hitler menunjukkan bahawa dia mungkin berketurunan Yahudi dan Afrika Utara, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu mengejutkan kerana Hitler bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan penduduk berketurunan Yahudi pada zaman Perang Dunia Kedua.

Hitler mati dengan menembak dirinya semasa Jerman kalah dalam perang Dunia Kedua.

Majalah Knack yang beribu pejabat di Brussels mendakwa DNA yang diambil daripada saudara Hitler yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) telah membawa kepada penemuan tersebut.

Seorang wartawan, Jean-Paul Mulders mengumpulkan DNA daripada kain napkin yang digunakan oleh salah seorang daripada tiga pewaris Hitler yang tinggal di Long Island, New York.

Kejayaan DNA itu menyebabkan seorang petani di Austria yang hanya dikenali sebagai Norbert H. dan merupakan sepupu kepada diktator Jerman tersebut berjaya dijejaki.

Mulders mendapatkan khidmat pakar sejarah Marc Vermeeren untuk mencari Norbert di Waldviertel, Austria.

Norbert H. memberikan Vermeeren dan Mulders sampel air liurnya.

Dengan menggunakan sampel Norbert dan DNA daripada kain napkin itu, Mulders mendakwa terdapat hubungan antara kedua-dua lelaki itu.

Namun, DNA jenis Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) yang ditemui pada kedua-dua lelaki itu jarang dijumpai di Jerman dan Eropah Barat.

"Ia lazimnya ditemui dalam penduduk Barbar di Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia termasuk puak Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Mulders.

"Itu merupakan keputusan yang mengejutkan. Sukar diramalkan bagaimana penyokong dan penentang Hitler menerima maklumat ini," kata pakar genetik, Ronny Decorte yang mengesahkan hasil ujian terbabit dan menegaskan bahawa kemungkinan Hitler juga mempunyai darah keturunan Afrika Utara.

Menurut majalah Knack, DNA itu diuji dalam kondisi makmal yang ketat.

Sejarah Yahudi di Madinah

SEJARAH memberikan kita fakta bahawa Nabi Muhammad SAW, satu-satunya pemimpin yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk antara kaum Arab dan Yahudi di Madinah.

Namun tugas itu sebenarnya bukan satu kisah kejayaan yang dicipta dalam masa sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa.

Baginda sentiasa berusaha untuk menyatupadukan kedua-dua kaum itu supaya dapat hidup bersama dalam sebuah negara dan ia sangat sukar untuk dilakukan kerana setiap kaum itu mempunyai pelbagai kerenah dan tabiat-tabiat yang sukar untuk dikikis demi untuk hidup bersatu.

Tetapi dalam ruangan kali ini, mungkin kita perlu mengetahui dengan lebih jelas mengenai sejarah kedatangan Yahudi ke Yathrib atau Madinah.

Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mubarakfuri dalam buku Sirah Nabawiyyah yang menjadi rujukan utama untuk ruangan ini.

Mubarakfuri meletakkan kaum Yahudi Madinah sebagai kelompok kaum ketiga yang menetap di bandar itu.

Iaitu selepas kelompok bangsa Arab Muhajirin (penduduk Arab beragama Islam yang berhijrah dari Mekkah) dan kelompok bangsa Arab Ansar (penduduk Arab, penduduk asal Yathrib).

Pada asalnya orang Yahudi datang atau berhijrah ke Hijaz atau Semenanjung Arab semasa zaman penindasan oleh kerajaan Asyria dan Rom dahulu kala.

Pada hakikatnya mereka lebih tepat dikenali sebagai bangsa Ibrani dan setelah berada di Hijaz mereka mula melalui cara kehidupan seperti orang Arab dari aspek pakaian, bahasa dan peradaban.

Sehinggakan nama-nama kabilah dan individu mereka turut menggunakan bahasa Arab. Akhirnya mereka dapat menjalin hubungan perkahwinan dan persemendaan dengan bangsa Arab.

Akan tetapi mereka sangat berpegang dengan dengan keagungan sebagai bangsa Yahudi yang menyebabkan mereka tetap sombong dan bangga diri sebagai bangsa tersebut.

Iaitu fakta mengenai bangsa Yahudi yang tidak akan berubah yang sehingga hari ini menjadi identiti bangsa itu.

Justeru, mereka tidak menyerap ke dalam kehidupan seperti orang Arab secara total.

Ini kerana mereka menganggap bangsa Arab sebagai sangat lekeh sehingga mereka menggelarkan bangsa itu sebagai "masyarakat Ummi" yang bererti primitif dan sangat ketinggalan.

Malah lebih teruk lagi mereka turut menganggap bahawa harta benda orang Arab adalah harus untuk mereka. Atau lain perkataan boleh dirampas sesuka hati atau boleh mendapatkannya dengan apa cara sekalipun.

Ini sebagaimana yang diakui sebagaimana yang tercatat dalam al Quran yang bermaksud: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang ummi (Al Imran ayat 75)."

Sebagaimana yang dipertahankan oleh Yahudi sehingga hari ini, bangsa Yahudi di Tanah Arab ketika itu juga tidak mempunyai kemahuan atau minat untuk menyebarkan agama yang menjadi pegangan dan kepercayaan mereka selama ini.

Al Mubarakfuri menyebutkan paling besar bekalan agama yang bangsa itu miliki hanyalah berkisar dalam konteks al-Fa'il (sempena baik), ilmu hitam atau sihir, meniup tali, jampi mentera dan seumpamanya.

Disebabkan itu mereka beranggapan dan mendabik dada bahawa merekalah, bangsa yang paling memiliki ilmu, kemuliaan, kepimpinan dan kerohanian yang tinggi.

Maka atas sebab itukah Yahudi sebagaimana hari ini adalah bangsa yang sangat mahir dalam soal pekerjaan dan kehidupan.

Tetapi sebagaimana sejak zaman sebelum kedatangan Islam itu lagi, bangsa Yahudi diakui sangat mahir dalam soal pekerjaan terutamanya perniagaan dan kehidupan mereka yang lain-lainnya.

Mereka menguasai perniagaan terutamanya bijirin, kurma, minuman arak dan tekstil atau pakaian.

Mereka sangat giat melakukan perniagaan dengan mampu mengimport masuk pakaian, biji-bijian dan arak selain mengeksport buah-buah kurma yang bermutu tinggi dari Yathrib.

Maka dalam dunia perniagaan bangsa Yahudi akan mengambil keuntungan daripada para peniaga dan pembeli terutama dari bangsa Arab secara berlipat kali ganda sebagai satu cara penindasan dari aspek ekonomi.

Bagi memburukkan lagi keadaan bangsa Yahudi mempelopori dan menjuarai perniagaan berasaskan riba.

Antara caranya, mereka memberikan kepada para pembesar-pembesar Arab dengan pinjaman wang dan harta benda supaya para ketua terutamanya ketua-ketua kabilah Arab tersebut mendapat sanjungan, penghormatan dan kemuliaan terutama di kalangan penyair dan mendapat nama baik di kalangan para pengikut.

Ahad, 2 September 2012

Betul ke Armstrong manusia pertama jejak kaki ke bulan???















"LANGKAH kecil untuk seorang lelaki ini adalah langkahan besar bagi manusia sejagat,” demikian ungkapan emas Neil Armstrong atas kejayaan misi Apollo 11 mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.

Mantan komander Apollo 11 itu meninggal dunia akibat komplikasi susulan pembedahan pintasan jantung yang dijalaninya pada awal bulan Ogos iaitu dua hari selepas beliau menyambut hari lahirnya pada 5 Ogos lalu.

Neil Alden Armstrong berusia 38 tahun ketika detik bersejarah itu. Walaupun berjaya merealisasikan impian negaranya sehingga meletakkan nama beliau di kemuncak kejayaan tertinggi, Armstrong tidak pernah rasa bangga diri.

“Saya rasa semua orang tidak hanya mahu dihargai berdasarkan pencapaian luar biasa, namun mahu dihormati atas usaha dalam kerja-kerja seharian yang dijalani,” luah Armstrong dalam satu wawancara bagi program 60 Minutes yang disiarkan stesen CBS pada tahun 2005.

Kejayaan misi Apollo 11 tersebut yang disertai dua lagi angkasawan, Buzz Aldrin dan Michael Collins menandakan kemenangan AS ke atas Perang Dingin dalam perlumbaan penerokaan angkasa. Ketegangan antara AS dan Kesatuan Soviet bermula pada 4 Oktober 1957 dengan pelancaran Sputnik 1, satelit seberat 184 paun milik Kesatuan Soviet.

Ketika mereka mendarat di kawasan yang dikenali sebagai Lautan Ketenteraman (Sea of Tranquility), minyak kapal angkasa tersebut hanya cukup untuk tempoh 30 saat sahaja. Armstrong kemudiannya menghubungi bilik kawalan di Bumi dan mengatakan: “Houston, pangkalan ketenteraman di sini, The Eagle telah mendarat.”

Apollo 11 menempuhi perjalanan sejauh 250,000 batu, bersamaan dengan empat hari untuk tiba ke bulan. Armstrong berada di permukaan bulan selama 2 jam 32 minit manakala Aldrin meluangkan masa kurang 15 minit daripada waktu Armstrong.

Kedua-dua angkasawan itu mencacakkan bendera AS, mengambil beberapa sampel batuan bulan dan menjalankan eksperimen saintifik sebelum kembali ke kapal utama yang dikawal Collins. Ketiga-tiga mereka pulang dengan selamat dan dijulang sebagai wira.

Ia juga menjadi momen bersejarah di seluruh dunia. Detik pelancaran dan pendaratan disiarkan secara langsung di televisyen (TV) dan kira-kira 500 juta orang atau seperlima populasi manusia di dunia menonton dengan keterujaan ketika Armstrong berjalan di atas permukaan bulan.

Misi Apollo 11 menjadi penerbangan angkasa terakhir bagi Armstrong. Sekembalinya ke Bumi, beliau dilantik sebagai pentadbir aeronautik di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) AS dan meninggalkan agensi itu pada tahun 1971.

Sikap sederhana

Lelaki yang telah menerbangkan lebih 200 jenis pesawat termasuk jet, roket, helikopter dan peluncur (glider) itu kemudiannya memilih untuk keluar daripada lensa umum. Sifat beliau yang pendiam dan suka bersederhana mendorong Armstrong hidup menyendiri bersama keluarganya di kampung halamannya di Ohio.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mendampingi kerjaya sebagai seorang profesor di Universiti Cincinnati pada tahun 1971 sehingga 1979. Tahun selebihnya banyak difokuskan kepada kerja-kerja di ladang miliknya dan hidup tenteram bersama isteri dan anak-anaknya.

Beliau pernah ditanya bagaimana rasanya apabila mendapat tahu kesan tapak kakinya kemungkinan akan kekal di permukaan bulan untuk ribuan tahun? “Saya berharap suatu hari nanti akan ada seseorang pergi ke sana dan memadamkan tanda yang ditinggalkan itu.”

Penulis buku First Man: The Life of Neil A. Armstrong, James Hansen memberitahu CBS: “Segala perhatian yang diberikan seluruh orang kepada gelaran manusia pertama berpijak di bulan tidak difahami Armstrong dan merasakan ia sesuatu yang tidak wajar untuk diperbesarkan.”

John Glenn, bekas angkasawan NASA yang juga sahabat Armstrong menyatakan: “Beliau bersedia menggalas misi negara dan bangga dengan pencapaian tersebut, namun masih mampu kekal sebagai individu yang sama. Sifat rendah diri beliau tidak pernah hilang.”

Luahan hati Amstrong

Selepas karier aeronautik Armstrong berakhir, beliau didekati beberapa kumpulan politik. Tidak seperti dua bekas angkasawan, Glenn dan Harrison Schmitt yang menjadi senator AS, Armstrong menolak kesemua tawaran tersebut.

Mereka yang mengenali Armstrong dengan rapat tahu bahawa beliau suka bermain golf, aktif dalam persatuan setempat dan kerap makan tengah hari di restoran yang sama di kawasan kediamannya.

“Armstrong tidak gemar ditemuramah namun beliau bukan lelaki yang pelik atau sukar dibawa berbual. Beliau hanya tidak suka menjadi sebutan ramai,” ujar rakannya dari Universiti Cincinnati, Ron Huston.

Dalam satu majlis sekitar bulan Februari 2000, Armstrong meluahkan kekecewaan beliau terhadap misinya ke bulan: “Secara jujur, saya tidak pernah memasang impian untuk ke bulan.”

Dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Wapakoneta, Ohio, Armstrong merupakan anak pertama kepada pasangan Stephen dan Viola Armstrong. Beliau berkahwin dengan Janet Sharon yang dikenali di kolej pada tahun 1956 dan bercerai pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mengahwini Carol Knight pada tahun 1999.

Sejak kali pertama menaiki kapal terbang pada usia 6 tahun, Armstrong bertekad untuk mendalami dunia penerbangan. Zaman remajanya dihabiskan dengan mereka beberapa model kapal terbang dan berjaya memiliki perpustakaan penerbangan peribadi yang amat besar.

Duit yang diperoleh hasil pekerjaan di sebuah farmasi digunakan untuk mengambil kelas penerbangan dan ketika berumur 16 tahun, Armstrong mendapat lesen untuk terbang, lebih awal daripada lesen memandu kereta.

Zaman sekolah menengah pula menyaksikan kecemerlangan Armstrong dalam subjek Matematik dan Sains sehingga dianugerahkan biasiswa tentera laut AS untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Purdue, Indiana pada tahun 1947.

AKHBAR The New York Times menyiarkan berita kejayaan angkasawan Amerika Syarikat yang berjaya menjejakkan kaki ke bulan.

Sambung pengajian

Beliau meninggalkan universiti seketika bagi menjadi juruterbang tentera laut dan dilantik sebagai juruterbang misi pertempuran dalam Perang Korea dan menerima tiga pingat.

Usai peperangan, Armstrong menyambung kembali pelajaran di Purdue. Beliau tamat belajar pada tahun 1955 dengan ijazah kejuruteraan aeronautik. Beliau kemudiannya menyertai Jawatankuasa Penasihat Nasional Bagi Aeronautik (NACA) pada tahun 1958 yang kini dikenali sebagai NASA.

Pada bulan September 1962, Armstrong dipilih NASA sebagai angkasawan. Beliau menjadi juruterbang perintah bagi misi Gemini 8 dan juruterbang perintah sandaran untuk misi Gemini 11 yang dijalankan pada tahun 1966.

Dalam misi Gemini 8, Armstrong dan rakan angkasawan, David Scott berjaya melakukan cantuman kapal angkasa yang dipandu manusia dengan pesawat angkasa lain. Ia merupakan yang pertama dalam sejarah.

Ekoran kematian Armstrong, keluarganya telah mengeluarkan kenyataan rasmi: “Kami berasa amat sedih untuk memberitahu Neil Armstrong telah meninggal dunia. Beliau merupakan seorang suami, ayah, datuk, abang dan sahabat yang penyayang.”

Keluarga Armstrong berharap golongan muda di seluruh dunia dapat meminjam inspirasi Armstrong yang sering mencabar diri melakukan perkara mustahil.

“Apabila anda berjalan di luar rumah pada malam terang dan terlihat bulan tersenyum kepada anda, ingatlah kepada Armstrong dan kelipkan mata anda kepada bulan,” ujar keluarganya lagi.

Presiden AS, Barack Obama menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Rumah Putih menyatakan, Armstrong ialah wira Amerika yang terhebat bukan sahaja untuk waktu ini malah sampai bila-bila.

“Hari ini, semangat penerokaan Armstrong menyala di dalam diri mereka yang mengabdikan hidup meneroka dan mengkaji rahsia alam agar kita mampu menuju lebih jauh dalam dunia angkasa,” ujar Obama.

Aldrin yang juga manusia kedua berjalan di bulan sebelum ini berharap Armstrong dapat bersama-sama menyertai sambutan ulang tahun ke-50 kejayaan misi Apollo 11 pada tahun 2019.

“Setiap kali saya melihat bulan, ia mengembalikan memori bermakna itu. Saya sedar walaupun kami berada jauh dari Bumi, kami tidak bersendirian. Seluruh dunia mengambil bahagian dalam perjalanan terhebat itu.

Bekas angkasawan yang juga manusia terakhir pergi ke Bulan, Eugene Cernan berkata: “Armstrong merupakan epitome kepada tamadun manusia hingga ke hari ini.”

Armstrong meninggalkan dua orang anak lelaki, dua orang anak tiri, 10 cucu dan seorang adik lelaki dan adik perempuan.

Bendera Malaysia dinaikkan di selatan Thai















PATTANI (Selatan Thailand) - Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.

Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.

Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.

Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.

Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.

Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.

Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan. - Agensi