Rabu, 4 Jun 2008

Bukan rakyat penyebab perpecahan

A Kadir Jasin
Banyak juga pembahas blog ini yang merungut bahawa di saat-saat negara memerlukan perpaduan dan persepakatan minda dan perancangan untuk menangani berbagai masalah, kita sebaliknya berpecah-belah.

Mereka menyebut mengenai masalah ekonomi, khasnya kenaikan kos sara hidup, peningkatan jenayah, kedaulatan negara dan perkongsian kaum.

Saya setuju. Malah sejak tahun 2006 lagi saya telah memberi amaran mengenai kesan negatif kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila kerajaan menaikkan harga bahan-bahan petroleum.

Malahan rencana pertama blog ini adalah mengenai kenaikan harga minyak bertajuk "Mengatasi Beban Kenaikan Harga Minyak" yang saya siarkan pada 28 Februari, 2006.

Antara lain, saya menulis: "Kenaikan harga minyak hari ini tentunya akan membebankan lagi rakyat jelata. Mula-mula sekali, kos pengangkutan akan naik. Lepas itu harga barang-barang pengguna akan naik. Bersama-sama dengan itu, naik jugalah kadar inflasi."

Saya menutup rencana itu dengan hujah berikut: "Untuk terus memperkasa sebuah negara Islam Hadhari yang berpaksikan tamadun dan peradaban, kita perlu menjaga kebajikan rakyat jelata dengan memperkasa ekonomi mereka."

Sengaja disebutkan bahawa pada waktu itu, kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi sangat kuat dan cukup popular kerana menang besar dalam pilihan raya umum 2004.

Tetapi akibat kegagalannya menangani masalah ekonomi, sosial dan keselamatan pada tahun-tahun berikutnya, suasana politik berubah menjadi tidak stabil, populariti Abdullah merosot dan kemampuan kerajaan menangani masalah menjadi semakin kabur.

Setelah menang besar pada tahun 2004, Abdullah mula membatalkan projek-projek era Dr Mahathir dan memperkenalkan program-programnya sendiri melalui Rancangan Malaysia Kesembilan.

Apabila RMK9 terlewat dilaksanakan dan gagal menunjukkan kesan-kesan yang ketara, Abdullah dan penasihat-penasihatnya tergesa-gesa melancarkan koridor pembangunan ekonomi di seluruh negara beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Malangnya, walaupun diuar-uarkan dengan begitu hebat oleh media massa arus perdana, pelancaran koridor pembangunan itu gagal meyakinkan rakyat jelata malah mendapat kecaman pula.

Dasar dan tindak-tanduk Pentadbiran Abdullah dilihat sebagai memberi keutamaan yang melampau kepada pelabur Singapura di Wilayah Pembangunan Iskandar sehingga tercetus kebimbangan akan wujud sebuah negara de facto Singapura di bumi Johor.

Jawapan Abdullah kepada kritikan ini adalah meminda nama projek itu kepada Iskandar Malaysia.
Pentadbiran Abdullah membatalkan atau menangguhkan projek-projek era Dr Mahathir atas alasan kerajaan kehabisan wang dan tidak lagi mengutamakan "mega project."

Sebaliknya ia menguar-uarkan pelaksanaan RMK9 serta koridor pembangunan yang lebih mega daripada projek-projek era Dr Mahathir.

Dalam keghairahan itu, isu dan masalah harian rakyat jelata seperti kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan pengguna, peningkatan kadar jenayah dan pengangguran gagal ditangani dengan secukupnya.

Abdullah sendiri terkejut dan bertanya "apa sudah jadi?" apabila diberitahu oleh polis bahawa kadar jenayah terus meningkat.

Selepas pilihan raya umum 8 Mac, Abdullah bertindak membersihkan tangan dengan menyerahkan jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sangat penting dan kritikal itu kepada Syed Hamid Jaafar Albar.

Abdullah bebas daripada beban gagal menangani masalah jenayah dan Syed Hamid daripada bala gagal memperoleh kedaulatan ke atas Pedra Branca. (Bukan Pulau Batu Puteh lagi kerana hanya Malaysia memanggilnya dengan nama itu.)

Masalah Abdullah mudah sahaja. Dia bukan seorang perancang dan pengurus ekonomi. Selama pembabitannya dalam Kabinet Abdullah tidak pernah diberikan jawatan ekonomi atau kewangan.

Tetapi kelemahan itu boleh diatasi seandainya Abdullah bersedia menggemblengkan kepakaran ekonomi dan kewangan yang ada dalam Umno dan perkhidmatan awam.

Allahyarham Tun Hussein Onn juga tidak pakar dalam hal ekonomi dan kewangan. Tetapi beliau menggunakan kepakaran pemimpin Umno seperti Tengku Razaliegh Hamzah (Menteri Kewangan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdagangan dan Perindustrian).

Sebaliknya Abdullah melantik atau membawa masuk "pakar-pakar" dari luar Umno dan pentadbiran awam yang tidak ada pengalaman praktikal atau yang mempunyai agenda sendiri.

Kita tentu masih ingat iaitu apabila negara mengalami krisis ekonomi pada pertengahan tahun 1980an, Dr Mahathir membawa masuk Daim Zainuddin dan meminda beberapa syarat Dasar Ekonomi Baru untuk menarik pelaburan asing.

Ekonomi negara pulih dengan pantas dan berkembang rancak sehingga krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98.

Apabila krisis 1997/98 berlaku, Dr Mahathir sekali lagi membawa masuk Daim dan menolak percubaan Anwar Ibrahim melaksanakan dasar ala Tabung Matawang Antarabangsa (IMF).

Walaupun Dr Mahathir sering dituduh bersikap diktator, namun dalam era beliaulah pelbagai mekanisme musyawarah dan perundingan seperti Majlis Perdagangan Malaysia (Malaysian Business Council) dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara dan Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat (NCIT) ditubuhkan.

Saya tidak pasti lagi mengenai apa yang terjadi dengan sistem musyawarah dan perundingan ekonomi era Dr Mahathir itu. Yang kita tahu ialah wujudnya berpuluh-puluh Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Pemandu dan bermacam-macam lagi jawatankuasa.

Yang menjadi riuh rendah dan menimbulkan kemarahan umum sehingga Umno dan BN dihukum dengan begitu teruk oleh pengundi pada 8 Mac lalu adalah dakwaan campur tangan "Budak-Budak Tingkat 4" dan konco-konco di sekeliling Perdana Menteri dalam hal ehwal ekonomi dan perniagaan.

Jadi adalah tidak adil dan tidak tepat menuduh atau memarahi rakyat jelata dan ahli parti sebagai menyebabkan kacau-bilau dan ketidaksepaduan.

Rakyat jelata dan ahli parti, khasnya kaum majoriti Melayu, sekadar bertindak balas terhadap apa yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh pemerintah.

Hari ini, oleh sebab kerajaan begitu lemah dan persepsi rakyat terhadapnya begitu negatif maka apa sahaja yang dilakukannya walaupun betul dan baik sekalipun akan dicurigai dan dipertikaikan.

Apatah lagi jika tindakan itu membawa keburukan kepada mereka seperti kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan pengguna.

Cadangan terbaru untuk menghapuskan subsidi minyak tidak dapat tidak akan memberi kesan langsung dan tidak langsung yang hebat kepada rakyat jelata dan pengguna.

Dalam konteks ini, aspek keselamatan dan kesejahteraan tidak boleh diabaikan. Kenaikan harga dan kekurangan bahan makanan berkait terus dengan isu keselamatan dan kesejahteraan.

Apatah lagi di akhir-akhir ini kita lihat ciri-ciri keingkaran sivil (civil disobedience) seperti tunjuk perasaan semakin menjadi-jadi.

Kalau pengundi Malaysia yang selama ini sangat jinak (docile) boleh menjadi begitu berani pada pilihan raya Mac lalu, kita tidak boleh menolak bulat-bulat bahawa kenaikan harga dan kekurangan bekalan tidak akan mencetuskan ketegangan.

Kita wajib berhati-hati dan berjaga-jaga. Apatah lagi slogan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu adalah Sejahtera, Aman dan Makmur.

Akhir kata, kita perlu menerima hakikat bahawa rakyat jelata, khasnya orang Melayu, menjadi tidak bersatu atau nampak tidak bersatu kerana kerajaan yang mereka berikan mandat besar pada tahun 2004 gagal memenuhi aspirasi mereka.

Maka pada 8 Mac lalu mereka menunjukkan protes mereka secara besar-besaran dan terang-terangan. Lihatlah betapa banyaknya undi rosak yang dimasukkan ke dalam peti undi - 325,120 di seluruh negara.

Kalau pembesar Umno dan BN tidak faham lagi, jangan salahkan rakyat jelata kalau protes mereka lebih hebat mulai sekarang.

Kalau kerajaan tidak cekap menangani kemerosotan ekonomi global yang sedang melanda sekarang, negara bukan sahaja akan mengalami masalah yang teruk.

Apa yang sangat-sangat dikhuatiri adalah inflasi yang semakin meruncing sekarang akan bertukar menjadi stagflasi di mana harga pengguna melambung sedangkan pertumbuhan ekonomi menjadi semakin lembap.

Namun saya yakin para pembesar kanan Umno seperti Mohd Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim menyedari masalah ini dan mampu menanganinya jika diberikan tanggungjawab. - kadirjasin.blogspot.com

Dr Mahathir cadang tubuh suruhanjaya siasat Pak lah

"Royal Commissions"
Itulah tajuk tulisan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.com.

Tulisannya berkisar mengenai Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes rakaman video Datuk V.K. Linggam yang dikaitkan dengan pengaturan pelantikan hakim.

Hasil inkuiri yang dijalankan oleh suruhanjaya berkenaan, nama Dr. Mahathir telah disebut dan membawa kepada kemungkinan beliau akan disiasat oleh pihak berkuasa.

Paling tidak itulah laporan yang memetik arahan kabinet supaya nama-nama mereka yang disebut dalam laporan suruhanjaya itu disiasat.

Berdasarkan tulisan beliau, jelas Dr. Mahathir menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu memang bertujuan hendak ‘mengenakan’ atau mengheretnya ke mahkamah atau memalukan beliau.

Jika tidak pun katanya, anggota suruhanjaya telah diarahkan untuk ‘mengenakan beliau’.

Dalam tulisan terbarunya, beliau menggunakan hujah serta rujukan-rujukan tertentu dalam laporan suruhanjaya video Linggam sebagai sindiran dalam tulisannya.

Berdasarkan cara Dr. Mahathir, baik pertuturan mahupun tulisannya, ia penuh dengan sindiran. Beliau dalam tulisannya mencadangkan penubuhan suruhanjaya bagi menyiasat pihak-pihak lain yang paling tidak katanya, boleh menyebabkan wujudnya kecurigaan terhadap kewibawaan seseorang itu.

Sebagai permulaan, beliau mencadangkan suruhanjaya bagi menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, suruhanjaya yang pertama boleh melakukan siasatan ke atas laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengaitkan Abdullah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan program Dana Untuk Makanan Iraq.

"Beliau juga berdasarkan rekod menyalahgunakan kedudukannya apabila melobi pihak berkuasa Iraq untuk kepentingan ipar perempuannya," sambil menambah Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana
Menteri dilarang daripada berniaga.

Sedangkan menurut tulisannya, surat sokongan Abdullah untuk ipar perempuannya jelas satu perbuatan melobi. (Melobi adalah antara perkara yang berbangkit dalam inkuiri video Linggam – perbuatan melobi untuk melantik hakim).

Suruhanjaya berikutnya, kata Dr. Mahathir boleh menyiasat mengenai penggabungan ECM Libra dan sebuah syarikat milik kerajaan Avenue Assets yang melibatkan kepentingan menantu Perdana Menteri dan kroninya, Kalimullah.

Selain itu, Dr. Mahathir terus dengan sindirannya agar diwujudkan satu lagi suruhanjaya bagi menyiasat penggunaan lima peratus wang ihsan yang kemungkinan berlakunya amalan rasuah.

Dengan itu tulisnya, suruhanjaya boleh melakukan siasatan atas dasar kemungkinan berlakunya rasuah yang membabitkan Perdana Menteri, Menteri Besar Terengganu dan menantunya, Khairy Jamaluddin.

(Apa yang ditegaskan oleh Dr. Mahathir ialah kemungkinan kerana dalam laporan suruhanjaya Linggam disebut kemungkinan adalah ketara mengenai penglibatannya).

Di akhir tulisannya, Dr. Mahathir dengan sindiran tajamnya menulis, setelah suruhanjaya berkenaan menyelesaikan tugasnya, bolehlah ditubuhkan satu lagi suruhanjaya menyiasat kemungkinan wujudnya penyalahgunaan kuasa kerajaan sekarang dan kerajaan sebelum ini.

Kenapa Tun perlu lepas jawatan di Petronas

Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tegasnya memberitahu bahawa jawatan yang dipegangnya seperti di Petronas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Katanya, bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hussein Onn dahulu pun Pengerusi Petronas juga, walaupun tidak menyertai UMNO (baru).

Oleh itu, beliau sendiri tidak akan meletakkan jawatan walaupun sudah keluar UMNO kecuali kalau ‘ditendang’.
Mengulas mengenai anaknya, Datuk Mukhriz yang akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar disiplin parti disebabkan bertelingkah dalam akhbar, Dr Mahathir berkata, beliau tidak percaya pada lembaga itu.

Beliau memberi contoh, kesnya ketika bertanding nak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dulu. Katanya, walaupun ada laporan berlaku sogokan, tetapi lembaga itu kata tidak ada kes.

Berikut ialah transkrip sebahagian dari soal jawab semasa sidang akhbar forum itu:

Wartawan: Apakah wajar MT UMNO luluskan kemasukan Ezam dan bekas ahli PKR ke dalam UMNO?.
Dr Mahathir: Mereka dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan, biarlah mereka terima.

Wartawan: Berhubung kritikan terhadap kerajaan dan keahlian beliau sebagai ahli UMNO menjejaskan jawatan Penasihat agensi kerajaan?.
Dr Mahathir: That is not related to me being UMNO member actually that was supposed given to me because in the past retired Prime Ministers would given jobs and we never took away the job even though they insist to become UMNO members, Tun Hussein was made a head of ISIS and also Petronas…and when he refused to join the UMNO (Baru) he remains there but off course as far as I concerned they want to take away this things... they are welcome…they can take away my position as Advisor…I m not dependent on that.They give me RM15,000 a months and all that and make such a hue and cry about it.I didn’t asked for it in the first place, I also Advisor to Proton and Advisor to Langkawi and Tioman.

Wartawan: Mungkin soal suruh Tun letak jawatan tidak mungkin berlaku. Apakah Tun sendiri bertindak meletakkan jawatan?
Dr Mahathir: Saya tak nampak kenapa saya sendiri akan lepaskan jawatan bererti itu adalah satu option yang saya simpan, kalau saya berasa saya perlu lepaskan jawatan, saya lepas jawatan, tapi saya lebih suka kalau mereka tendang saya keluar.

Wartawan: Apakah menjadi satu kewajaran bagi seseorang yang berada dalam jawatan kerajaan mahupun badan berkaitan kerajaan berterusan mengkritik kerajaan untuk terus kekal memegang apa-apa jawatan?
Dr Mahathir: Dulu pun banyak orang kritik kerajaan walaupun mereka ada dalam kerajaan... pegawai kerajaan yang tak boleh kritik kerajaan... ahli politik boleh kritik kerajaan, itu bukan perkara yang luar biasa, kita ada hak untuk kritik kerajaan. Kalau kita masuk dalam kerajaan cuma untuk sokong kerajaan, tak ada maknalah. Apa yang kita ada dalam kerajaan... cuma nak dapat tempat, kalau kita dalam kerajaan, kalau kerajaan buat benda yang tak betul... menjadi tanggungjawab kita untuk mengkritik supaya dibetulkan kerana kepentingan parti itu sendiri. Sekarang ini kalau kita tak bagi mereka kritik, mereka akan undi parti lawan walaupun mereka masih ahli UMNO.
Saya percaya kalau tidak ada perubahan... yang telah undi parti lawan dalam pilihan raya baru ini, akan kekal mengundi parti lawan yang tak bersetuju dengan kepimpinan sekarang ini akan undi parti lawan dalam pilihan raya yang ke 13.
Dalam pilihan raya yang ke 13 ini semua ini akan mengundi parti lawan terutama kalau parti lawan cekap, mereka mengadakan pemerintahan yang baik.

Wartawan: Bagaimana dengan kemungkinan Lembaga Disiplin UMNO ambil tindakan terhadap Mukhriz, Zaid Ibrahim dan Tajuddin Rahman kerana bertelagah dalam secara terbuka dalam akhbar?.
Dr Mahathir: Saya tidak berapa percayai sangat dengan (Lembaga) Disiplin UMNO ni, dulu kita bagi keterangan (kes UMNO Kubang Pasu) kepada mereka ada sogokkan wang supaya saya kalah, orang itu sendiri bagi bukti... is no case.
Jadi, itu dia nak buat apa, ikut kehendak Presiden lah kalau Presiden benci pada Mukhriz ambil tindakan kepada Mukhriz... jangan ambil tindakan pada Zaid kerana Zaid adalah ahli UMNO yang terbaik kerana disingkir dari UMNO oleh jawatankuasa itu juga dan tidak ada peluang untuk bertanding dan ada ‘suspicion’ dia sokong parti lawan (dalam PRU 12) itu adalah ‘qualification’ untuk menjadi menteri dalam kerajaan termasuk orang yang kalau ada duit dua tiga juta bawa dalam beg pergi ke Australia, untung dapat jadi menteri.
Ada seorang dari Baling jadi Timbalan Menteri... berkempen untuk parti lawan, ini semua ‘qualification’... saya harus ingatkan ahli-ahli UMNO, kalau nak jadi menteri sokong parti lawan ataupun buat kerja yang tak betul.

Sabtu, 31 Mei 2008

Memahami politik Ezam (imbas kembali)

Akhir-akhir ini, penganalisis membuat telahan dan tuduhan mengenai perpaduan Melayu yang menyaksikan penarikan diri beberapa pemimpin Parti Keadilan Nasional (PKR).

Daripada cara media melaporkan berita, kita boleh mendalami gaya berfikir penganalisis berkenaan yang mencorakkan perdebatan dan tanggapan, termasuk ‘’slant’’ berita yang kita tatapi di akhbar setiap hari.

Dalam proses pengukuhan demokrasi adalah penting kita tidak telan bulat-bulat hujah pihak yang berkepentingan.

Persoalan perpaduan Melayu , contohnya, menarik minat penganalisis termasuk yang dipengaruhi bermacam-macam kepentingan.

Seorang penganalisis dalam akhbar The Sun membuat kesimpulan bahawa ada yang tidak bersetuju diadakan perpaduan Melayu memandangkan Malaysia merupakan negara pelbagai kaum.

Tulisan beliau juga membangkitkan persoalan sama ada perjumpaan pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Keadilan hanyalah bagi menyelamatkan UMNO.

PKR dalam mesyuaratnya menolak pelawaan UMNO, walaupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu sudah nyatakan persetujuan beliau.

Keadilan kini terpaksa memberi penerangan kepada orang Melayu, kenapa parti tersebut membelakangkan perpaduan Melayu yang menjadi penentu kestabilan politik negara.

Dari awal lagi sudah nampak tanda-tanda penolakan ini.

Mohamad Ezam Mohd. Noor (bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) nampaknya menentang usaha perpaduan Melayu.

Dalam surat terbuka beliau kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang saya baca dalam Internet, Ezam berkata: "... pemerintah hari ini tidak ada wibawa dan kredibiliti."

"Mereka tidak layak untuk membawa sebarang usaha murni sekiranya sebahagian besar rakyat tidak punya keyakinan terhadap kemurnian niat dan tindakan mereka disebabkan rekod buruk mereka kebelakangan ini."

Seperti juga Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar yang bertegas tidak mahu debat beliau dengan Datuk Hishammuddin Tun Hussein ditangguhkan, Ezam adalah ahli parti politik pembangkang yang gigih berusaha melemahkan parti yang memerintah.

Ezam dan Mahfuz mahu menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Oleh itu, Ezam terutamanya, gigih membuat tuduhan.

Mereka tahu karier politik mereka seterusnya bergantung pada keberkesanan mencemarkan imej kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat kini mempunyai tugas - membezakan karier politik Ezam dengan kebenaran. Jurang antara tuduhan-tuduhan Ezam dengan perkara sebenar begitu luas.

Setakat ini belum ada satu usaha mengkaji dan menghuraikan setiap tuduhan, kenyataan dan tindak-tanduk ahli politik seperti Ezam. Ini kerana cara berpolitik Ezam agak baru di Malaysia.

Sebagai pemerhati politik, saya sudah lama mengkaji tindak-tanduk Ezam. Seperti hujah saya dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam ruangan Saturday Forum, New Straits Times, Ezam adalah pengamal politik populisme.

Beliau berusaha keras mengarahkan tumpuan rakyat terhadap sasaran yang dianggap mudah dipengaruhi. Beliau bermula dengan dakwaan bahawa terdapat enam kotak dokumen rahsia yang bakal menggegarkan negara.

Dalam setiap kenyataannya, Ezam cuba menyerang kewibawaan kerajaan. Tuduhan beliau tidak didukung oleh fakta dan bukti, tetapi beliau teruskan juga serangan.

Ada baiknya orang seperti Ezam terlibat dalam kancah politik. Ia (seharusnya) membuatkan kita berfikir, terutama mengenai strategi politik dan kenapa seseorang ahli politik bertindak dan berkata demikian.

Kematangan politik akan mengubah gaya berpolitik kerana mereka yang bertindak seperti Ezam dan Mahfuz tidak lagi boleh membuat tuduhan melulu.

Contohnya, orang ramai akan bertanyakan Ezam: "Kenapakah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis surat kepada pemimpin Pas dan Keadilan tidak boleh memulakan usaha murni.

"Siapakah Ezam untuk menghukum kemurnian niat seseorang pemimpin?

Ezam dan Mahfuz tahu bahawa mereka kini menentang dengan arus terbaru - rata-rata orang Melayu mahukan usaha perpaduan Melayu dilakukan dan mereka mahu melihat proses ini berjaya.

Akhir-akhir ini, penganalisis membuat telahan dan tuduhan mengenai perpaduan Melayu yang menyaksikan penarikan diri Parti Keadilan Nasional.
Daripada cara media asing melaporkan berita, kita boleh mendalami gaya berfikir penganalisis Barat yang mencorakkan perdebatan dan tanggapan, termasuk ‘’slant’’ berita asing yang kita tatapi di akhbar setiap hari.
Dalam proses pengukuhan demokrasi, adalah penting kita tidak telan bulat-bulat hujah pihak yang berkepentingan.
Persoalan perpaduan Melayu di Malaysia, contohnya, menarik minat penganalisis termasuk yang dipengaruhi bermacam-macam kepentingan. Seorang penganalisis dalam akhbar The Sun membuat kesimpulan bahawa ada yang tidak bersetuju diadakan perpaduan Melayu memandangkan Malaysia merupakan negara pelbagai kaum. Tulisan beliau juga membangkitkan persoalan sama ada perjumpaan pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Keadilan hanyalah bagi menyelamatkan UMNO. Keadilan dalam mesyuarat penting pada Isnin lalu menolak pelawaan UMNO, walaupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu sudah nyatakan persetujuan beliau. Keadilan kini terpaksa memberi penerangan kepada orang Melayu, kenapa parti tersebut membelakangkan perpaduan Melayu yang menjadi penentu kestabilan politik negara.
Dari awal lagi sudah nampak tanda-tanda penolakan ini. Sahabat saya, Mohamad Ezam Mohd. Noor (kami sama-sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) nampaknya menentang usaha perpaduan Melayu. Dalam surat terbuka beliau kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang saya baca dalam Internet, Ezam berkata: ‘’... pemerintah hari ini tidak ada wibawa dan kredibiliti.’’
‘’Mereka tidak layak untuk membawa sebarang usaha murni sekiranya sebahagian besar rakyat tidak punya keyakinan terhadap kemurnian niat dan tindakan mereka disebabkan rekod buruk mereka kebelakangan ini.’’
Seperti juga Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar yang bertegas tidak mahu debat beliau dengan Datuk Hishammuddin Tun Hussein ditangguhkan, Ezam adalah ahli parti politik pembangkang yang gigih berusaha melemahkan parti yang memerintah. Ezam dan Mahfuz mahu menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Oleh itu, Ezam terutamanya, gigih membuat tuduhan. Mereka tahu karier politik mereka seterusnya bergantung pada keberkesanan mencemarkan imej kerajaan Barisan Nasional. Rakyat kini mempunyai tugas - membezakan karier politik Ezam dengan kebenaran. Jurang antara tuduhan-tuduhan Ezam dengan perkara sebenar begitu luas.
Setakat ini belum ada satu usaha mengkaji dan menghuraikan setiap tuduhan, kenyataan dan tindak-tanduk ahli politik seperti Ezam. Ini kerana cara berpolitik Ezam agak baru di Malaysia. Sebagai pemerhati politik, saya sudah lama mengkaji tindak-tanduk Ezam. Seperti hujah saya dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam ruangan Saturday Forum, New Straits Times (Sabtu, 6 November), Ezam adalah pengamal politik populisme. Beliau berusaha keras mengarahkan tumpuan rakyat terhadap sasaran yang dianggap mudah dipengaruhi. Beliau bermula dengan dakwaan bahawa terdapat enam kotak dokumen rahsia yang bakal menggegarkan negara. Dalam setiap kenyataannya, Ezam cuba menyerang kewibawaan kerajaan. Tuduhan beliau tidak didukung oleh fakta dan bukti, tetapi beliau teruskan juga serangan.
Ada baiknya orang seperti Ezam terlibat dalam kancah politik. Ia (seharusnya) membuatkan kita berfikir, terutama mengenai strategi politik dan kenapa seseorang ahli politik bertindak dan berkata demikian. Kematangan politik akan mengubah gaya berpolitik kerana mereka yang bertindak seperti Ezam dan Mahfuz tidak lagi boleh membuat tuduhan melulu.
Contohnya orang ramai akan bertanyakan Ezam: ‘’Kenapakah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis surat kepada pemimpin Pas dan Keadilan tidak boleh memulakan usaha murni. ‘’Siapakah Ezam untuk menghukum kemurnian niat seseorang pemimpin?
Ezam dan Mahfuz tahu bahawa mereka kini menentang dengan arus terbaru - rata-rata orang Melayu mahukan usaha perpaduan Melayu dilakukan dan mereka mahu melihat proses ini berjaya. - S

Satu lagi tindakan bodoh seorang menteri. Ikuti kisahnya:-


Kerana prinsip… Menteri Belia dan Sukan minta Mokhzani letak jawatan.

Begini kisahnya:-
1. Majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah diadakan di podium Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya petang Jumaat lalu.
2. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir.
3. Majlis itu sepatutnya bermula jam 4.30 petang dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
4. Bagaimanapun, di tingkat atas bangunan kementerian itu, Ismail Sabri sedang mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementeriannya bermula jam 3 petang lagi dan berlarutan sehingga jam 6 petang.
5. Di tingkat bawah pula, setelah menunggu sehingga jam 5 petang, majlis itu terpaksa dimulakan tanpa kehadiran menteri.
6. Akhirnya mengapa Ismail Sabri tidak muncul walaupun majlis berkenaan cuma di bawah bangunan itu saja terjawab ketika sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-kabinetnya.
7. Katanya, dia tidak hadir kerana semata-mata soal prinsip. Ini kerana, katanya, tindakan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu umum keluar UMNO pada 21 Mei lalu.
8. Mokhzani ialah ahli UMNO Bahagian Merbok.
9. Mokhzani umum keluar UMNO sebagai mengikut jejak bapanya yang umum keluar parti pada majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star pada 19 Mei kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri.
10. Kata Ismail Sabri , "secara prinsipnya", bila Mokhzani keluar daripada UMNO kerana tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, itu bermakna beliau (Mokhzani) juga tidak yakin dengan saya (Ismail) sebagai menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri".
11. "Jadi mengapa saya perlu menghadiri majlis tersebut. Bukannya saya tidak suka sukan permotoran, tetapi sebagai menteri kerajaaan, tidak kenalah... bila Mokhzani turut hadir," kata Ismail.
12. Serentak dengan itu beliau meminta Mokhzani supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SIC atas alasan jawatan itu adalah hak kerajaan.
13. "Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar UMNO, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan," katanya merujuk kepada SIC yang merupakan anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.
14. Sementara itu, Mokhzani yang juga bekas Bendahari Pemuda UMNO berkata, beliau tidak akan letak jawatan kerana tiada arahan daripada MAHB atau Kementerian Kewangan.
15. Katanya, Ismail Sabri sepatutnya merujuk soal peletakan jawatan kepada MAHB atau Kementerian Kewangan.
16. "Sehingga kini, selepas keluar UMNO pada awal Mei, tiada arahan bagi saya melepaskan jawatan sekarang.
Oleh itu, saya tetap menjalankan tugas sebagai Pengerusi SIC," katanya.
17. Beliau berkata, jika Perdana Menteri sendiri mahu beliau berhenti, Abdullah mempunyai hak berbuat demikian melalui 'surat peletakan jawatan tanpa tarikh' yang diserahkannya pada 2006.
18. "Menjadi amalan saya, bila saya dilantik ke jawatan sukarela sebagai Pengerusi SIC... tanpa gaji, pada masa sama, saya menyerahkan surat peletakan jawatan, tetapi tanpa tarikh.
19. Apa yang perlu dilakukan ialah mengisi tarikhnya sahaja," katanya.
20. Mokhzani dilantik menjadi Pengerusi SIC pada 2003 menggantikan Tan Sri Basir Ismail yang merupakan Pengerusi SIC yang pertama.
Dalam perkembangan berkaitan, Tun Dr Mahathir Mohamad kata, jawatan yang dipegangnya di Petronas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Katanya, bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein dulu adalah Pengerusi Petronas sekalipun tidak sertai UMNO (baru).
Beliau sendiri tidak akan letak jawatan walau sudah keluar UMNO kecuali ‘ditendang’, kata Dr Mahathir ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri forum politik di Petaling Jaya.
Mengulas mengenai anaknya Datuk Mukhriz akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar disiplin parti bertelingkah dalam akhbar, Dr Mahathir kata, beliau tak percaya pada lembaga itu.
Bekas Perdana Menteri itu bagi contoh kesnya masa bertanding nak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dulu. Katanya, walaupun ada laporan berlaku sogokan, tetapi lembaga itu kata tak ada kes.

UMNO pupus tahun 2013

Umno pupus tahun 2013 jika Abdullah masih PM - Sanusi Junid
Seronok membaca kenyataan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mengenai Umno.


Dalam kenyataannya itu, dia mendakwa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 jika tampuk pemerintahan negara masih terus dipegang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau membuat jangkaan itu berdasarkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno.

"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. Kalau macam sekarang, habis pilihan raya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

"Jika ianya berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya.

Di tanya alasan beliau yang turut mengisyhtiharkan diri keluar parti, Sanusi berkata, tidak ada faedahnya beliau terus berada dalam Umno, jika tidak menampakkan sebarang perubahan, bahkan beliau tidak sanggup berada dalam parti yang mencaci bekas pemimpinnya seperti Tun Mahathir.

Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno.

Lebih baik pihak lain (merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah) yang menggalas tugas sebagai Perdana Menteri berbanding Abdullah kerana individu tersebut masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

Sudah terbukti dalil-dalil yang menunjukkan dasar kepimpinan Abdullah begitu lemah sehingga situasi terkini orang mula mempersoalkan Raja-raja Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.

Waktu Tun lantik dia (Abdullah) sebab nampak dia baik, bersih. Itu tak salah Tun Mahahtir. Rakyat juga percaya dia ‘Mr Clean’ sehingga tahun 2004, BN cipta rekod kemenangan manakala tahun 2008 BN pegang rekod kekalahan pula.

Masa menang 2004, dia kata faktor dia sahaja, tetapi bila kalah 2008, dia kata bukan salah dia seorang. Kenapa dia tak mengaku pula?" kata Sanusi.

Itulah Pak Lah.